Isnin, 31 Mei 2010

Ayuh doakan saudara kita

URGENT lifeline for GAZA

Israel mula menyerang konvoi freedom flotilla dalam sejam lebih yang lalu dengan heli. 10 dilaporkan syahid setakat ini.

Kapal Miva Marmara ditawan. Lebih 10 aktivis M'sia diatas kapal.

Hanya Allah dan doa kita bersama mereka. ALLAHU AKBAR. Sebarkan. Update AQSA SHARIF Gombak.

Duhai Pembaca sekalian! teruskan usaha kita boikot barang-barang yang membantu ISRAEL (membeli & membuat segala senjata untuk membunuh saudara kita)..

Maklumat terkini boleh didapati di palestinkini.info..

Ahad, 30 Mei 2010

Hati manusia Allah punya

Manusia itu kitalah.. Yang boleh membaca segala tulisan di alam maya ini..

Belum pernah berjumpa, tidak pernah bersua muka. Tidak pernah dikenali hati budinya. Tetapi sekali berjumpa, seolah-olah sudah 10 tahun berkawan. Pengorbanannya jauh tidak tertanding dengan jumlah masa berkenalan.. Siapa yang menyangka ada hamba Allah seperti ini.. Mungkin inilah yang dikatakan persaudaraan kerana Allah. Persaudaraan yang terikat kerana samanya AQIDAH.

Ada juga manusia yang kita tidak pernah harapkan kehadirannya memberi apa-apa manfaat untuk kita. Tetapi tiba-tiba menjadi sangat berharga dan disayangi kerana sikapnya.. Tidak lama ia berlaku. Hanya beberapa tahun. Kemudian, hati manusia berubah. Sikap pun berubah. Sayang kerana sikap itu hilang sedikit demi sedikit. Tiba-tiba hati tersedar. Kasih sayang itu sepatutnya bukan kerana sikap. Tetapi kerana Allah. Tali persaudaraan itu dijaga dan dipelihara kerana Allah. Segala tingkah laku selama mengikat tali persaudaraan itu adalah menurut perintah Allah.

Maksudnya: Sayangkan saudara seislam, saudara seperjuangan itu boleh datang sebagai anugerah Allah, dipupuk atau kita sengaja menghapuskan rasa..

Bagaimana kita boleh jadi begitu rindu pada seseorang yang tidak pernah kita jumpa?? Nabi Muhammad s.a.w dan semua Nabi-nabi yang Allah ceritakan dalam AQ.. itulah rindu dan sayang kerana iman kita pada Allah, iman kita pada AQ.. percayanya kita pada segala kandungan ajaran Islam yang dibawa Rasulullah.

Itu semua isu hati yang menjadi HAK MILIK Allah. Kita hanya peminjam dan penjaga 'barang amanah'.

Jumaat, 28 Mei 2010

Burung

"Buat apa begitu wahai burung?"

"aku sedang berusaha memadam api dari membakar Nabi Allah Ibrahim"

"Sia-sia sahaja kerja kamu itu. Adakah api marak sebesar itu akan padam hanya dengan beberapa titis air dari paruh kecil kamu wahai burung?"

"Setidak-tidaknya aku berusaha, walaupun api itu tidak mungkin akan terpadam"

Ini kisah burung yang berusaha memadamkan api nyalaan Namrud untuk membakar Nabi Ibrahim a.s.

Ya, berusaha bukan untuk mendapatkan hasil.. Kadang-kadang kita terlupa.. Sedangkan ganjaran dan keredhaan Allah itu yang penting. Apalah yang lebih berharga didunia dan akhirat selain keredhaan Allah??

Rabu, 26 Mei 2010

Khabaran

Assalamualaikum semua pembaca setia (cewah, macam tau je ada pembaca setia. Perasan je ni. nak bagi sedap ayat).

Penulis mengalami sedikit masalah untuk update blog untuk beberapa hari ini kerana keputusan hujung jari kelingking kanan serta sedikit kepatahan tulang jari manis kanan berdekatan jari kelilngking tersebut.

Insya Allah, blog yang di bina atas tujuan menyeru manusia ke jalan Allah ini akan cuba di update sekerap kebiasaan sekiranya penulis mampu berbuat demikian.

tajuk-tajuk entri akan datang sedang berlegar ligat dalam kepala penulis. Semuanya berkisar pengajaran dan hikmah musibah dan ujian yang Allah hadiahkan pada penulis.. 

Nantikan entri akan datang.. baii.  


Khamis, 20 Mei 2010

Mendamaikan dua saudara yang bermusuhan

“Sesungguhnya rahmat Allah tidak akan turun dalam kalangan mereka yang memutuskan silaturahim"

“...Sesungguhnya mendamaikan antara dua saudara adalah sedeqah..”

(Al-Hadith)



Tazkirah aidilfitri 1429 ada suatu nilai yang besar. Walaupun pada mulanya kecewa melihatkan khatib adalah orang biasa-biasa sahaja.

“Ala pakcik ni pulak bagi khutbah raya”. Harapkan seseorang yang lebih baik dan hebat.. Tetapi Allah lebih mengetahui apa yang hamba-Nya perlukan..

Sesiapa yang merasakan dirinya sedang melakukan sesuatu yang seumpama dengannya.. Ayuh berbuatlah sesuatu agar amal soleh kita tidak tersangkut.

Jika kita bukan dalam kalangan yang memutuskan silaturahim, tetapi mengetahui ada insan-insan yang mempunyai masalah ini, maka bantulah mereka untuk berbaik semula. Jangan kita pula yang menjadi kayu api perbalahan mereka.

Kadang-kadang Allah meletakkan kita dalam situasi yang mana kita boleh memilih sama ada mahu memulihkan perhubungan dua pihak atau menjahanamkan hubungan yang sedia tidak mesra antara mereka.

Dan kadang-kadang juga, kita bimbang untuk medamaikan dua saudara kerana dengan baiknya mereka berdua, kita akan ‘tersingkir’ dari ‘persahabatan’ yang telah terbina kerana pergaduhan dan kerenggangan mereka. Semoga Allah menjauhkan kita dari situasi seperti ini.

Ingatlah, kita bersahabat dan berkawan kerana Allah. Jika kita tidak memerlukan mana-mana manusia di dunia ini, tidak perlulah Allah menurunkan pelbagai syariat dan suruhan menyuruh kita berlaku baik sesama manusia dan tolong-menolong.

Selamat berdamai dan memaafkan.

Oh fikiran

Berjalan-jalan, makan angin sambil membaca blog disuatu petang selepas peperiksaan, memang membuatkan penulis berfikir. Hampir kebanyakan blog sama sahaja tujuan penulisannya.. Meluahkan apa yang terpahat diFIKIRAN. Bezanya adalah penampilan dan persembahan yang digunakan. Dan yang paling penting, niat untuk setiap luahan fikiran itu pasti BERBEZA..
Meluahkan apa yang bermain difikiran bukanlah sesuatu yang menyalahi undang-undang. PASTI. Yang mungkin menyalahi undang-undang adalah cara meluahkan FIKIRAN tersebut. Betullah dakwaan beberapa wartawan dan jurnalis mengenai dunia 'blogging', dunia penulisan berubah menjadi 'murahan' apabila semua perkara dan buah fikiran tidak lagi ditapis dan dinilai oleh pakar yang sepatutnya.
BANYAK dan pelbagai. Itulah perkataan yang penulis rasakan sesuai untuk menggambarkan sifat blog yang wujud. Dari seburuk-buruk fikiran hinggalah sebaik-baik fikiran. Dari sebaik-baik cara menulis hinggalah sehodoh-hodoh cara menulis. Semua ada..

Itulah gambaran dunia ini. Perkara baik dan tidak baik bercampur aduk. Pemilihan dan penilaian baik atau tidak; bergantung pada diri sendiri, ilmu, dan kehendak yang terpahat dalam diri. Percaturan ini bukanlah sesuatu yang mudah. Kehendak kita belum tentu betul dan berlandaskan kehendak Allah..
 
*entri ni dah berzaman buat pekasam dalam laptop

Ahad, 16 Mei 2010

Guru

Siapakah yang dapat menafikan peranan guru dalam hidup seseorang? Sudah tentu tiada. Hari ini penulis mahu bercerita tentang guru. Bukan ngumpat tau. Ini nak ucapkan TERIMA KASIH. Ha? apedia? tak faham? Owh sabarlah. Belum cerita lagi bagaimana mahu faham..

Semenjak penulis besar panjang, (eh tak lah panjang sangat pun, ramai lagi orang yang lebih ‘panjang’ hehe), penulis mula belajar menghargai guru. Yelah, masa kecik-kecik dulu rasa macam

“apalah cikgu-cikgu aku ni. Bagi homework banyak-banyak, nak cuti pun tak seronok”.

Masih segar dalam ingatan ketika darjah empat. Cuti 10 hari. Tetapi karangan BM yang perlu diselesaikan ada 11 tajuk (BM=Bahasa Melayu tau; nanti karang ade pulak yang terbaca baitul Muslim..qua-qua). Bayangkan? Darjah empat.. Itu belum dikira kerja sekolah matematik lagi. Berlambak betul. Lengah tangan menulis karangan.

Pernah suatu masa dahulu penulis kene tarik telinga dengan cikgu sebab tidak siap kerja sekolah matematik. Sakit ooo. Kene pulas cuping telinga. Siapa yang pernah jadi nakal tu mesti tahu punya rasa macam mana. Bukan tak nak buat.. Maksud penulis; bukan tak nak buat kerja sekolah. Tapi tak ingat! (Itulah, balik rumah asyik ingat nak main je, mane lah ade ruang ingatan untuk buat kerja sekolah kan?)

Mak penulis selalu tanya:
ade kerja sekolah?
penulis jawab dengan selambe je
“tak dop”.
Esok disekolah cikgu minta hantar buku, barulah teringat!.
EH dah lencong pulak dahhh.

Baik kembali ke tajuk asal. GURU. Ada orang panggil, cikgu, mu’allim, murrabbi, ustaz dan macam-macam perkataan lagi lah. Bagi penulis, panggil apa pun tidak lah menjadi isu besar selagi cikgu-cikgu suka mereka dipanggil sedemikian. Yang penulis kesah adalah cikgu-cikgu yang berperanan sebagai PENDIDIK. Walaupun anak muridnya sudah besar panjang atau besar tapi tak panjang-panjang (tak kesahlah mana-mana), cikgu-cikgu tidak lupa untuk MENDIDIK. Yelah bila dah besar panjang, ramai cikgu suka cakap

“kamu ni dah besar panjang, pandailah kamu jaga diri”..

Ha’a, kan? Dah besar panjang. Tapi perangai tak macam dah besar panjang pun. Sebab itulah masih jadi anak murid.

Kadang-kadang cikgu tak pernah bosan ingatkan perkara yang sama dalam kelas. Walaupun bukan cikgu tak tahu dah berkali-kali dia ingatkan anak murid dia. Tapi kita ini asyik lupa saja. Kadang-kadang, cikgu bercakap sorang-sorang di depan, anak murid tidur nyenyak di belakang. Entah-entah cikgu kita lebih sibuk dari kita tapi KITA TAK TAHU. ingat kerja kita, letih kita saja.

Kadang-kadang tu, cikgu bercakap sampai hilang suara mengajar kita. Tanya kita faham ke tak? Kita jawab fahammm. Tapi bila dalam periksa; jawab soalan pun tah hapa-hapa tah yang di tulisnya.. Walaupun kita jawab tah hapa-hapa, cikgu tak marah. Siap betulkan lagi apa-apa yang tidak kena dan di mana yang tersalah.. cikgu tetap bagi semangat..

Walaupun cikgu marah kita tidak berdisiplin, cikgu tetap tersenyum menegur kita.. Mana nak cari cikgu macam ni sekarang?? TERIMA KASIH cikgu. Cikgu tegur, kita sakit hati, buat keras hati, buat tak faham cikgu cakap apa.. Sampai bila kita nak jadi orang tidak berapa faham bahasa..

Jumaat, 14 Mei 2010

Alah ke dia

Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

Biasa dengarkan?


Bagi nasihat pada orang macam-macam, tapi diri sendiri tak sedar-sedar.. Harap-harap kita tak jadi macam ni.. kadang-kadang kita terbuat benda yang kita larang orang buat. Jadi, bukalah hati.. Buka mata.. Tutup mulut dari mengata orang!


Bersangka baik adalah serendah-rendah tahap ukhuwah.

Isnin, 10 Mei 2010

Solat itu tiang agama 5

Bukan senang untuk memberitahu solat itu tiang agama. Dan bukan juga mudah untuk menjadi orang mu'min dalam keadaan dunia sekarang yang sangat meminggirkan Islam sebagai cara hidup.


Islam bukan lagi penyelesai terbaik dalam semua masalah. Islam tidak mendapat tempat, walaupun dalam diri umat Islam sendiri. Islam tidak mampu melindungi umat Islam sekarang. Islam sangat lemah. Umat Islam dipermainkan, ajaran Islam tidak dihormati.. Adakah kita sedar semua ini?? Atau kita masih lagi dengan keseronokkan dunia yang bersifat sementara ini?

Sabtu, 8 Mei 2010

Solat itu tiang agama 4

Macam pengecut pulak penulis. Itu pun tidak berani bertanya. ENtah macam mana akhirnya kenalan baru penulis ini menceritakan segala-galanya tanpa perlu bertanya.


Dakwanya bos dia di kedai tersebut tidak membenarkan dia bersolat. SEJAUH MANA KEBENARAN DAKWAAN itu tidak dapat penulis nilai. Untuk menerima ceritanya 100%, itu bukan pendirian dan sikap penulis.

Cerita yang diceritakan orang mengenai orang lain, hanya boleh didengar sahaja.. dan kalau boleh dengar pun tidak perlu. Bagaimana mahu menilai? Jangka masa berada di kedai tersebut terlalu singkat. Tidak adil untuk menghukum orang dan TIDAK PATUT untuk penulis menghukum samada pekerja melayu tersebut ataupun bosnya yang didakwa tidak membenarkan dia bersolat.
...
Dulu pernah penulis dengar salah seorang pensyarah penulis bercerita, dia bertemu seorang jepun dan orang jepun tersebut bertanya kepadanya "Kenapa umat Islam membuang masa beberapa minit untuk bersembahyang semasa bekerja?"
Ini jawapan penulis. Tidak ingat dah apa jawapan yang diberi oleh pensyarah. "Solat itu perintah Tuhan Yang Maha Pencipta. Dia tahu segala baik buruk makhluk ciptaanNya sebagaimana kita mencipta mesin dan komputer. Dengan sebab tahunya kita kelemahan dan kebaikan mesin dan komputer, kita menasihatkan pemilik alat tersebut dengan beberapa panduan penjagaan supaya alat tersebut sentiasa berfungsi dengan betul. Begitu juga dengan kita. Manusia. Dengan solat kita akan berfungsi dengan betul menurut pengetahuan PENCIPTA kita"
....

Cerita ini penulis ceritakan pada kedua-dua staff dikedai farmasi tersebut. Staff melayu dan staff cina. Dengan harapan mereka beroleh sesuatu yang bermanfaat dari cerita tersebut.

Khamis, 6 Mei 2010

Solat itu tiang agama 3

Solat itukan tiang agama. Barangsiapa yang tidak bersolat, maka runtuhlah agamanya.

Buat pengetahuan kawan-kawan. Umar Al-Khattab menilai para gabenornya berdasarkan solat mereka.

Dan yang lebih penting, solat itu titik yang membezakan orang kafir dan orang Islam.. Jika kita tidak bersolat, maksudnya tiada bezanya kita dengan orang kafir.

Itu semua kepentingan solat. Kepentingan itu disebutkan dalam hadith. Kecuali perenggan kedua itu bukan hadith.


Sekarang macam mana mahu buat dengan kawan yang tidak bersolat?? Kawan yang hanya baru dikenali selama beberapa hari. Belum sampai seminggu. Dan dia jauh bertahun lebih tua. Hampir 20 tahun. Apa punca dia meninggalkan solatnya?? Beranikah penulis bertanya?? TAK BERANI tau.

Selasa, 4 Mei 2010

Solat itu tiang agama 2

Walaupun terkial-kial, tapi kena buat jugakkan? Buat jelah. Sekurangnya tak kekok nak cek tekanan darah dan paras gula untuk pelanggan yang datang. Dan boleh bagi kaunseling ringkas.

Penulis berdoa panjang pada Allah supaya diri penulis yang serba kekok dan tidak reti ini tidak menjadi fitnah kepada agama selama berada di kedai farmasi tersebut.

Itu kebimbangan pertama. Yang kedua pulak, penulis perasan sesuatu yang tidak menyedapkan hati sedang berlaku.. Agak-agaknya apakah perkara tersebut? Penulis perasan pekerja melayu tersebut tidak keluar bersolat.. WAaaa besarnya tugas!. MAcam mana nak buat bila kawan kita tak solat?? Susah benar oii.. Nak tanya kenapa.. kot kita ni buruk sangka ke dia. Kot-kotlah dia keluar solat tapi penulis tak perasan. Atau dia memang tengah ABC (ha, ni orang perempuan je tahu). Tapi akhirnya, dia mengaku sendiri pada penulis yang dia memang tidak akan keluar bersolat sepanjang waktu kerja.

Waduh sedihnya. Serius sedih habis. Tidak ketahuan nak buat macam mana. Sebelum ini tidak pernah ketemu orang yang tidak bersolat apalagi siap mengaku pulak tidak bersolat.

Isnin, 3 Mei 2010

Salam perjuangan (untuk kamu jika kamu perasan)

Kali ini penulis mahu berkata sesuatu yang mungkin difahami sebahagian orang, tetapi mungkin tidak, oleh sebahagian orang. Masing-masing manusia punya sejarah hidup tersendiri.. Ada yang baik, gembira dan menyenangkan hati. Walaubagaimana pun, ada juga pengalaman yang pahit, sedih dan menyusahkan hati.


Sejarah kehidupan yang tidak baik bukan untuk dicanang kepada manusia lain. Setelah keaiban itu ditutup Allah.. Kerana itu ia digelar sejarah kehidupan. Sejarah hidup kita biarlah kita dan manusia yang bersama kita sahaja mengetahui. Dan jika ia perlu diselesaikan, maka selesaikanlah. Kerana itulah misi penciptaan kehidupan kita sebagai manusia.. Hamba Allah. Dan bukannya hamba hawa nafsu sendiri (dibaca: kehendak diri).


Kadang-kadang kita ini manusia bongkak. Sukarnya menerima kesalahan diri. Dek teguran itu datang dari orang yang serba-serbi kekurangan dari diri, menjadi asbab kepayahan kita menerima kelemahan diri. Mengapa kita terasa begitu besar dan baik berbanding orang lain? Sedangkan sudah dinyatakan kita ini insan serba kekurangan?


Kebodohan diri memahami setiap kejadian itu bukanlah suatu penghinaan. Ia adalah suatu pengajaran hidup.. Agar kita berusaha mencari pahala. Memohon keampunan TUHAN Yang Maha Pemaaf. Ujian dan mehnah kehidupan sentiasa dikirim Allah demi menuntut kesetiaan kita pada janji.. Janji untuk menanggung tanggungjawab pemakmur bumi..


Kadang-kadang kita ingat.. Dan kadang-kadang kita lupa. Kelebihan diri menjadikan kita lupa siapa sebenarnya diri kita yang hina. Kadang-kadang kita ingat dan kadang-kadang kita lupa.. kekurangan diri menjadikan kita lupa bersyukur bahawasanya banyak lagi nikmat terkumpul berlambak sepanjang menjalani hidup.


Kealpaan kita jugalah menyebabkan kita menjadikan perkara kecil dan mudah sebagai bahan bakar api sengketa. Walhal masyarakat diluar sana sangat memerlukan kebijaksanaan dan tenaga yang ada pada kita. Tidak kiralah siapa kita di mata dunia dan negara. Tidak kiralah apa pun pangkat sosial dan status kehidupan kita. Nikmat dan kesusahan, bahagia dan derita hidup; tentu ada sebab dan hikmah mengapa ia diberi..


Kealpaan kita, hasutan syaitan yang sentiasa dibisikkan.. Nikmat dunia yang secuit.. Menyebabkan kita lupa.. Lupa tujuan kita diciptakan. Kita lupa membaiki diri itu satu ibadah. Kita lupa bahawa untungnya insan yang bersedia berubah kearah kebaikan. Diulangi.. insan yang bersedia..


Sombong dan ego itu selendang Allah. Patutkah kita sebagai hamba 'merampas' selendang Allah?? Tiada siapa yang bersih dari sebarang kesalahan. Terimalah dengan redha kafarah dosa kesalahan kita. Sesungguhnya kita memang penuh dengan dosa. Kita bukan maksum seperti Nabi s.a.w. Sekali lagi penulis memohon maaf pada semua yang pernah terasa dan kecewa dengan penulis. Kesalahan sesama manusia perlu diselesaikan didunia, agar ia tidak menjadi penahan kita memasuki syurga Allah kelak..


Sesungguhnya Allah tahu segala yang berada didalam hati manusia. Semoga kecuaian kita tidak menjadi penghalang orang lain ketika mereka menuntut syurga Allah kelak..


Hanya kemulian dan perhatian Allah yang kita cari. Bukan perhatian manusia yang hina dina dan penuh dengan kekurangan. Semoga kamu sedar. Aku bukan bimbangkan kemaafan kamu.. tapi aku bimbangkan kemaafan Allah diakhirat andai aku tidak berusaha menjaga tali ukhuwah. Uhibuki fillah.


Hehe berbau personal pulak. Mungkin kamu tahu siapa kamu.

Ahad, 2 Mei 2010

Solat itu tiang agama 1

Kali ini penulis mahu berkongsi cerita mengenai praktikal di kedai farmasi siri yang ketiga. Kalau kawan-kawan masih ingat, penulis pernah menceritakan satu pengalaman pelik semasa melakukan praktikal siri kedua dahulu.. Kali ini tidaklah pelik tetapi sangat mencabar..

Tidak seperti tahun lepas, mahu ke tempat praktikal perlu berbasikal hampir 20 minit. Bukan tiada lesen memandu.. Tetapi terpaksa patuh larangan ibu yang tidak membenarkan penulis memandu van yang tersadai disebelah rumah itu. Tahun ini lebih bernasib baik kerana adik sudah punya lesen memandu. Jadi; ada drebar! Tetapi untuk beberapa hari sahaja. Selebih harinya, penulis memandu sendiri atau berjalan kaki sahaja.. (sekali sahaja berjalan, lepas tu serik.. rasa macam nak tercabut sendi kaki. sebab penulis ada sejarah kemalangan terseliuh kedua-dua pergelangan kaki.. banyak kali tau.. penangan budak buas).

Ok itu bukan kisah mencabar. Itu cuma kisah biasa sahaja. Ini kisah yang sebenar penulis mahu berkongsi.

Mudah sahaja penulis mendapat tempat untuk belajar di kedai farmasi pilihan penulis itu. Walaupun pada mulanya, dia tidak mahu menerima. Katanya mahu melakukan sedikit ubahsuai kedai. Jadi tak sesuai kalau nak datang. Selain dari alasan ahli farmasi tersebut kerana dia telah mengambil pelajar dari universiti lain.. (Ala univeristi yang sangat popular di Pulau Pinang ni lah..)

Entah macam mana penulis buat kecek dengan ahli farmasi tersebut akhirnya dia bersetuju untuk menerima penulis.. Jadi, bermulalah latihan penulis sebagai pelajar di kedai farmasi tersebut.

Ok pendek cerita. Penulis pun berkenalanlah dengan staff yang ada di kedai. Ada dua orang. Seorang melayu dan seorang cina.. Promoter pulak ada banyak. Promoter ni biasanya wakil syarikat yang akan mempromosi barang-barang edaran syarikatnya kepada pelanggan dan pembeli yang datang/singgah ke kedai farmasi. Ramai sungguh promoter.. Ada dalam 4 orang yang penulis kenal. Semuanya cina. Kehadiran promoter bergantung kepada kehendak ahli farmasi di premis masing-masing. Sesetengah ahli farmasi tidak inginkan kehadiran mereka atas alasan tertentu.

Baiklah.. Antara ramai-ramai yang penulis kenal tu, mestilah yang melayu itu yang rapat dengan penulis.. Katanya sebelum ini tiada pelajar melayu yang diterima masuk sebagai pelajar ke kedai farmasi tersebut. TERKEZOT lah penulis.. Ayooo, aku pelajar melayu pertama kah?? Ok lah.

Sebenarnya melayu ke cina ke bagi penulis tak penting sangat, tapi yang membimbangkan sikit.. Pelajar ISLAM yang pertama. Maksudnya, penulis akan membina reputasi pertama mengenai pelajar farmasi MELAYU ISLAM di kedai tersebut. Bukannya apa. Penulis ni bukanlah pandai sangat.. Takde lah ingat segala ubat-ubat yang ada tu untuk kaunseling pelanggan dan pesakit yang datang.. Bila pelanggan datang mintak ubat pun terkial-kial juga penulis mencari ubat.. iyelah. Ubat bukannya satu.

Entri terkenal