“Apalah suruh orang buat macam ni, macam orang belajar subjek dia je.. banyak lagi subjek lain yang orang tengah belajar”
“Kenapa suruh kita buat macam ni? Dah la takde kebenaran pihak berkuasa. Suka hati dia je manipulate kita!”
“Huih?! Dia tu? Eii janganla.. kalau dia mengajar kita habislah”
“Cikgu tu? Takyahla nak negotiate dengan dia.. bukan bertimbang rasa dengan student pun”
Selain ibubapa, gurulah pendidik utama kita. Jika tidak mendidik pun, kita akan tetap terkesan dengan sikap dan layanan mereka terhadap kita.
Kadang-kadang kita marah pada guru kita kerana melayan kita begitu kejam; tapi sedarkah kita rupanya yang memaksa mereka bersikap demikian. Atau jika ya pun mereka kejam terhadap kita.. perlukah kita menghamburkan kata-kata seperti diatas untuk menyatakan rasa tidak puas hati pada guru yang sudah banyak menyampaikan ilmu mereka kepada kita?
Kita belum menjadi guru, dan sekalipun kita tidak akan menjadi guru, menghargai dan menghormati orang berilmu adalah kewajiban. Guru itu termasuklah orang yang berilmu.. Hormati guru bukan kerana kita rasa ingin untuk menghormati dia, tapi kerana itulah suruhan Allah supaya kita saling hormat menghormati.
Jika kita [pelajar] membesar dengan sikap begini, maka esok setelah menjadi guru, anak murid pula menjadi mangsa cercaan dan ketidakpuasan hati kita..
“Student tahun ni pemalas belaka”
“Batch ni sombong-sombong. Tanya soalan macam nak tunjuk pandai”
Apa jadi dengan suasana menuntut ilmu jika inilah sikap kita semua sebagai ummat islam.. Islam itu rahmat. Jika kita semua saling mengata, dari manakah kita mengharapkan rahmat Allah akan turun?..
Ya Allah, kami berlindung dari mensyirikkanMu dengan sesuatu yang kami tahu dan kami memohon ampun juga dari sesuatu dosa yang tidak kami ketahui [Doa ma'thurat]
Isnin, 7 Mac 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Entri terkenal
-
Allah Maha Besar.. Allah Maha Teliti.. Allah Maha Bijaksana.. Allah lebih dekat dengan kita dari urat leher kita.. Allah lebih sayangkan...
-
Pesanan Nabi s.a.w.. walaupun tidak pernah didengari secara 'life' ke telinga sendiri.. Tapi setiap kali selepas belajar ia pasti te...
-
#syurgaibubapa #wangisyawal
-
Sejahtera tubuh badan dapat dirasai dengan kesihatan fizikal dan usaha untuk sentiasa melakukan ketaatan kepada Allah.. Contohnya solat, pua...
-
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْج...
-
Dari hadith pendek.. "Jangan marah" "Bersabarlah keluarga Yasir, sesungguh bagimu syurga" Hinggalah ke hadith panjang se...
-
Hai kawan-kawan. Apakabar hidup sekarang? Bahagiakah, sedihkah.. Walau apa pun perasaan kawan-kawan, ingatlah Allah sentiasa bersama dengan ...
-
Haa, memang sah semua orang kehairan-hairanan, apakah maks ud tajuk kali ini. Mungkin orang Kelantan sahaja yang tahu apakah bendanya. ...


Tiada ulasan:
Catat Ulasan