Beberapa tahun kemudian..
Aku melanjutkan pelajaran ke sebuah tempat yang menjadi rebutan orang. Aku tidak menaruh sebarang harapan untuk belajar disitu. Kerana aku tahu yang dipilih, hanyalah orang pandai dan bijak otaknya. Aku bukanlah bijak pun. Lupa sana sini. Bagaimana mahu menghafal Quran? Itu sesuatu yang ajaib.
Cikgu-cikgu sekolah lama pun meragui kemasukkan aku ke pusat pengajian tersebut. [dek kenakalan aku semasa bersekolah dahulu]. Pusat pengajian itu adalah Darul Quran. Tempat orang menyintai Al-Quran. Tempat orang menghabiskan masa menghayati ayat-ayat Tuhan. Yang aku tahu, aku hanya menghadiri temuduga untuk memenuhi janji dengan mak.. Janji yang selalu aku mungkiri setiap kali cuti sekolah hujung tahun.
"Bila nak hafal Quran?" tanya mak.
"Ala.. nanti cuti sekolah hujung tahun la.." jawabku.
Tapi setiap kali hujung tahun.. Ada sahaja alasan tidak mahu menghafal. BORING lah. Asyik mengadap QURAN je.. Ya Allah.. jahilnya aku bahawa Al-Quran itu mukjizat dan petunjuk hidup. Membacanya adalah ibadah! Maafkan aku ya Allah. Aku tidak tahu. Aku jahil..
Maka dengan kemasukkan aku kesitu.. Tertunailah janjiku pada mak. [niat menghafal Quran yang salah!] Lagi sekali aku menjadi manusia jahil yang tidak menyedari kejahilan diri..
Bersambung..
Selasa, 31 Mei 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Entri terkenal
-
Allah Maha Besar.. Allah Maha Teliti.. Allah Maha Bijaksana.. Allah lebih dekat dengan kita dari urat leher kita.. Allah lebih sayangkan...
-
Apabila melihat orang lain ditimpa musibah atau masalah, terasa beratnya dia menanggung perkara tersebut. Pelbagai cara kita cuba untuk meri...
-
Catatan ini tanpa gambar. Ayat Quran? Hadith? Pandanglah masyarakat sekeliling.. Malaysia, Negara Jiran dan Dunia. Apa yang sedang b...
-
bila suatu perbuatan itu tidak di sandarkan pada Allah.. maka bila berjaya, kita rasa itu adalah titik peluh kita dan hanya kerana usaha ...
-
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْج...
-
Ikut hati, mati Ikut rasa, binasa Ikut nafsu, musnah Ikut syaitan, rosak Ikut Allah, bahagia Ikut Nabi, untung Ikut Quran, se...
-
Setiap hari mengulangi kata yang sama: "Aku redha Allah sebagai Tuhanku, Muhammad s.a.w sebagai Nabi ku dan Islam itu sebagai agama...
-
Gunakanlah bahasa yang baik, Dakwah itu lemah lembut dalam pergaulan. Permulaan kepada sebuah perubahan adalah pengakuan. Mengakui bahaw...
-
Dengan nama Allah yang memasukkan siang ke dalam malam. Dan memasukkan malam ke dalam siang.. Melihat manusia lain sibuk berbuat dan menjad...
-
Dari hadith pendek.. "Jangan marah" "Bersabarlah keluarga Yasir, sesungguh bagimu syurga" Hinggalah ke hadith panjang se...


Tiada ulasan:
Catat Ulasan