Isnin, 20 Jun 2011

Kerja bukan tujuan hidup

Assalamualaikum para pembaca yang dirahmati Allah.

Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "kami telah beriman" dan tidak diuji??
Dan sungguh Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang yang benar dan pasti akan mengetahui orang-orang yang dusta
Ataukah orang yang mengerjakan kejahatan itu mengira mereka akan terlepas dari azab Kami? sangatlah buruk apa yang mereka tetapkan itu.

Surah Al-Ankabut ayat 11.

Penulis bukan pelajar tafsir. Tapi penulis mahu berkongsi ayat Allah ini. Al-Quran diturunkan sebagai rahmat untuk seluruh alam. Kepada semua jenis manusia. Tidak kira manusia itu mahu beriman atau pun tidak. Ia sudah wujud. Sudah terbentang isinya..

Berbalik kepada isi 3 ayat diatas. Kita perlu diuji untuk membuktikan kualiti kita. Sebagai mana kita belajar dan perlu pada peperiksaan, ujian dan kuiz.

Jika kita hanya hidup dengan batu dan pokok, mana tahu kita adalah seorang yang sabar dan kasih pada manusia? Jika kita berilmu dan tidak mengamalkan ilmu tersebut, bagaimana kita tahu ilmu itu boleh mendekatkan diri kepada Allah??


Kita mendakwa kita adalah orang Islam.. Islam adalah cara hidup. Islam itu menjadi cara hidup apabila kita meletakkan Allah sebagai Hanya Satu-satunya Tuhan yang layak disembah.

Apakah maksud meletakkan Allah sebagai satu-satunya Tuhan yang layak disembah? Maksudnya, menurut segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya. Adakah kita benar-benar menurut segala perintahNya dan meninggalkan laranganNya?

Mudah sahaja mengakui keislaman. Ye ke? Dalam suasana jahiliyyah sekarang, mahu mengaku Islam pun sesuatu yang berat dan payah. Benar?..

Tutup blog ini dan fikir. Tiada jawapan akan di beri..

Tiada ulasan:

Entri terkenal