Rabu, 7 Januari 2009

Palestin. Gaza dan UMat ISlam

Bismillahirrahmanirrahim.

Sesungguhnya Allah MAha MEngetahui dan MAha Merancang segalanya. Walaupun penulis telah mula merasakan kesibukkan yang teramat.. Penulis memang sudah tidak dapat menahan lagi lagi sedih, bimbang, geram dan macam-macam lagi terhadap apa yang berlaku di PAlestin.

Asal niat hanya mahu dimasukkan entri perniagaan coklat dibawah. TApi, setelah membaca segala update berita mengenai kejadian di GAza, penulis terasa perlu untuk menulis lagi hal ini.

Kawan-kawan, jomlah kita buat sesuatu yang kita mampu:
  • BOIKOT barang yang membantu ISrael.. contoh: Nestle, segala jenis alat solek yang pelik2 tu, jersi-jersi sukan yang melambangkan negara yang mempunyai hubungan baik dengan Israel. Mc Donald, KFC, PIzza HUt entah apa-apa lagi lah.. Kalau nak tahu lagi segala barang yang kena boikot, cari je dalam web. Usaha sikit..cari..
KAwan-kawan sekalian, terutamanya kawan-kawan seperjuangan yang masih belajar.. Kita bukan orang yang punya gaji tetap setiap bulan seperti guru-guru kita, ibubapa kita, atau mana-mana golongan pekerja dan profesional lain.. Kita juga tidak mampu untuk terbang kesana untuk membantu saudara-saudara kita. Kita tidak mampu untuk menenangkan hati mereka secara berdepan..

Tapi ini semua bukan alasan untuk kita berdiam diri.. Ikut sahaja kehendak dan keinginan peribadi.. Terasa mahu makan KFC, beli saja, terasa mahu makan McD beli saja.. Eh..vico tak sedap, MILO lagi sedap.. Susah lah nak tukar.. Dah lama pakai jenama ni tauuu. Nanti rosak rambut saya..

Macam inikah orang yang perihatin dengan saudaranya di Palestin?..

KAwan-Kawan.. sedih sahaja tidak cukup.. BOIKOTlah.. Selain dari berdoa.. Bangunlah di sepertiga malam terakhir, mohonlah Allah membantu Umat Islam.. Doa yang dimakbulkan adalah doa seorang saudara kepada saudarnya yang lain tanpa di ketahui oleh saudara yang didoakan.. Umat Islam bukan kalah kerana musuh kuat dan perkasa. Tetapi umat ISlam itu kalah kerana Umat ISlam CUAI.. Jom kita sama-sama jadi umat Islam yang tidak cuai..

Jangan malas bangun malam.. jadikan kebiasan kita.. Kita Umat Islam, kekuatan kita datang dari solat malam (dengan izin Allah).. Sekurang-kurang nya, pastikanlah solat Subuh kita tidak terlalu lewat..

Ayuh kawan-kawan.. Jom buat segala-gala yang kita mampu.. Memang susah.. tapi semua akan jadi ringan dan MUDAH jika kita ada ikhlas, semangat dan ukhuwah..

Tiada ulasan:

Entri terkenal