Khamis, 8 Januari 2009

oh mataku dan kehormatan ku 1

“Katakanlah kepada lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya yang demikian itu leboih suci bagi mereka. Sungguh Allah mengetahui apa yang mereka kerjakan”

Surah An-nur: 30

“Katakanlah kepada para perempuan yang beriman agar mereka menjaga pendangan dan memelihara kemaluan mereka dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa terlihat. Dan hendaklah mereka melabuhkan tudung mereka sehingga dada dan janganlah menampakkan perhiasan (auratnya) kecuali kepada suami, ayah kepada suami, putera mereka, putera suami mereka, saudara lelaki mereka, putera saudara lelaki dan perempuan mereka, atau perempuan seagama atau hamba sahaya atau pera pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan kepada perempuan atau anak-anak yang belum mengerti aurat perempuan. Dan janganlah kamu menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang tersembunyi. Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang yang beriman agar kamu beruntung”

Surah An-nur: 31

“Dan nikahilah orang yang masih membujang di antara kamu dan juga orang yang layak dari hamba-hamba sahaya mu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah memberi kemampuan kepada mereka dengan kurnianya. Dan Allah Maha luas pemberiannya dan Maha Mengetahui”

Surah An-nur: 32

“Dan orang-orang yang tidak mampu menikah hendaklah dia menjaga kesucian diri sampai Allah memberi kemampuan kepada mereka dengan kurnia-Nya. Dan jika hamba sahaya yang kamu miliki ingin kan perjanjian kepada mereka maka hendaklah kamu membuat perjanjian dengan mereka, dan berikanlah mereka sebahagian dari harta yang telah Allah berikan kepada kamu. Dan janganlah kamu memaksa hamba perempuan mu melakukan pelacuran sedang mereka sendiri inginkan kesucian kerana kamu ingin mencari keuntungan duniawi. Barangsiapa yang memaksa mereka maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang kepada meraka (setelah dipaksa).”

Surah An-nur: 33

“Dan sungguh kami menunjukkan kepada kamu ayat-ayat yang memberi penjelasan dan contoh-contoh dari orang-orang terdahulu sebelum kamu supaya kamu dan sebagai pengajaran bagi orang-orang yang bertaqwa”

Surah An-nur: 34


Dulu masa penulis sedang menuntut di pusat matrikulasi, penulis pernah menunjukkan ayat Quran diatas kepada seorang adik.. MAsa itu dia mendengar dengan baik, tapi setelah peristiwa itu, dia selalu berkata "alamak kak dijah dah bukak kitab "..

Tiada ulasan:

Entri terkenal