Ahad, 2 November 2008

PEMBARiSs

Good morning to all my blog readers..
(cewah! skiping pulaks. -eh speaking lah,tersasul-)

Apakah pembaris atau dengan kata lain kayu pengukur untuk kita menilai bahan bacaan kita itu bermanfaat atau tidak?..

Sila baca pilihan di bawah.
Tandakan "B" untuk betul, tandakan "S" untuk salah dan tandakan "K" untuk konpius.
(jangan lah tanda kat sini pulaks, tanda sendiri-sendirilah).

  1. Al-Quran
  2. As-sunnah
  3. Fikiran logik (persepsi tersendiri)- kira pakai kepala sendirilah ni maksudnya.
  4. Budaya masyarakat setempat (maksudnya ikut majoriti, kalau majoriti kata bermanfaat, maka kita pun kata bermanfaat).
  5. Surat khabar dan majalah atau telebising (tv)
  6. Petunjuk hati - hati kata "hmm bermanfaat nih" maka kita pun kata bermafaat
  7. Pendapat kedua ibubapa atau adik beradik
  8. Pendapat kawan-kawan
  9. Pendapat pemimpin
  10. Pendapat sasterawan
  11. Hawa Nafsu

Hmmm, pembaris yang paling tepat untuk kita menilai bacaan kita adalah menggunakan Al-Quran dan Sunnah. Yang lain tu, tengok keadaan dan tempat. Manakala yang terakhir sekali -hawa nafsu- adalah tidak layak sama sekali menjadi "pembaris" untuk kita.

Sebenarnya, Al-Quran dan sunnah ni bukan sahaja pembaris untuk kita menilai bahan bacaan, malah ia adalah pembaris untuk kita menilai apa sahaja perkara yang berlaku dalam hidup kita.

Tidak dinafikan sebagai manusia yang serba kekurangan, kita cenderung untuk menilai sesuatu perkara berdasarkan "persepsi" kita. Makna lain, kita menilai sesuatu mengikut sudut pandangan kita. Tidak salah menilai sesuatu berdasarkan sudut pandangan kita, tapi, kita jangan lupa yang kita masih ada kayu ukur yang lebih baik untuk kita menilai sesuatu perkara..

Sooo..nilailah setiap kejadian dengan ilmu dan iman. Bukan dengan hawa nafsu..haaa nilah yang sebenarnya penulis nak share dengan kawan-kawan pembaca sekalian. Bukannya pasal buku tuh. Tu muqaddimah jerrr..

TAhuuu bukan senang nak menilai sesuatu kejadian dengan ilmu dan iman. TApi susah bukan alasan tak buat, ia cuma satu halangan untuk kita melakukan sesuatu yang sangat bermanfaat untuk hari Akhirat kita.

ok..tu saje.

Ingatlah wahai diri dan kawan-kawan pembaca sekalian, segala yang mendindingi syurga itu adalah perkara yang hawanafsu kita benci, dan segala yang mendindingi neraka itu adalah yang hawa nafsu kita cintai.
Tak de sapa atas dunia ni, kata "aku tak kesah masuk syurga ke neraka" kan? Kita semua nak masuk syurga sebaik-baik tempat kembali.

TATA

Tiada ulasan:

Entri terkenal