Sabtu, 15 November 2008

BerLETER

Haiii..penulis nak tanya kawan-kawan satu soalan.

“Suka tak kene leter?”

Hihihi, nak jawab tak? kalu nak jawab buh lah kat bahagian komen. Kalu tak nak jawab sudaaaah. Bagi penulis, tglah nada leter dan isi leteran tu. Kalu leteran tu mcm kuliah subuh ke kuliah maghrib ke penulis tak kesah. Tapi biasanya mak penulis selalu pesan anggaplah leteran aku ni sebagai kilah dhuha (sbb slalu berleter time dhuha). Kalau masa hidup di sekolah dulu, penulis selalu jugak kene leter dgn cikgu. Maklumlah penulis dulu duduk dalam kelas budak nakal kat sekolah. Setiap kali cikgu masuk ada je idea nak berleter pada kami semua. Seingat penulis lah, penulis tak pernah sakit telinga kalau cikgu berleter (kat sekolah), sbb nada suara nya rendah je. Pastu yang best nya masa tu sbb, bila cikgu berleter, kami tak payah ler belajar.. Seronok cikgu berleter sbb cikgu akan cerita pengalaman dia, cerita kisah nabi, cerita macam-macam cerita yang ada pengajaran. Pastu selang seli dgn cerita tu, kenalah sindir sikit-sikit sebab buat “nakal”. Gara-gara kami yang malas dan nakal ditambah pulak dgn cikgu yg asyik berleter, akhirnya buku silibus tak pernah habis dipelajari..Qua,Qua.. Tu kat sekolah, bila balik umah dua minggu sekali (penulis dulu duduk asrama), dua hari hujung minggu memang dihabis kan untuk mendengar leteran ibu.. Masa tu tak rasa pun nak melawan ataupun rasa nak bengang.. Dgn leteran ibu penulis lah, penulis belajar fasal hadith, tafsir quran dan ulang kaji segala mata pelajaran akhlaq yang penulis belajar masa sekolah rendah. (Sungguh berisi). Tapi tu cerita zaman dulu, masa sekolah menengah, masa tu penulis pun mentah lagi..

Bila dah besar, biasanya kita dah tak suka kene leter betul tak? Kawan-kawan pembaca nak tahu tak, ada sorg hamba Allah ni bila dia cerita hobinya, tau tak dia cakap apa? Hobi saya mendengar mak berleter. Nak tergelak pun ada, hairan pun ada, peliks tak yah cakaplah..

Sekarang ni penulis tgh cuti sekolah (dibaca universiti). Bila duduk kat umah, tetiba teringat masa kuliah hari tu, pernah jugak kene leter dgn pensyarah. Igt kan bila dah masuk unibersiti, tak kene leter dgn cikgu sbb rasa macammm..dah besar... Tapi rupa nya silap pulaks tanggapan penulis tu..

Sebenarnya org berleter sebab apa yea? Penulis pun tak tahu sgt.. tapi mungkin:

  • memang cakap banyak
  • dah tak de cara lain slain dari berleter
  • memang cara nak lepas kan geram kene berleter
  • dah lama tak cakap banyak
  • untuk meng”ekspres” kan perasaan dan isi hati
  • ada setengah org ni selagi tak dileteri, selagi tulah dia “buat perangai”
  • untuk menjelaskan keadaan supaya org lain betul-betul faham (bimbang org tak faham maksud dia bercakap)

Biasanya leteran di sinonimkan dgn perempuan. Tapi perempuan je ke yang berleter?? Hmm penulis pernah jumpa lelaki pun ada yg suka berleter. Tahu tak apa maksud berleter? Macam biasalah, penulis tanya, penulis juga yg jawabkan. Berleter tu maksudnya bercakap panjang tak henti-henti. Kalau berleter itu membawa kita kepada Allah, maka apa salah nya berleter dan dileteri.. Gunalah bahasa yang baik dan cantik maka leteran itu akan jadi berfaedah.

Tapi kalau berleter tu asyik ngulang benda dosa dan salah yg kita buat, tu leteran yang tak berfaedah dan tiada natijah (kesudahan) yang baik..

Penulis tulis tajuk ni bukannya apa, saja nak berkongsi dgn kawan-kawan, pembaca blog ni ramai perempuan kan? (Tahu, org laki pun baca jugak). Nak tahu tak perempuan ni, macam mana diam pun dia (sejauh mana pun dia tak suka berleter), bila sampai masa dia “meletup” , haaa keluarlah leteran nya.. Bagi penulis, penulis memang rasa terhibur kalau jumpa org jenis gini. Klakar tengok dia. Tapi masa dia “ meletup” tu penulis tak cakaplah dia kelakar, nanti penulis pulaks yang kene “sembur”. hihi.. (Org laki pun ada jugak yang jenis ni)

O0oowh, tahu tak apa pelajaran yang boleh dipelajari dari tajuk ni? Leteran tu kadang-kadang bermanfaat jugak untuk kita. Boleh igtkan kita, boleh kenal isi hati org yg berleter, dapat pengalaman baru dan yang paling utama sekali bagi pendengar leteran adalah, belajar BERSABAR. Org berleter ni biasanya kita tak boleh ganggu dia bercakap, kita dengar je dia nak kata apa.. Nanti bila dia dah letih sangat, dia diamlah (ada jugak org, lagi letih, lagi panjang leterannya)..

p/s: jomlah kita bersabar je kalau ada org berleter dan kita pulak bila nk berleter tu igt-igtlah, bukan semua org yg boleh tahan telinga..leter sikit-sikit tak pa..

Tiada ulasan:

Entri terkenal