Hari ini saya belajar farmakoterapi untuk penyakit Alzheimer [pada suatu hari yang telah lepas, bukan bertarikh hari ini]. Kelas ini kelas terakhir selepas sepanjang hari mempelajari matapelajaran farmakoteraputik. Dari jam 9 pagi hingga jam 4.45 petang. Letih. Tapi lupakan sahaja rasa itu kerana ada pahala Allah menunggu jika saya bersabar. Sabar itu nikmat.
Terima kasih Allah kerana mendatangkan seorang guru yang sanggup datang dari utara Malaysia untuk mengajar kami seharian. Kami hanya duduk mendengar pun letih. Apa lagi mereka yang berjalan jauh dan menyediakan bahan pengajaran. Berdiri dan mengajar.
Fokus tulisan ini bukanlah kelas farmakoterapi yang hampir 6 jam itu, tetapi pengajaran yang saya peroleh darinya. Saya bukan pelajar pandai dan mampu menyalin tampal segala ilmu yang terpampang sepanjang kelas.
Dalam keadaan yang sudah ‘tepu’.. saya sudah tidak berjaya fokus pada butiran huraian pensyarah. Hinggalah pensyarah tersebut berkata [lebih kurang beginilah, entah salah dengar pun boleh jadi]:
orang sakit alzheirmer ni orang tua, dan mereka memang perlukan orang untuk jaga mereka. Iaitu orang yang faham dan tahu kondisi penyakit mereka. Kitalah.. health professional team. Kalau bukan kita yang dah ada ilmu ni, siapa lagi yang tahu cara terbaik untuk menjaga mereka? Saya ingat ada sorang kawan saya doktor bahagian pediatrik cuti kerja setahun dah sebab nak jaga parents dia
[ok, saya tidak ingat ibu atau ayah yang ada alzheimer. Dan bersambung panjang lagi...]
Dan fokus saya sekali lagi lari. Kenapa? Kerana saya punya tok saudara yang punya penyakit ini. Ceritanya yang menjadi biru kesejukkan terkunci dalam bilik air memang menjadi berita sensasi semasa pulang beraya tahun lepas. Sedih mengenangkan keadaannya. Itu hanya satu dari puluhan cerita betapa teruknya penyakit alzheimer dia..
Tiba-tiba saya kembali ke kelas dan mendengar pensyarah tersebut berkata:
Kalau nak pahala dan masuk syurga, inilah peluang untuk menjaga ibu bapa kamu sebaik mungkin..
Hmm mungkin maksudnya, bagi orang yang punya ibu bapa yang berpenyakit ini, perlukan kesabaran dan komitmen yang tinggi untuk memastikan kebajikan mereka.
Ya susah. Ibubapa tiada alzheimer pun susah kita mahu jaga, inikan pula yang mengidap alzheimer. Tapi ibu bapa kita juga susah menjaga kita yang ramai. Walaupun mereka punya pelbagai kelemahan, merekalah manusia yang banyak berkorban mendidik dan membesarkan kita. Jika pun mereka tidak mendidik kita, jasa mereka membesarkan kita hingga ke tahap sekarang tidak boleh dinafikan. Jika pun mereka tidak mendidik dan membesarkan kita.. Mereka tetap berjasa kerana belas mereka melahirkan kita.. Kerana “itu”lah tidak terbalas jasa mereka.
Jika mereka tersalah dalam mendidik ingatlah kerana mereka juga manusia seperti kita yang penuh kekurangan. Dahulu, ketika mereka sihat dan berdaya.. Kasih dan sayang mereka tidak berbelah bahagi buat anak-anak.. Tetapi setelah anak-anak besar, berkahwin, bekerja dan belajar jauh.. sakit ibu, airmata ayah.. tiada siapa pun sedar. Sedangkan semasa kita masih kecil dan lemah dahulu, sakit menangis malam.. ibu bapalah yang berjaga menunggu dan menjaga kebajikan kita. Kita sekarang?
Kasih dan sayang pada ibu bapa bukanlah kerana jasa mereka. Kerana; kasihkan mereka disebabkan jasa mereka tidak cukup untuk membalas pengorbanan mereka. Hanya Allah yang akan membalas jasa dan pengorbanan mereka. Kasih kita pada mereka kerana iman kerana itulah suruhan Allah. Kerana cinta dan rindu kita pada Allah. Kerana kita tahu, hanya Allah yang layak membalas kebaikan dan jasa mereka pada kita. Saya tahu saya bukan anak yang terbaik atas dunia ini, tetapi semaksimumnya saya berusaha.
Baiklah habis satu karangan curhat. Tatabahasa masih belum memuaskan. Saya akan berusaha lagi.
Sabtu, 5 Mac 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Entri terkenal
-
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْج...
-
Sejahtera tubuh badan dapat dirasai dengan kesihatan fizikal dan usaha untuk sentiasa melakukan ketaatan kepada Allah.. Contohnya solat, pua...
-
Dari hadith pendek.. "Jangan marah" "Bersabarlah keluarga Yasir, sesungguh bagimu syurga" Hinggalah ke hadith panjang se...
-
Pesanan Nabi s.a.w.. walaupun tidak pernah didengari secara 'life' ke telinga sendiri.. Tapi setiap kali selepas belajar ia pasti te...
-
Taknaklah pakai tudung labuh.. nanti orang panggil aku ustazah. Mana bergaya pakai tudung labuh.. takde batu. Tak cantik. Nanti takde orang...
-
Ingin aku singkap kembali, Kenangan lama agar bersemi, Inginku ulangi kisah manis, Agar terus bersemadi. Ingatlah aku sebagai rakanmu, Kena...
-
Besarnya masalah kerana ia berpunca dari sekecil-kecil perkara. Melarat dan melibatkan masalah negara. Akhirnya masalah dunia. Jika seoran...
-
Semenjak aku tahu agama itu pergaulan, Semenjak aku tahu dakwah itu tidak akan sampai melainkan dengan pergaulan, Semenjak aku tahu keba...
-
Antara Kejahatan terbukti selama 56 tahun.. Kebaikan yang belum pasti... vs Kebaikan sudah terbukti walaupun baru 5 tahun....
-
Ini kisah benar tau. Kisah benar di alam mimpi.. Mimpi yang akan menjadi kenyataan. Pada suatu hari, ada seorang hamba Allah bertanya pada...


Tiada ulasan:
Catat Ulasan