Secara praktisnya, solat ini memang sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan tapi berat sekali untuk dikerjakan 5 kali sehari dalam waktu yang telah ditetapkan.
Ada tak sesiapa yang solat penuh dari dulu sampai sekarang tak pernah tinggal. Alaa tak yah la nak selindung. Mesti ada pengalaman punya. Sekurang-kurang pernah terlepas solat Subuh. Betul tak??
Panjang betul hurai point pertama. Sebenarnya nak cakap, sebab apa kita masih buat perkara keji dan mungkar walaupun solat. Itulah sebabnya. Sebab kita tak jaga lansung waktu solat kita. Solat ikut dan je timing nya. Seolah-olah meringan-ringan kan tanggungjawab solat.
Selain itu, banyak lagi faktor lain yang mengganggu kesempurnaan solat. Misalnya:
- Makanan kita,
- wudhu,
- kebersihan pakaian semasa solat,
- dosa-dosa yang kita lakukan di luar waktu solat,
- niat solat yang bukan kerana Allah,
- malas solat berjamaah,
- dalam solat pulak tak khusyuk lansung,
- solat pulak lorat-lorat yang penting cepat habis je.
Jom kita berusaha tingkatkan kualiti solat kita. Macam kita berusaha menjaga penampilan kita di hadapan orang ramai, begitulah juga kita berusaha meningkatkan kualiti solat kita.
Sesungguhnya solatku, agamaku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah.