Ahad, 8 Mei 2011

Ceramah sana sini

Apa itu Islam.

Mengapa kita saya memilih Islam sebagai cara hidup? dan mengapa saya bersungguh-sungguh menurut segala undang-undang dan peraturan yang ditetapkan dalam Islam.

Dan yang lebih pelik lagi, mengapa para penganutnya di zaman dahulu sanggup bermatian untuk menyebarkan ajaran Islam.

Begitu besar, hebat dan dahsyat sekali orang mukmin di zaman dahulu mempertahankan Islam. Mereka bukan berhenti setakat mempertahan, malah menyebarkan.. Jika ada sekatan, mereka akan menghapuskan sekatan dan halangan tersebut.

Mengapa orang Islam dahulu bersikap begitu? Adakah ajaran Islam itu berubah? Adakah ajaran Islam dahulu dan sekarang itu berbeza?

Sebagai ummat Islam sekarang, kita dapat lihat perbezaan ini. Usah di tunding jari pada orang lain. Lihat sahaja diri sendiri. Adakah saya sanggup berkorban demi menyebarkan Islam. Demi mengiklankan kehebatan Islam. Iklan itu bukanlah bermaksud bercakap dan ceramah sana sini, tetapi mengamalkan dengan sepenuh hati segala ajaran Islam..

Mengamalkan sepenuh hati ajaran Islam itu bukan bermaksud solat bersungguh-sungguh, menghadiri usrah bersungguh-sungguh, atau berakhlaq dengan akhlaq baik sesama manusia..

Mengamalkan ajaran Islam itu bermaksud memikul tugas dan tanggungjawab sebagai hamba Allah dan khalifah sebaik mungkin. Ya, menegakkan Islam dalam diri dan seterusnya di atas muka bumi..

Apa itu Islam? Islam itu bererti penyerahan diri pada Allah. Jika benar kita Islam, maka buktikan! Serah diri itu bagaimana? Adakah dikatakan serah diri jika kita tidak bersedia menerima arahan dan larangan tuan kita?

oh, mengapalah saya dilahirkan Islam. Banyak betul kerja dilakukan.. Apakah kita fikir, dengan lahirnya kita sebagai orang bukan Islam itu bermaksud kita terlepas dari segala tanggungjawab yang telah Allah tetapkan? Pastinya tidak. Habis Allah itu tidak adil kerana melahirkan sebahagian "auto-Islam" dan sebahagian lagi "auto-non-islam".? Nauzubillah. Allah Maha ADIL.

Kerana itu Allah hantarkan rasul. Allah berikan AL-Quran. Allah juga kurniakan AQAL. Serta fitrah yang suci serta sukakan kebaikan.

Dengan fitrah dan petunjuk Allah, manusia mampu kembali dan melihat betapa perlunya mereka pada ISLAM. Betapa pentingnya memahami dan mengamalkan Islam. Syaratnya, tiada tekanan dan paksaan keatas manusia. Inilah maksud tiada paksaan dalam beragama dalam surah Al-Baqarah ayat  256.

"Tiada paksaan dalam menganut agama Islam, sesungguhnya telah jelas antara yang benar dan yang sesat. Barangsiap[a yang ingkar kepada Taghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang pada tali Allah yang sangat kuat dan tidak akan putus. Allah Maha Mendengar Maha Mengetahui"

Iaitu manusia mesti bebas dari segala tekanan semasa memilih agama. Bebas dari tekanan pemerintah, bebas dari tekanan majikan, bebas dari tekanan kawan-kawan, bebas dari tekanan kepentingan dunia, bebas dari segala hasutan dan seruan-seruan jahat..

Ayuh kenalilah agamamu. Hanya agama ini yang di redhaiNya.

"Sesungguhnya agama yang disisi Allah adalah Islam. Tidaklah berselisih orang-orang yang diberi kitab kecuali setelah mereka memperoleh ilmu kerana kedengkian diantara mereka. Barangsiapa yang ingkat terhadap ayat Allah, maka Allah sangat cepat perhitungannya" Ali-imran: 19

Tiada ulasan:

Entri terkenal