Assalamualaikum para pembaca yang dirahmati Allah.
Sebelum ke topik utama, sukacita penulis mahu tegaskan disini, ada perkara kita perlu suarakan dengan mulut, ada perkara tidak perlu. Dan apabila sesuatu perkara dilontarkan, dengarlah dengan adil.. Jika hanya mendengar separuh jalan kemudian menghukum.. Maka sedarlah kita adalah manusia yang tergopoh gapah. Sekalipun telah mendengar keseluruhannya, bukan tugas kita untuk menghakimi orang.
Sedikit pembuka kata setelah melihat gelagat kawan-kawan dan manusia di alam siber.
Kita bergaul dengan manusia, kita berdakwah juga pada manusia dan kita juga adalah dari kalangan manusia.
Manusia bukan spesis malaikat. Ertinya manusia punya hawanafsu yang tiada pada malaikat. Tapi manusia dimuliakan dengan Nabi dan Rasul. Ertinya tiada Nabi dan Rasul dikalangan malaikat..
Atau dengan makna yang lebih mendalamnya, manusia ada kesalahan. Kesalahan itu untuk dibaiki dan digunakan sebagai jalan mendapatkan pahala.
Tapi apa yang biasa kita buat dengan kesalahan dan kelemahan?
Jika kelemahan itu pada orang lain
Kita korek, cari, dan bongkar. Biar dia malu dengan salahnya. Siapa suruh tidak tahu menjaga maruah orang? Kononnya dia adalah terbaik dengan memberi nasihat pada orang lain.
Atau mungkin kita tidak membongkar dengan mulut. Tetapi kita jatuhkan maruahnya dengan perbuatan-perbuatan yang menyakitkan hatinya.
Jika kelemahan itu pada diri kita
Kita tutup simpan, senyap dan tidak pernah fikir untuk mengubahnya. Jika pun berusaha, sudah penat mencuba. Biarlah aku dengan sikapku. Aku sudah letih melawan diri sendiri.
Kafilah dakwah ini adalah kafilah manusia.. Manusia tidak sunyi dari salah dan silap. Itulah sebab kita berjamaah, agar kita saling lengkap melengkapi.. Bukan saling jatuh menjatuhi.
Kita memberi saling memberi ingatan bukan kerana kita lebih baik dari yang lain. Tetapi itulah ibadah kita.. kerja kita.. sebagai hamba Allah. Kerja yang paling mulia adalah kerja-kerja menyeru manusia kepada Yang Maha Mulia.
Bukanlah sesuatu yang janggal untuk orang berseluar jeans mengingatkan orang berkopiah untuk membaki bacaan Qurannya. Atau orang sekolah biasa mengingatkan orang sekolah agama agar membetulkan bacaan dalam solatnya. Kerana tugas saling mengingat itu tanggungjawab bersama, bukan kerana aku lebih baik dari kamu.
Walau apa pun profesion kita, pelajar dan pekerja, profesion itu haruslah membuatkan orang yang berada di sekeliling kita kembali pada Allah.
Jika kita sibuk memikirkan profesion kita sehingga tiada adab sebagai seorang muslim [iaitu orang yang tunduk dan menyerah pada Allah], lupa bahawa rezeki dan harta itu pemberian dan ketetapan Allah.., atau menyebabkan orang menjadi jauh dari Allah.. maka apakah kita sedang menghambakan diri pada Allah [beribadah]...? Atau adakah kita sebenarnya sedang melakukan tugas kita sewajarnya?..
Betapa buruknya diri apabila melakukan sebuah dosa kemudian membela perbuatan dosa itu dengan pelbagai alasan tidak rasional dan berbangga-bangga dengan dosa yang telah dilakukan.
Akhir kata, jika redha manusia yang kamu cari, itulah yang akan kamu peroleh. Jika redha Allah yang kamu cari, maka itulah sebaik-baik perkara yang kamu patut cari.
Ya Allah jauhkanlah kami dari perkara yang tidak diredhaiMu..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Entri terkenal
-
Pecahan kedua surah Al-Qalam menceritakan mengenai Kisah Tuan-tuan Kebun. Kisah ini menunjukkan AKIBAT perbuatan bongkak terhadap nikmat, ke...
-
Selamat menjalankan tugas. Walaupun ada yang tidak makan gaji, kita tetap hamba ALLAH yang menjalankan tugas.. ............................
-
Catatan ini tanpa gambar. Ayat Quran? Hadith? Pandanglah masyarakat sekeliling.. Malaysia, Negara Jiran dan Dunia. Apa yang sedang b...
-
Matlamat. Melangkah. Halangan. Ujian. Kegembiraan. Ubat bius. Terus. Tinggi Rendah. Terus. Cercaan. Perlian. Tuduhan. Terus. ...
-
“Barangsiapa menyembunyikan sesuatu ilmu, pada hal dengan ilmu itu Allah memberi manfa’at kepada manusia dalam masalah agama, maka kel...
-
Perjalanan yang bakal di lalui bukanlah dekat. Jauh. Lebih jauh dari pandangan mata. Setelah mendapat sentuhan.. Peringatan bertub...
-
bila suatu perbuatan itu tidak di sandarkan pada Allah.. maka bila berjaya, kita rasa itu adalah titik peluh kita dan hanya kerana usaha ...
-
Salam sejahtera. Ia tidak akan mampu menggantikan lafaz salam ummat Islam. Assalamualaykum warahmatullahi wabarakatuh. Bila makan keny...
-
Pernah terfikir mata kita sedang menghala kedalam kepala?.. Hehe. Serbu tidak beri salam. Assalamualaikum semua. Selamat melalui hari-h...
-
Duduk dlm bilik. tapi sebenarnya selak langsir dan memerhati gelagat org... Tidak cukup dgn aktiviti mengintai.. Bersyarah pula dgn perbu...


Tiada ulasan:
Catat Ulasan