Hari ini jalan raya tetap sibuk seperti biasa.
Manusia meneruskan urusan hidup mereka..
Begitu juga aku..
Pengajaran yang Allah beri..
Setiap hari.
Petunjuk juga Allah beri
Setiap hari.
Yang lebih penting..
Allah memberi setiap hari.
Tapi redha manusia juga yang dicari.
Astaghfirullah...
Jika gembira, bukan main berterima kasih pada si insan
Yang telah mengembirakan kita.
Bila sedih,
cari Allah.
Ya..
Simpan hati dan perasaan pada Allah hanya bila susah dan sedih.
Alangkah tidak bersyukurnya aku.
Sedang nikmat Allah begitu banyak pada diri.
Masih memandang nikmatNya
yang diberi pada hambaNya yang lain..
Ya Allah tidak bersyukurnya aku!
Maafkan aku ya Allah..
Mahukah Allah tarik nikmat kefahaman islam itu
dan di ganti dengan rumah besar dan lengkap?
Mahukah aku..
Allah gantikan nikmat mengingati dan memahami Al-Quran itu,
Dengan ijazah dan sanjungan manusia??
Mahukah aku..
Allah gantikan nikmat ibubapa yang mengenal Allah,
dengan sahabat yang cintakan dunia??
Mahukah aku..
Allah gantikan nikmat cinta padaNya
dengan cinta manusia dan pengikut???
Ampunkan aku Tuhan.
Sesungguhnya, aku begitu jahil dalam mensyukuri nikmatMu.
Ya Allah.
Terimalah taubatku.
Walaupun aku tahu
terima kasih dan segala amalku tidak akan cukup
Untuk menandingi cinta dan petunjukMu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Entri terkenal
-
Dengan nama Tuhan, kami berserah, Dengan nama Tuhan, kami melangkah.. Dengan rahmat dan izin Tuhan kami tetap terus melakar sejarah. Im...
-
Apakah budaya? Pelbagai penerangan. Ini bukan penulisan ilmiah. Hanya berkongsi rasa dan warna [warna?].. Seseorang sedang bersedih. ...
-
Assalamualaikum.. Wah kecilnya dunia.. Balik-balik jumpa orang sama jugak.. Hehe~ semacam jemu jumpa orang sama pula kan? Dunia yang kecil...
-
Haii, penulis tahu ramai yang baca tulisan penulis tapi tak berani nak kasi komen dan kalau nak kasi komen pulak, tak boleh nak bagi sebab r...
-
Mari kita ikuti perbualan kanak-kanak di bawah: Alif: Itu barang siapa? Aman: Itu saya punya. Alif: Owh, itu barang awak. Mesti awak...
-
kata org dakwah hmm.. kita bukan nak hafal quran sahaja.. kena faham juga isi kandungannya.. baca quran celah gigi (lancar), Tapi tid...
-
Hadith Suhaib Ibnu Sinan atau Suhaib Ar-rumi Dari Rasulullah s.a.w bersabda "Adalah seorang raja sebelum daripada kamu Tidak me...
-
Okay-okay, meh nak sambung bercelotah eh, berceloteh lah. (tengok, menulis pun bulih tersasul ooo). Semua benda atas dunia ni adalah amanah ...
-
Dari hadith pendek.. "Jangan marah" "Bersabarlah keluarga Yasir, sesungguh bagimu syurga" Hinggalah ke hadith panjang se...


Tiada ulasan:
Catat Ulasan