Khamis, 3 Mac 2011

Bukannya lahir terus jadi pencuri

Siakap senohong,
Gelama ikan duri,
Bercakap bohong,
Lama-lama jadi pencuri.

Pantun ringkas tapi bermakna..

Begitu juga menjadi baik.. bukan lahir terus jadi baik. Menjadi baik perlu latihan, latihan berterusan dan tidak putus asa. Tidak dinafikan ada manusia yang dilahirkan dengan sifat-sifat baik. Dan pasti tanggungjawabnya berbeza..

Jika kita tahu kita bukan dilahirkan semulajadi baik, maka tanggungjawab kita adalah baikkan diri kita.. dan boleh kongsi cara dan ajak orang lain jadi baik juga.

Jika kita tahu kita lahir sejak azali baik, maka tanggungjawab kita adalah mengekalkan sikap baik itu dan seru orang lain.

Bukannya saling meremehkan kelemahan orang lain. Nampak?

Walau apa pun komponen baik yang melekat pada kita sejak lahir, kita tetap lahir bersama kelemahan yang perlu dibaiki.

Begitulah juga sebaliknya, apa pun komponen yang kita anggap buruk itu ada pada diri, masih banyak perkara baik yang Allah lekatkan pada diri kita supaya kita menggunakannya untuk mencari redha Allah.

Tiada ulasan:

Entri terkenal