Rabu, 19 November 2008

Ukhuwah atau Uuu-kuah 1

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Kalau rasa tak cukup kasih sayang ni haaa, lafaz bimillah ni dah menunjukkan kita ni, perlu sangat berkasih-kasihan dengan Allah. Bukan nya berkasih-kekasihan dengan orang yang tak halal untuk kita. Allah bukan je Pengasih, Penyanyang tauu.. Allah itu Segala-galanya untuk kita (untuk org beriman je.. yang tak beriman mane rase Allah segala nya..).

Walaupun Allah itu segala-galanya, adakah bermaksud kita tidak memerlukan pada manusia lain?? Hmm.. sudah semestinya kita tetap memerlukan manusia lain, kan? kan? Sebab tu lah Allah buat kita ni banyaksss (dalam jumlah yang ramai). Kalau kita bulih idop sesorang, takkan lah Islam menganjur kita solat berjamaah, bersedeqah+kluar zakat, bermesyuarat dan berbagai-bagai lagi lah.. Kan benda-benda tu semua kita tak boleh buat kalau kita hidup sorang-sorang. Org panggil sedeqah ke kalu tak de penerima nya ? Tu namanya membazir yea tak? yea lah, buang duit merata-rata tak tahu sapa nak amik, baik guna untuk diri sendiri. Sama jugak mesyuarat, mesyuarat pekebende nyer kalo org nya diri kita sorang-sorang je?.. Hmm, gitulah serba sedikit..

Eh, jangan lupa tauuu. Allah tetap segala-galanya. Manusia lain hanyalah pelengkap hidup kita untuk sama-sama menjalankan tugas sebagai hamba Allah di muka bumi ini.

Hmm..apa kah kaitannya ukhuwah dengan Allah itu segala-galanya ? Meh sini nak btau.. Sebelum nak btau, nak buat satu statement dulu. Kawan-kawan pembaca musti selalu dengar perkataan ukhuwah kan? Uiks, jangan buat macam tak pernah dengar pulakss. Selalu org menggembar gemburkan perkataan ukhuwah ni kan..

to be continued..

Tiada ulasan:

Entri terkenal