Sabtu, 29 November 2008

RENDAH DiRi vs YAKiN DiRi 5

Penerangan:

Sifat mazmumah: Mazmumah itu maksud nya cela. Jadi sifat mazmumah adalah sifat yang dicela.

Ghurur: ia adalah salah satu dari sifat mazmumah. Maksudnya tertipu atau terpedaya.

Jadi, ghurur ni adalah, terpedaya dgn hawa nafsu kerana tabiat manusia yang cenderung kepada nya –nafsu- disebabkan kekeliruan atau penipuan dari syaitooonn..

Fuh, panjang ayat ni..tarik nafas dulu..okay, dah tarik nafas?? dah rasa oksigen masuk dalam otak?? Biar oksigen masuk bebanyak dalam otak supaya otak kita dapat menerima maklumat dengan warass. Hihi.. biasalah, kalau cakap bab akhlaq ni, semua orang akan terasa walaupun tak kata kat sapa-sapa pun. Sambung sikit lagi maksud ghurur, ia adalah keadaan orang yang tertutup pintu hatinya sehingga tidak mampu untuk memberi petunjuk pada diri sendiri (maksudnya tak reti nak muhasabah diri sendiri –faham tak apa itu muhasabah?- mesti dah tahu kan)..

Disebabkan ia adalah punca segala kecelakaan dan induk kepada segala kebinasaan.(mak oii, dahsyat nya sifat ni..), maka is memberi beberapa kesan burukss kepada pemilik nya. Antaranya

Ananiah (Individualistik), Ujub, Riya’ dan Takabbur.

Kalau terkena penyakit ni mmg teruks lah hidup kita.. Macam kita pakai baju, tapi tak basuh..bayangkan..betapa busuknya kita pakai baju tapi tak basuhh.. huh sapa nak kawan dengan kita kan?? Beza dengan baju kita, sifat mazmumah yang empat di atas tu kita susah sikit nak nampak ‘seketul’ macam baju. Kalau busuk pun, kita bulih kesan. Busuk hati sapa yang bulih hidu?? Cuma diri kita sendiri yang bulih hidu ‘bau’ kita, yea tak?

Opss, dah melencong lagi, okay balik ke jalan asal. Maksud ananiah tu keakuan. ‘Ana’ tu kan perkataan arab yang bermaksud saya. Jadi ananiah tu ‘kesayaan’, eh?? cam peliks pulaks.. Keakuan lah.. Kesayaan tu macam baik je bunyi, tak sesuai dengan maksud nya yg negatif tu. Tahu dah keakuan ni apa kan??. Yang kedua, ‘Ujub. ‘ain-jim-ba. Makna nya senang je, perasan cam bagus, tapi tak tunjuk pada orang lain. Manakala Riya’ pulak, adalah menunjuk-nunjuk, kira macam ‘tunjuk bagus’ lah. Kalau nak teratur sikit, maksudnya, mengikut rasa hari org ramai dengan menampakkan berbagai-bagai amalan-amalan baik semata-mata inginkan sanjungan, pengikut atau kedudukan. Takabbur pulak, gabungan kedua-dua ujub dan riya (ni kira tahap paling dahsyat lah, sbb dah bolot dua-dua sifat mazmumah). Bahasa mudah nya ‘sombong’.. So, jangan guna perkataan sombong sewenang-wenang nya. Nanti kita tertuduh orang riya dan ‘ujub. Kan bahaya tuduh-tuduh orang..

Okay, tu habis mazmumah yang berkaitan dengan topik ‘apabila berdepan dgn orang yang kurang dari kita’ ..

Tiada ulasan:

Entri terkenal