Sabtu, 21 Mei 2011

Dipersilakan dengan segala hormatnya

Jika di renung-renung..

Susahnya berubah. Sudahlah susah, bila berubah, semua orang seolah-olah tidak membantu.

“Eleh poyo betul!”

“Huh dia tu bukan macam tu dulu tau.. entah kenapa sekarang soleh sangat”

“Eh, pelik lah awak jadi sopan macam ni.. tak biasa”

“what happen to you? Terkena bencana eh?”

“Kamu ingat dengan berubah jadi baik ni, kamu boleh tebus dosa kamu dengan saya ke?”

“Dengan kamu jadi baik tu, ingat saya nak terima awak?”

Itu semua cabaran.

Jika dan hanya jika kita berubah itu benar-benar kerana mahukan kasih Allah yang Maha Penyayang!

Berubah yang disebutkan ini bukan ini bukan berubah jadi syaitan ye. Tapi berubah menjadi orang yang lebih beriman.

Biar apa orang kata, biar apa orang tuduh. 

Mereka bahagia kerana berjaya menuduh kita dengan tuduhan yang pelik dan tidak sepatutnya. Tapi tidak dihari akhirat kelak. Misi kita adalah: teruskan kesabaran wahai saudaraku.

Mereka akan menyesal diakhirat setelah kita bahagia dan gembira dihari akhirat kelak. Sebagaimana yang Allah sudah ceritakan pada kita. Mereka pun boleh baca sekali.

Beberapa ayat dari Surah Mutaffifin. Ayat 29 hingga 34

“Sesungguhnya orang yang berdosa adalah orang yang dahulunya mentertawakan orang-orang beriman” 

“Apabila orang berimana melintasi mereka, orang-orang berdosa itu mengelip-ngelip matanya”

“Dan apabila mereka kembali kepada kaumnya, mereka kembali dan bergembira ria”

“Dan apabila mereka melihat orang mukmin, mereke mengatakan; sesungguhnya mereka benar-benar sesat”

“Padahal orang yang berdosa itu tidak diutuskan untuk menjadi penjaga orang mukmin”

“Maka pada hari ini, orang yang beriman mentertawakan orang-orang kafir”

Maka berbahagialah orang yang berubah. Teruskan perubahan anda. Biarlah apa orang tuduh. 

Sesungguhnya mereka sangat jahil & banyak perkara dunia akhirat yang tidak mereka ketahui. Bukankah Allah suruh kita berpaling sahaja dari orang jahil?

“Jadilah orang yang pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh”

Al-A’raf: 199

Setelah berubah, berilah peringatan, jika orang tidak mahu mendengar seruan berpalinglah.. Teruskan usaha kita di tempat lain. Sesungguhnya bumi Allah ini luas. 

Tiada masa untuk merasa sempit dada setelah Allah mengurniakan manis & indahnya iman!

Tiada ulasan:

Entri terkenal