Jumaat, 6 Mei 2011

Salim maula Abu Huzaifah

Mari kita berkenalan dengan seorang sahabat yang di panggil sebaik-baik pemikul Al-Quran.

Jika dilihat secara rambang, hafiz Al-Quran seluruh Malaysia negara yang satu ini, telah ramai.. Hmm tapi.. [ini hanya iklan]

Oklah, mari kita berkenalan dengan hafiz di zaman Rasulullah ini.

Kata Rasulullah:

"Ambillah olehmu Al-Quran dari 4 orang. Iaitu; Abdullah bin Mas'ud, Salim maula Abu Huzaifah, Ubai bin Ka'ab, dan Muadz bin Jabal"

Salim Maula Abu Huzaifah - Maula bermaksud hamba yang dimerdekakan.

Tidak diketahui bapanya, kerana itu diberi nama sebegitu.. Salim telah dikahwinkan dengan Fatimah binti Walid bin Utbah oleh Abu Huzaifah.

Kelebihan Salim yang paling menonjol adalah:  mengemukakan apa yang dianggap benar dan berterus terang. Contoh kisahnya adalah peristiwa Salim menegur Khalid Al-Walid dalam misi berdakwah selepas fathul Makkah. [Apakah kisah detailnya? Ayuh rajin-rajinkan diri membaca buku sirah].

Salim telah mati syahid dalam perang menghadapi kaum murtad di zaman Abu Bakar r.a..

Umar Al-Khattab r.a pernah berkata: Sekiranya Salim masih hidup pastilah dia menjadi penggantiku nanti..

Tiada ulasan:

Entri terkenal