Rabu, 5 November 2008

Terasa, KEBAL & RESiSTANT

"Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al-Quran? Sekiranya Al-Quran itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapati perselisihan yang banyak di dalamnya"
Surah An-nisa: 82

Ni nak ajak kawan-kawan tengok ayat Quran yang sebut fasal ajak buat baik, cegah benda munkar..

Kalau perasan lah kan, semua ayat-ayat pasal ni tak de sebut ajak buat baik saja, atau cegah benda munkar saja. Maksud penulis, dalam satu ayat tu, Allah mesti sebut dua-dua sekali, kalau Allah kata ajak buat baik, lepas tu mesti ada cegah benda munkar.
Apa maksudnya? maksudnya, untuk menegakkan kebenaran (Islam), kita tak boleh ajak buat benda baik saja, kita kena cegah jugak benda mungkar (yang ni kawan-kawan boleh rujuk any tafsir, atau buku-buku yang menghuraikan secara terperinci pasal amar maaruf, nahi mungkar).
Ajak buat baik lebih senang dari cegah buat benda mungkar. Sebab, kebiasaan nya ajak buat baik, tak de sapa nak marah kita, tapi kalau cegah benda mungkar ni, kebiasaannya, org akan marah dan tak puas hati dengan kita.(artikel ni akan berkisar banyak pasal nahi mungkar)
Okay, tu habis bab mentadabur ayat Allah. Sekarang ni nak masuk topik lain pulaks. dan mahu di mulakan dgn satu soalan..

Ada tak manusia yg suka mnyakitkan hati org lain? terutamanya bila dia itu dalam keadaan waras dan stabil?
Jawapan: tak de. ( kan?betulkan?) *ke ada jawapan lain?

Habis kenapa kita selalu jumpa suasana yang “org tu sakit hati, org ni sakit hati, org tu terasa, org ni terasa”??? Hmmm, sebab kita tak tahu apa yang menyebabkan org lain terasa, terluka dan sakit hati..kan? kita kan manusia, ye tak? ke ada kancil ke, rusa ke, kenari ke yang baca blog ni? tak de kan?(aiseh, kalau ada kenari ke kancil ke yang baca blog ni, boleh pengsan penulis)..
Uikss merapu pulaks penulis ni. sambung balik, yelah, kita kan manusia, mana lah nak tahu apa dalam hati org yea tak? Habis macam mana nak buat?

Nak buat apa? nak cegah benda munkar lah. cegah benda munkar ni bukan je sakit di pihak yang mencegah, tapi sakit jugak di pihak yang dicegah dari melakukan perkara tersebut. Tapi jenis-jenis sakit tu berbeza.

Kalau mencegah sakitnya adalah:
  • mencari jalan yang terbaik untuk mencegah mungkar
  • kena “tembak” dengan org (yang kita cegah dari melakukan mungkar)

Kalau jadi yang kena cegah ni sakitnya:

  • nak terima teguran itu (fuh, makan masa ooo)
  • rasa macam kena hina (lebih-lebih lagi kalau yang mencegah itu tak pandai menggunakan sebarang taktik, main tegur pakai mulut je)
  • rasa macam kita nilah paling dahsyat buat dosa, padahal ramai lagi org lain buat benda mungkar tu, tapi kita saja yang kena tegur.

Wokeh, tu penulis menulis sebagai org ketiga, maksudnya sebagai org yang menyaksikan nahi mungkar itu di laksanakan. Skarang ni, penulis nak menulis sebagai org yang berada dalam situasi nahi mungkar pulaks.

to be continued..

Tiada ulasan:

Entri terkenal