Selasa, 3 Mei 2011

Prince William

Mantap!

Siap buat siaran lansung lagi.

Hmm, manusia sedang terikat dengan hawa nafsu mereka sendiri.

Mereka kata mereka mahukan kebebasan. Tapi hakikatnya mereka tidak bebas. Kerana mereka terpaksa menurut kehendak hawa nafsu mereka. Esok di akhirat, akan terbelenggu dengan azab api neraka jika tidak bertaubat. Merdekakah begitu? Mereka bukan menurut kehendak Pencipta mereka.

Mengapa dimusuhi agama Islam? Sedang agama Islam membawa tema kebebasan. Kemerdekaan dari perhambaan sesama manusia dan perhambaan kepada selain Allah. Islam mengajak kita kembali kepada fitrah. Fitrah kita sukakan kebaikan. Kebaikkankah sesuatu itu jika ia bertentangan dengan perintah Allah?

Wahai penganut Islam, masuklah kedalam Islam sepenuhnya.. Separuh-separuh mana jadi.


Usah cakap orang lain. Diri kita yang mengaku Islam pun merasa terkongkong untuk melakukan suruhan Allah.. Bagaimana kita.

Dalam entri kali ini tiada tajuk khusus. Penulis hanya mahu berleter. Berleter mana boleh ada tajuk. NAnti terkongkong pula.

Pelbagai dalih dan alasan kita buat untuk melojikkan perbuatan dosa kita. Macam-macam. Kita sungguh takut orang tahu kita bersalah. Sedang kita tidak pernah takut pun Allah melihat kesalahan kita. Dan itu yang kita katakan baik? Itu yang kita katakan bebas?

Mahu berbuat sesuka hati tanpa menurut panduan Allah. Itu yang kita katakan seronok? Apakah akibat kita tidak taat didunia? Hampir semuanya boleh menjawab, berdosalah. Kecilnya dosa yang kita pandang. Apakah begitu seronok hidup di akhirat kelak dengan dosa yang seronok benar kita buat didunia ini? Ya Allah betapa sempitnya pandangan mata kita apabila kita melihat dan menilai sesuatu bukan berdasarkan apa yang telah Allah gariskan..


Apalah penulis ini, mencantas kegembiraan orang. Muda-muda lagi sudah ingat mati, sudah cakap akhirat.. Jika beginilah acuan pemikiran kita, usahkan mati syahid jadi impian, terluka cedera sikit pun sudah bimbang berkolam-kolam.

Al-Jihad jalan kami, gugur syahid idaman kami!

Tiada ulasan:

Entri terkenal