Assalamualaikum,
Mengimbas kembali zaman persekolahan.. Semasa Kementerian Pendidikan mula mewajibkan KOMSAS; Komponen Asas Sastera dalam subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
“Huh nasib baik tak kena belajar masa PMR dulu.. SPM baru belajar. Hapa-hapa tah belajar metafora, hiperbola..”
“itu ok lagi dari belajar segala puisi, sajak.. hmm belum lagi prosa traditional.. Huh.. apa tah perkataan tu.. ha! arakian.. adalah dengan termangkatnya sultan, maka bersedihlah, muram durjalah seisi Melaka, bla-bla-bla..”
Dahsyatnya sikap dan mindsetting pada komponen asas sastera ye.
Berlainan pula dengan sastera Bahasa Arab. Sastera Bahasa Arab sangat menarik. Belajar sastera Bahasa Arab maksudnya belajar memahami Al-Quran. Memahami Al-Quran maksudnya sedang belajar mengkaji kata-kata Allah. Oh, alangkah indahnya dapat memahami kata-kata Allah. Ia seperti puasnya hati apabila dapat memahami apakah butir kata saudara Cina dan India kita. Malah ia lebih nikmat lagi.
Pendek kata, penulis sangat memilih untuk belajar sastera. Hanya sastera Bahasa Arab yang mendapat tempat dihati. Walaubagaimanapun, sekarang (disaat artikel ini ditulis), penulis mula merasakan kepentingan sastera.. Kepentingan keindahan kata-kata dan bahasa.
Mindsetting ini tidak berubah secara tiba-tiba. Pasti ada puncanya. Iaitu setelah penulis membaca dan mendengar kupasan beberapa sub-tajuk awal dari Buku Muntalaq tulisan Syeikh Muhammad Ahmad ar-Rasyid. Syeikh ini telah menggunakan pendekatan bahasa yang indah (sastera) dalam penulisan buku Al-Muntalaqnya. Sangat menarik. Penulis hanya membaca edisi terjemahan sahaja. Tapi sudah dapat merasai, cantik dan indahnya sastera dan gaya bahasa yang digunakan oleh beliau.. Apalagi jika buku dalam edisi asal.
Kedua, mindsetting juga berubah setelah penulis mengikuti siri penulisan-penulisan Hilal Asyraf di Langit Ilahi. Gaya bahasa dan pemilihan kosa katanya mudah difahami. Terasa aman sahaja membaca. Penulis pernah terbaca tulisan-tulisan yang gayanya mengancam.. (sememangnya tidak best membaca tulisan seperti itu)..
Ketiga, mindsetting penulis juga berubah apabila memikirkan gaya bahasa Al-Quran. Adakah al-Quran menggunakan bahasa tunggang langgang untuk menyeru manusia kepada Allah? Adalah tidak bersesuaian dengan seseorang yang mendakwa dia menggunakan Al-Quran sebagai panduan hidupnya tapi masih menggunakan bahasa secara lintang pukang dalam penulisan diblognya. Hehe. Inilah sebab paling kuat menjadi dalil, bahawasanya, penulis tidak sepatutnya menggunakan ‘gaya bahasa cakap pasar’ yang punah tatabahasanya untuk menulis di blog mutiarajannah ini.
Keempat, penulis sudah mula merasakan betapa tidak seronoknya membaca tulisan sendiri kerana kerosakkan disiplin bahasa yang wujud dalam penulisan di mutiarajannah ini.
Maka, bermula dari saat ini, penulis akan cuba sedaya upaya untuk menggunakan gaya penulisan yang betul dan betepatan dengan disiplin bahasa yang telah penulis pelajari selama ini. Barulah menepati tuntutan beramal dengan ilmu yang dipelajari.
[Ini adalah janji pada diri sendiri. Maka bolehlah para pembaca sekalian ingatkan penulis jika penulis terlupa pada janji ini]
Isnin, 13 Disember 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Entri terkenal
-
kata org dakwah hmm.. kita bukan nak hafal quran sahaja.. kena faham juga isi kandungannya.. baca quran celah gigi (lancar), Tapi tid...
-
Terima kasih Allah kerana mengilhamkan kata-kata keramat ini dari seorang tokoh dakwah hebat. Hasan Hudhaibi. Tidak kenal siapa Hasan Hud...
-
Aturcara: Sabtu 9 Mei 2009 8.00 – 8.30 pg : Pendaftaran Peserta 8.30 – 9.30 pg : Pembentangan 1 – Dr. Roslan bin ...
-
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْج...
-
Sejahtera tubuh badan dapat dirasai dengan kesihatan fizikal dan usaha untuk sentiasa melakukan ketaatan kepada Allah.. Contohnya solat, pua...
-
Tet-tet.. Talifon berbunyi. Itu tanda mesej baru masuk. Oh, tapi talifon penulis tak bunyi macam tu. Susah sikit nak tiru bunyinya. "Ka...
-
Siapakah Khadijah binti Khuwailid? Mesti semua orang dah tahu kan.. Bila dah tersebut nama Khadijah Khuwailid dalam entri sebelum ni, rasa m...
-
Mari kita ikuti perbualan kanak-kanak di bawah: Alif: Itu barang siapa? Aman: Itu saya punya. Alif: Owh, itu barang awak. Mesti awak...
-
Haaa, entri sebelum ni pendek sangat eh? Nak buat macam mana, bila kelas dah mula, assignment pun bertompok macam kain baru angkat. Itu belu...
-
nobody can change you until YOU, changes yourself ! tukah sikit ye jadi begini. nobody can change me until I change myself ! "Sesu...


Tiada ulasan:
Catat Ulasan