Ahad, 15 Mei 2011

Saya bukan melayu

Islam itu untuk orang Arab sahajakah?..

Tidak.

Telah dibuktikan dengan ramainya pejuang Islam itu bukan Arab.

Islam itu agama bangsakah?
Adakah Islam itu menang kerana bangsa Arab?
Adakah sesuatu bangsa yang menyebabkan kemenangan Islam?
Atau kesatuan tauhid yang ada pada penganutnya itu yang memenangkan islam?

Islam datang untuk “memanusiakan manusia”.
Ia telah terbukti membentuk tamadun suatu masa dahulu.

Masyarakat Islam itu terbuka untuk semua bangsa, semua golongan, semua warna kulit dan semua bahasa.

Manusia hanya akan di haiwankan apabila kita cuba memisahkan mereka mengikut bangsa, bahasa dan warna kulit.

Masyarakat Islam dahulu telah menunjukkan contoh. Mereka berkumpul berdasar hubungan persamaan, hubungan kasih mesra dan persaudaraan seagama dan hanya memandang kearah satu matlamat.

Itu adalah MASYARAKAT ISLAM yang membentuk TAMADUN ISLAM. Bukan masyarakat ARAB ISLAM membentuk TAMADUN ISLAM.

Fikirlah wahai orang Islam. Bukan wahai orang Melayu. Kerana saya orang Melayu bercampur cina. Ikut sahaja tidak akan membawa kita ke syurga.

Islam tidak akan menang kerana persamaan bangsa! Ia hanya akan menang dengan persamaan dan kesatuan aqidah kita.

Tiada ulasan:

Entri terkenal