Cantiknya Islam
Aku jatuh cinta dengan Islam
Indahnya akhlaq Rasulullah.
Aku jatuh cinta dengan Rasulullah.
Aku jatuh cinta dengan para pejuang agama Allah,
Betapa hebat pengorbanan mereka menegakkan agama Allah.
Aku bahagia walaupun sedih
Aku gembira walaupun serabut.
Aku senang hati walaupun sakit
Luasnya dada walaupun dunia ini sempit
Aku tetap berusaha walaupun dikecilkan
Aku rasa penuh dan lapang walaupun ditinggalkan
Walaupun sunyi, aku sentiasa merasa Allah disisi
Luka dihati tetap dapat diubati
Kerana ia bukanlah segalanya untuk ditangisi.
Allah lebih utama untuk dirindui.
Ya, para pejuang agama mengajar aku untuk merindui Allah. Rindukan syahid dijalan Allah. Bukan rindukan perkara lain, benda lain atau orang lain. Allah tidak akan menyia-nyiakan rasa cinta dan rindu padaNya.
Melihatkan pengorbanan, kesusahan, keimanan, kekuatan, keikhlasan para pencinta agama Allah.. Membuatkan aku terfikir, aku ini tidak layak pun untuk merasa sedih dan tertekan dengan kesusahan yang tidak sampai 0.1% pun dari kesusahan yang mereka tanggung.. oh, apalah pengorbanan kita untuk agama?
Kenalilah pejuang agama dahulu dan sekarang. itulah contoh kita.
Syed Qutb, Hassan Al-Banna, Syeikh Ahmad Yassin, Abdul Aziz Rantisi, para sahabat Nabi s.a.w.. tabi'in..
Khamis, 5 Mei 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Entri terkenal
-
Allah Maha Besar.. Allah Maha Teliti.. Allah Maha Bijaksana.. Allah lebih dekat dengan kita dari urat leher kita.. Allah lebih sayangkan...
-
Pesanan Nabi s.a.w.. walaupun tidak pernah didengari secara 'life' ke telinga sendiri.. Tapi setiap kali selepas belajar ia pasti te...
-
#syurgaibubapa #wangisyawal
-
Sejahtera tubuh badan dapat dirasai dengan kesihatan fizikal dan usaha untuk sentiasa melakukan ketaatan kepada Allah.. Contohnya solat, pua...
-
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْج...
-
Dari hadith pendek.. "Jangan marah" "Bersabarlah keluarga Yasir, sesungguh bagimu syurga" Hinggalah ke hadith panjang se...
-
Haa, memang sah semua orang kehairan-hairanan, apakah maks ud tajuk kali ini. Mungkin orang Kelantan sahaja yang tahu apakah bendanya. ...
-
Assalamualaikum.. Selamat pagi dan salam sejahtera. Pada suatu hari. Serabut. Stress. Tertekan. Pening. Tidak berpijak di bum...


Tiada ulasan:
Catat Ulasan