Dahulu: Nafsu itu sesuatu yang ghaib.. Asing dari badan.. Jahat. Ia perlu diperangi.
Sekarang: Nafsu itu DIRI SENDIRI. Ia sebahagian dari keperluan biologi. Nafsu itu perlu dididik. Ia adalah badanku. Ia jahat jika tidak dididik. Ia akan jinak dan baik jika dididik dengan betul.
Asal perkataannya NAFS. Perkataan Bahasa Arab yang membawa maksud DIRI. Disebut nafsu kerana disiplin tatabahasa untuk kata nama dalam bahasa Arab biasanya marfu’ bidhommah pada huruf akhirnya.
Jadi, siapakah nafsu? Nafsu itu diri sendiri. Manakala hawanafsu adalah nafsu kosong. Jadi kehendak hawanafsu adalah kehendak untuk memenuhi kekosongan yang ada pada nafsu..
Nafsu itu punya sikap sebagaimana kita yang mempunyai sikap baik, sederhana baik atau kurang baik. Bagaimana mahu tahu sikap nafsu kita baik? Maka lihatlah bagaimana sikap kita pada ibadah.
Jika kita merasa tenang, rindu dan seronok sekali melakukan solat dan segala perintah Allah, maka nafsu kita telah bersikap dengan sikap yang baik.
Tapi, jika kita terasa berat, malas untuk membaca Quran, berbuat pahala, dan melakukan titah perintah Allah.. Maka tahulah kita nafsu kita masih BUAS dan LIAR. Kejam menyatakan sifat yang sedemikian. Tapi itulah gambaran nafsu ammarah. Salah satu dari sifat-sifat buruk nafsu.
Selagi nafsu masih buas, selagi itulah susah untuk kita meninggalkan maksiat. Selagi nafsu tidak tenang dan jinak, selagi itulah ibadah tidak akan menjadi kenikmatan.. Lihat dengan cermat duhai pembaca sekalian, kenikmatan dalam beribadah dapat dirasai dengan nafsu..
Inilah kegunaan nafsu. Nafsu membuatkan kita rasa nikmat dengan ibadah.. Jika nafsu itu dididik. Jika nafsu itu tidak dituruti secara membabi buta [oh betapa simpulan bahasa ini sangat tidak sedap untuk disebut].
Kehendak nafsu perlu dididik, bukan disekat. Misi mengawal diri sendiri bukanlah misi mudah. Ia berlawanan dengan diri. Perit dan sakit..
Teruskan USAHA mendidik diri [nafsu]. Misi kita tidak akan selesai hingga nyawa dituntut untuk kembali.
Sabtu, 25 Disember 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Entri terkenal
-
kata org dakwah hmm.. kita bukan nak hafal quran sahaja.. kena faham juga isi kandungannya.. baca quran celah gigi (lancar), Tapi tid...
-
Terima kasih Allah kerana mengilhamkan kata-kata keramat ini dari seorang tokoh dakwah hebat. Hasan Hudhaibi. Tidak kenal siapa Hasan Hud...
-
Aturcara: Sabtu 9 Mei 2009 8.00 – 8.30 pg : Pendaftaran Peserta 8.30 – 9.30 pg : Pembentangan 1 – Dr. Roslan bin ...
-
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْج...
-
Sejahtera tubuh badan dapat dirasai dengan kesihatan fizikal dan usaha untuk sentiasa melakukan ketaatan kepada Allah.. Contohnya solat, pua...
-
Tet-tet.. Talifon berbunyi. Itu tanda mesej baru masuk. Oh, tapi talifon penulis tak bunyi macam tu. Susah sikit nak tiru bunyinya. "Ka...
-
Siapakah Khadijah binti Khuwailid? Mesti semua orang dah tahu kan.. Bila dah tersebut nama Khadijah Khuwailid dalam entri sebelum ni, rasa m...
-
Mari kita ikuti perbualan kanak-kanak di bawah: Alif: Itu barang siapa? Aman: Itu saya punya. Alif: Owh, itu barang awak. Mesti awak...
-
Haaa, entri sebelum ni pendek sangat eh? Nak buat macam mana, bila kelas dah mula, assignment pun bertompok macam kain baru angkat. Itu belu...
-
nobody can change you until YOU, changes yourself ! tukah sikit ye jadi begini. nobody can change me until I change myself ! "Sesu...


Tiada ulasan:
Catat Ulasan