Saya ada dua baju.
Dua-dua baju muat dengan saya. Bezanya, satu baju saya selalu pakai dan saya sangat menghargai keselesaan baju itu. Itu adalah baju A.
Manakala satu lagi baju.. Baju B.
Saya tidaklah nampak teruja apabila memakainya. Tetapi itulah baju yang akan saya pakai bila baju yang disukai itu masih dibasuh dan belum kering.
Apabila orang lain bertanya tentang baju saya, saya akan bercerita dan mempromosi baju A, walaupun sebenarnya saya sedang memakai baju B dengan selesanya.
Alhamdulillah Allah memberikan saya baju A dan B. Kedua-dua baju itu penting untuk saya. Jika baju A tiada, saya kehilangan baju yang saya suka. Manakala kehilangan baju B pula akan membuatkan hidup saya kurang sempurna kerana tiada baju untuk digilirkan dalam menutup aurat saya.
Cerita ini hanyalah sebuah analogi kehidupan. Buat yang memahami.. Saya sedang cuba menyedarkan baju B saya,
"walaupun saya tidak pernah menyebut-nyebut awak sebagai mana saya selalu menyebut-nyebut dan mempromosi baju A.. Baju B tetap penting dalam memberi saya kekuatan untuk menghadapi hidup ini kerana fungsi anda adalah pelengkap dalam kehidupan saya".
Sekarang saya sudah tiada lagi baju B. Kerana baju B sudah tidak merelakan dirinya untuk dipakai oleh saya. Tetapi Allah yang Maha Pemurah telah memberikan saya banyak baju seumpama dengan baju B sehingga saya merasa.. kenapa aku masih terfikirkan baju B yang hilang itu??
Kerana saya kurang bersyukur. Astaghfirullah. Ampunilah saya Tuhanku.
Kesimpulannya, bersyukurlah walaupun anda punya dua baju. Apatah lagi jika kita punya beralmari-almari baju!
dan yang paling penting jangan mendiskriminasi 'baju-baju' anda!
Sekain terima kasih. Jumpa lagi dilain siaran.
p/s: Ini bukan kisah peribadi. Ini kisah biasa dan realiti terjadi dalam dunia ini.
Rabu, 29 Jun 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Entri terkenal
-
Salam sejahtera.. Sejahteranya alam dengan ketaatan dan kepatuhannya pada susun ketetapan Allah. Contohnya: Matahari menerangi bumi pada wa...
-
Sebenarnya entri ni dibuat untuk merespon soalan pakcik insan marhean untuk entri " tidak tahu; tahu ". HAri sebaik sahaja baca ko...
-
Masih terbayang dimata.. Lelah Atuk berusaha membuka pintu rumah selepas di ketuk. Terngiang-ngiang di telinga pesanan Atuk, tolong tengokka...
-
Bila sesuatu peristiwa berlaku, reaksi kita ada beberapa macam antaranya: 1-gembira dan redha dengan peristiwa tersebut. 2-tak seronok, kece...
-
Memahami dunia luar.. Tidak lah susah.. Jika kita mahu memahami apa yang terjadi di luar sana Memahami dunia sendiri juga mudah JIka k...
-
Assalamualaykum warahmatullah, Siapa boleh tahan dari buang air selama berjam-jam?? tidak kesah lah kecil atau besar. eh, apala mutiar...
-
Gerak langkahmu memikat hati, Senyum tawamu manis sekali Namun kini, aku menyedari, Ia adalah ranjau berduri. Yang semestinya daku lalu...
-
Selain Rasulullah s.a.w, siapa lagi contoh teladan yang tersenarai dalam Al-Quran? Para anbiya ; Adam, Musa, Isa, Ibrahim, Zakariya, Yusu...
-
“Maka apakah orang-orang yang mengetahui bahawa apa yang diturunkan Tuhan kepadamu adalah kebenaran, sama dengan orang yang buta? Hanya or...
-
Assalamualaykum warahmatullah... bila mengira jumlah umur dan nikmat Allah. tidak cukup jari dan formula matematik untuk menggambarkan ...


Tiada ulasan:
Catat Ulasan