Sabtu, 8 November 2008

Hanya Allah yang SEPATUTnya kita TAKUTI

Selamat pagi kengkawan. Rasa tenang tak hari ni? Al-maklumlah hari ni sabtu..kebanyakkan org cuti..tak yah kelam kabut nak g mana-mana.


Semalam tidor sempat muhasabah tak? ke main tidor je?? Ni nak ajak muhasabah diri cket..

Kita ni takut Allah ke tak? Nak tahu macam mana (yang kita ni takut Allah ke sebaliknya)? cuba cek dalam sehari berapa banyak dosa buat berbanding semalam. Kalau dosa hari ni lagi banyak dari semalam, memang sah tak takut Allah.. Macam mana nak tanam rasa takut pada Allah? Yelah, kita ni bab-bab takut dengan manusia memang tak yah ajar. cukup yang datang tu garang sikit, muka serius sikit, sifar gurauan, konfem takut nyer lahhh. Yea tak? Ha-ha, jangan buat-buat tak faham pulaks. Macam penulis tak tahu org tu dah terasa (takde lah tembak je tuh. Mana penulis tahu, kan Allah Yang Maha Mengetahui).. Nak tahu macam mana kita wat somtin tu sebab takut Allah ke sebab takut dan hormat pada manusia???

Aiks, dah dua soalan rupanya tak jawab.

  • Macam mana nak tanam rasa takut pada Allah?
  • Macam mana nak tahu kita buat somtin tu kerana takut Allah atau kerana takut dan hormat pada manusia?

Untuk soalan satu tu banyak jawapannya..antaranya:

  • rajin-rajin baca quran dan tengok maknanya
  • bila duk sorang-sorang, bisik dengan suara perlahan pada diri sendiri “Allah tengah tengok aku ni” ulang banyak-banyak kali.
  • Sebut lah nama Allah banyak-banyak kali, sama ada di mulut atau di hati
  • Cara yang terbaik adalah dengan mengenali siapa itu Allah dan mempelajari asas ilmu aqidah, supaya kita boleh beramal dengannya.

Untuk soalan dua tu lagi senang,

  • cuba cek performance kita masa manusia ada dengan takde, sama ke tak kualitinya?
  • kalau org tak suruh, kita buat tak?
  • kalau org tak tegur kita bolh betulkan ke tak? (maksudnya boleh muhasabah diri sendiri)
  • dalam perkataan kita tu selalu tak melafazkan “ni sebab awaks lah ni, kalau tidak, jangan harap saya buat” atau “selagi dia yang suruh aku buat, tobat aku takkan buat"
Okeh, selamat bermuhasabah.

p/s: Obama menang ke McChain menang ke, keadaan umat Islam masih sama kot.

Tiada ulasan:

Entri terkenal