Celik mata..
Oh, hari ni kerja lagi.
Penatnya.
Satu lagi hari aku untuk bersibuk.
Sibuk berkhidmat demi negara.
Demi Islam.
Bergegas.
Bersiap.
Meneruskan rutin kerja dan belajar erti kehidupan.
Rehat.
Waktu makan tengahari.
Hari ini sibuk.
Ada kerja tambahan perlu disiapkan.
Tidak perlu makan.
Solat sahaja.
5 minit untuk solat 4 rakaat dan 2 rakaat untuk sunat qabliyah.
Sambung kerja.
Habis sudah waktu kerja.
Balik.
Penat, letih.
Makan, solat dan berehat.
Oh, ada usrah malam ni.
Bergegas pula.
Bersiap.
Solat maghrib.
usrah.
Diam.
Malas bercakap hari ini.
Esok-esok, kalau rajin.
baru bercakap dan berbincang.
Balik usrah.
Sudah malam pekat.
Tertidur keletihan.
Esok akan bermula lagi.
Jika begini setiap hari..
Bilakah masa untuk aku berfikir dan memuhasabah diri ?
Bilakah masa untuk aku menilai kualiti solat dan hubungan dengan Allah?
Jika aku berterusan begini..
Bilakah masa untuk aku mengenal Penciptaku?
Bilakah masa untuk aku mengeratkan hubungan dengan Tuhanku?
Bila?
dan
bila wahai diriku?..
Itu belum berumahtangga dan beranak pinak..
Belum berada dalam suasana kesempitan dan susah..
Belum ditarik segala nikmat
Ya..
Belum lagi berfikir
kerja-kerja dan amanah Allah untuk memakmurkan bumi.
Belum lagi menghayati
tugas dan tanggungjawab menyampaikan pesanan Ilahi.
Masih banyak belum lagi.
Dan rupanya.
Aku sudah lupa..
Apa erti pengorbanan..
Apa erti cinta dan mengenal Tuhan.
Tepuk dada, tanyalah hati.
Dimanakah kamu letakkan Tuhan selama ini ?
Sabtu, 10 September 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Entri terkenal
-
Allah Maha Besar.. Allah Maha Teliti.. Allah Maha Bijaksana.. Allah lebih dekat dengan kita dari urat leher kita.. Allah lebih sayangkan...
-
Hai kawan-kawan, hari ini mutiara bd nak mengamuk.. ngeh-ngeh hehe (muka macam harimau dah ni). Jangan lah terkejut ye. Manusiakan ada macam...
-
Selamat sejahtera dan selamat menempuh hujung tahun 2018 yang masih bersisa. Zaman sudah berubah bukan? Seperti sudah kurang 'blogg...
-
Assalamualaikum.. Selamat pagi dan salam sejahtera. Pada suatu hari. Serabut. Stress. Tertekan. Pening. Tidak berpijak di bum...
-
Paa-da suatu hari. Entah hari apa sudah tidak lagi diingati. Penulis terdengar? terbaca? pun tak ingat jugak. (Aiseh memang tak boleh jadi p...
-
Tabiat islam maksudnya, itulah tabiat kita! Islam itu tercermin pada diri kita. Orang lain dapat melihat Islam itu pada diri kita. Bukan...
-
Kes: Tudung jarang tidak menutup aurat. Si A: Tahu batas aurat wanita seperti yang telah ditetapkan syariat. Si B: Hanya tahu wanita perlu m...
-
Besarnya masalah kerana ia berpunca dari sekecil-kecil perkara. Melarat dan melibatkan masalah negara. Akhirnya masalah dunia. Jika seoran...
-
Suatu masa dahulu aku dilahirkan aku diajar berjalan, bercakap, berdikari aku di beri belas dan ihsan aku di ajar tentang kehidupan.. ...
-
Dengan nama Tuhan yang menciptakan kehidupan.. Dengan nama Tuhan yang menciptakan kematian.. Seperti mana tajuk, hidup ini terlalu ...


Tiada ulasan:
Catat Ulasan