Ahad, 29 Mac 2009

Tqah punya fasal 5..

Apalagi budaya yang ada?

  1. Kami mesti menghafal setiap hadis yang telah dipelajari. (tapi penulis dahulu nakal, Cuma hafal hadis awal-awal je.. yang lain habis dilupakan. Sekarang terpaksa berusaha semula untuk mengingati hadis-hadis tersebut..)
  2. Pernah juga penulis dengar komen-komen dari ibu bapa pelajar sekolah, mereka sangat tersentuh dan terharu dengan sikap pelajar sekolah walaupun ‘nakal giler’ tapi bila bersalam dengan orang yang lebih dewasa, mereka akan mencium tangan..
  3. Dua jam, dua hari setiap minggu, pelajar-pelajar mestilah memperdengarkan hafalan masing-masing mengikut silibus yang telah ditetapkan.. kira hafazan quran termasuk dalam subjek wajib diambil setiap pelajar yang bersekolah disekolah ini..
  4. Selain subjek yang telah disusun oleh Kementerian pelajaran, sekolah juga telah meletakkan subjek-subjek seperti aqidah, sirah, fiqh, hadith, tasawur islam dan tajwid sebagai subjek perlu diambil. (Semasa disekolah, penulis sentiasa mempertikai keperluan mempelajari subjek ini kerana ia tidak termasuk dalam mata pelajaran yang di uji dalam PMR), tetapi penulis sedar akan kepentingannya setelah keluar meninggalkan sekolah.


Inti patinya, sekolah ini menyediakan penulis bukan sahaja dengan ilmu duniawi yang formal tetapi juga ilmu ukhrawi dan kehidupan yang sekarang ini amat sukar untuk ditemui disekolah-sekolah kerajaan..


Akhir kata, orang yang bijak adalah orang yang mampu memahami dan belajar sesuatu dari pengalaman orang lain walaupun dia tidak pernah melalui pengalaman yang sama.


Harap-harap bermanfaat untuk semua..


Pengalaman inilah yang membuktikan kebenaran ayat 216 surah Al-Baqarah; boleh jadi apa yang tidak kita sukai itu sebenarnya baik untuk kita dan apa yang kita sukai itu tidak baik untuk kita..


Sesungguhnya takdir Allah untuk kita adalah yang terbaik tetapi bukanlah alasan untuk tidak berusaha, kerana kita tidak mengetahui apakah takdir Allah kepada kita.. Semoga bermanfaat dan membantu kawan-kawan pembaca menambahkan iman kepada Allah.

p/s: penulis dah rindu dengan zaman sekolah.. tak de masalah.. tapi cari masalah. Sekarang banyak masalah, tak payah cari..

Jumaat, 27 Mac 2009

Tqah punya fasal 4

Seterusnya:

  1. Peraturan dan undang-undang sekolah berjalan ke atas pelajar, selagi pelajar itu sedang menuntut di sekolah. Maknanya, jika dia melanggar peraturan sekolah, di luar waktu persekolahan, atau luar kawasan persekolahan, dia tetap akan di kenakan tindakan disiplin. Ini sangatlah berbeza dengan kebanyakan sekolah lain; jika murid itu melakukan kesalahan disiplin, tiada hukuman boleh dikenakan jika ia berlaku di luar waktu sekolah atau luar kawasan sekolah.
  2. Mestilah membahasakan diri sebagai ‘ana’ dan orang lain sebagai ‘nt’ atau ‘nta’. Jika menggunakan selain dari ini akan dijeling oleh senior dengan jelingan yang suuungguhh tajam.
  3. Tiada pemandangan pelajar perempuan dan lelaki berbual-bual kosong sama ada dengan kehadiran guru atau pun sebaliknya.
  4. Pada waktu rehat, semua pelajar mestilah melakukan solat dhuha. Sesiapa yang gagal akan di catat namanya dalam buku dan tindakan disiplin akan dikenakan.
  5. Waktu makan pelajar lelaki dan perempuan tidak pernah serentak. Jika rehat adalah 20 minit, maka, sepuluh minit pertama adalah waktu pelajar perempuan makan dan pelajar lelaki bersolat dhuha. kemudian, pada 10 minit kedua barulah pelajar lelaki makan dan pelajar perempuan pula bersolat dhuha.
  6. Pelajar perempuan dan lelaki tidak pernah bercampur secara terang-terangan. Pelajar lelaki dibahagian hadapan kelas dan pelajar perempuan dibahagian belakang kelas. Dan pelajar lelaki sememangnya tidak berani untuk menoleh ke belakang walau apa jua keadaan.
  7. Qiamullail adalah program wajib setiap dua minggu. Semua pelajar dari tingkatan satu hingga lima wajib hadir dan kami semua akan tidur beramai-ramai di sekolah. Dalam banyak-banyak program sekolah, inilah satu-satunya program yang penulis sangat suka dan tertunggu-tunggu.. (ini nak menambah; selepas kena kerah qiam pagi-pagi, kami akan dikerahkan pula untuk kawad. selagi kawad tak cantik, selagi itulah kami akan dijemur di bawah matahari pagi..).
  8. Pengalaman kawad ini memang menarik. Segala macam denda kawad sudah penulis rasa kecuali pumping (sebab orang cakap perempuan tidak boleh pumping). Kawad bawah panas itu memang perkara yang sangat biasa. Kadang-kadang, sampai ke tengah hari kami berkawad. Jika ada perkhemahan, kawad dalam hujan pun dah tidak menjadi isu besar.. Lagi ‘best’nya, pernah suatu ketika, disiang harinya kami memasuki hutan pagi-pagi, dan keluar dari hutan apabila hari hampir maghrib. Tengah malamnya, jam 3 pagi, kami dikejutkan untuk berkawad bawah hujan.. fuh, menguji kesabaran betull.


Eh? la cerita fasal kawad pulak.. Nak beritahu fasal sekolah tadi.. haa, fasal budaya dan peraturan sekolah. Selain budaya-budaya di atas, ada banyak lagi budaya lain..


Ada satu budaya yang susah untuk ditemui di tempat lain adalah budaya saling ingat-mengingati. Sesiapa sahaja tersalah, pasti ada sahaja yang prihatin untuk memperbetulkan. Tidak seperti sekarang, di tempat penulis sedang belajar, jika ada orang yang sedar dan cuba memperbaiki keadaan, akan di katakan menjaga tepi kain orang dan menyibuk. Hasilnya, wujudlah masyarakat ‘ananiah’ atau ‘keakuan’. Suka hati lah orang nak buat apa, asalkan tidak mengganggu hidup orang lain.

  • Sesiapa yang suka mengumpat, akan dipulaukan secara automatik oleh kawan-kawan yang lain.. owh ini budaya dikalangan pelajar perempuan sahaja. Tidak pastilah bagaimana dikalangan pelajar lelaki, sebab tidak bercampur.

Rabu, 25 Mac 2009

Tqah punya fasal 3

Sekarang sekolah ini sudah membangun, jauh lebih baik segala kemudahan dan prasarana nya.. Berkat usaha, kerja keras dan doa orang-orang yang ikhlas beramal demi menaikkan semula syiar Islam..


Owh, apa yang bagus dengan sekolah ini? Sebenarnya suasana beginilah yang menjadikan penulis dan pelajar-pelajar disekolah tersebut dapat berlatih dan bersedia untuk menghadapi hidup sebagai seorang Khalifah Allah apabila telah tamat sesi persekolahan. Sememangnya kebaikan ini tidak dapat dilihat oleh penulis semasa menjalani kehidupan sebagai pelajar disekolah ini..


Sudahlah sekolah nya sarat dengan ‘kecacatan fizikal’ ditambah pula dengan undang-undang dan budaya sekolah yang amat lah mengongkong (pada pendapat penulis pada masa itu). Mahu tahu apakah peraturan dan budaya nya?

  1. Semasa sukan, pelajar perempuan mestilah memakai t-shirt yang labuhnya melebihi paras lutut. Jika ada yang memakai baju yang singkat sedikit sahaja, akan dipulaukan secara automatik. Tiada orang akan bermain dengan dia.
  2. Semua pelajar perempuan mestilah memakai stoking apabila keluar dari asrama. Dan jika dia enggan, semua orang akan menjeling dengan jelingan yang tajam. Silap-silap kena marah jarak jauh.. (ada orang tolong jeritkan suruh pakai stokin). Biasanya masalah tidak mahu berstokin ini adalah dikalangan pelajar yang tinggal diasrama apabila turun dari asrama untuk menjemur kain di bahagian belakang bangunan asrama..
  3. Begitu juga tudung, pelajar perempuannya memakai tudung labuh melindungi semua aurat yang sepatutnya tidak kelihatan. Sejuk mata memandang melihat kawan-kawan menjaga aurat masing-masing. Maksudnya, budaya memakai tudung singkat semestinya lah tidak ada di sekolah ini, apalagi tudung jarang yang mempamerkan segala ‘benda’ yang ada di sebaliknya..
  4. Baju ketat dan singkat lagilah tidak pernah kelihatan di sekolah..


(budaya-budaya di atas inilah yang menyebabkan penulis terasa maruah wanita mukmin sangat terpelihara dan mulia sekali di sisi Allah, jika dia benar-benar menurut suruhan Allah untuk menutup aurat. Auratnya terjaga dari pandangan mana-mana lelaki..)

bersambung..

Isnin, 23 Mac 2009

Tqah punya fasal 2..

Sebelum menjejakkan kaki penulis ke Sekolah Menengah Al-Islah, penulis terasa mahu memberontak kepada mak dan ayah kerana menyuruh penulis ke sebuah sekolah yang tidak glamor dan tidak dikenali sesiapa pun. Apabila kawan-kawan sekolah rendah bertanya, “kat mana awak sekolah sekarang?” setelah memberi tahu nama sekolah, ia mesti akan diikuti dengan “sekolah apa tu?tak pernah dengar pun?”. Hmm, itu baru bab nama populariti sekolah.


Sekarang bab kawasan sekolah pulak. Sesampai sahaja disekolah tersebut, rasa tidak mahu bersekolah di situ semakin bertambah-tambah.. Masakan tidak, sekolah itu penuh dengan tanah merah, belukar dan hutan meliputi sebahagian kawasan tepi sekolah.


Lebih ‘best’ lagi, sekolah ini jauh dalam kampung, siap kena lalu sawah, rumah orang kampung, kubur, kedian barulah nampak bangunan sekolah.. Pagar?? Jangan mimpilah mahu pagar sekolah yang cantik dan memberikan rasa selamat kepada penghuni, bangunan sekolah pun separuh batu separuh kayu..


Jika mahu bermain, padang sekolah itu harus dan mesti di kongsi dengan adik-adik yang bersekolah rendah. Mengapa begitu? kerana, Pusat Pendidikan Al-Islah adalah sebuah pusat pendidikan sekolah menengah dan sekolah rendah.. Sekolah menengah hanya mempunyai dua buah bangunan tanpa padang.


Pendek ceritanya, penuh dengan segala kedaifan.


Bayang kanlah, sebelum ini penulis bersekolah disebuah sekolah kerajaan yang sangat besar dan lengkap dengan segala kemudahan. Bagaimana mahu menggambarkan kebesaran sekolah itu? hmm, padang nya sahaja sejauh mata memandang. Ha, kira besar nya tak terkiralah..


Balik ke Sekolah Menengah Al-Islah, bagaimana penulis mahu meneruskan persekolahan di tempat sebegini? “Tidak kondusif untuk belajar”.. Inilah kata-kata penulis dalam hati pada suatu masa dahulu..

Sabtu, 21 Mac 2009

Tqah punya fasal 1..

Hai, saje buat tajuk gitu. Ini bukan nada bergaduh tau. Baca dengan nada lain sikit.. Tqah punya fasal, ana pun usahalah jawab jugak, walaupun sebelum ni pernah berkata pada diri sendiri “aku akan cuba sedaya upaya untuk tidak terlibat dengan budaya tag-mengetag orang..”


Penulis tidak tahu, mahu ikut atau tidak arahan soalan yang diberi. Jika betul-betul ikut, nanti entah apa sembarang gambar yang keluar di blog ini nanti. Last-last skali buat arahan sendiri.


‘sort the files and folders according types’

‘choose the number 6th picture’Add Video


Jeng-jeng dapatlah gambar ini..

Penulis bukanlah mahu menulis siapa yang ada di dalam gambar ini, tetapi apakah yang ada di sebalik gambar ini apabila penulis melihat gambar ini.


Pertama sekali, penulis tidak tahu bagaimana gambar ini boleh berada di dalam komputer penulis.. Bila main susun-susun gambar untuk tulis entri ni, baru sedar ada gambar ini.


Yang kedua, dulu, kalau belajar Bahasa Melayu di sekolah, memang suka dapat karangan bergambar. Sebab? sebabnya, mudah mahu diceritakan apa yang ada di dalam gambar, berbanding mendapat satu soalan dengan arahan yang ringkas supaya ‘menulis karangan tidak kurang 350 patah perkataan’.


Baiklah, apa lagi yang ada di sebalik gambar? Ini adalah gambar, pelajar Sekolah Menengah Al-Islah Sungai Petani. Kepada adik-adik dalam gambar, “jangan marah ye ana letakkan gambar antum dalam blog”. Tidak pastilah gambar ini di ambil pada tahun bila, yang pasti, adik-adik ini semuanya telah melalui Peperiksaan SPM sesi 2008 (penulis pula mengambil SPM pada tahun 2003).. Maksudnya, mereka dan penulis sudah tidak bersekolah sekarang.


Apakah kepentingan gambar ini kepada penulis? Gambar ini mengingatkan kepada penulis kepada Sekolah Menengah penulis. Tahukah kawan-kawan, apakah keistimewaan sekolah penulis? Hihi, macam nk puji sekolah sendiri je ni.. eh, bukan begitu.. tiada niat pun untuk melakukan begitu..


Okaylah harap-harap kawan-kawan penulis dapat belajar sesuatu dari apa yang bakal penulis tuliskan..


Bersambung


Khamis, 19 Mac 2009

Tak kenal maka tak benci 8

Setelah mengetahui pintu-pintu tipudaya syaitan, marilah kita cuba cari penyelesaian untuk mengatasinya. Setiap masalah kan ada penyelesaian..

Cara menolak godaan syaitan:

  1. berzikir dengan sebenar-benar zikir.(Seluruh anggota badan bukan mulut sahaja)
  2. ingat Allah
  3. Ucapkan Lahaulawalaquataillabillah
  4. Pendek kata: menyucikan hati.

Penyucian hati boleh dilakukan dengan cara yang telah disenaraikan di atas; tapi masih ada lagi cara lain termasuklah,

  1. bertaubat
  2. bersedeqah (bagi sumbangan, bagi hadiah, senyum)
  3. Ambil wudhu
  4. Banyakkan solat sunat
  5. Perbanyakkan membaca Al-Quran
  6. Menjauhi perkara yang menyebabkan kita melakukan dosa..

Baiklah. Tamat. Semoga usaha kita untuk menjadikan Allah sebagai Raja yang bertahta dihati itu tercapai. Dan semoga usaha syaitan untuk menjadi Raja di hati kita terbengkalai..

jumpa lagi.

Selasa, 17 Mac 2009

Tak kenal maka tak benci 7

  • Ta’asub atau fanatik kepada sesuatu

Ini satu lagi lubang yang digunakan syaitan untuk merosakkan manusia. Bila kita terlihat sesuatu yang kita rasa bagus, kita pun terus melihat kepada perkara tersebut dan tidak lagi membuka minda dengan perkara lain. Ia tidak hanya terjadi pada orang yang kurang aqal, malah juga terjadi pada orang yang panjang aqal. Sikap berlebihan ini memang berbahaya. Kadang-kadang kita tidak perasan ia terlekat pada kita, terutamanya orang muda. Jiwanya sedang segar, semangat nya tegar, darahnya mengalir berombak. Jika tidak dipandu dengan ilmu yang benar, ta’asub dan fanatik mudah sangat menghinggapi. Untuk mengelakkan perkara sbegini, menjadi suatu keperluan untuk kita menilai baik dan buruk sesuatu perkara berdasarkan apa yang telah digariskan oleh Allah dan rasul-Nya, bukan mengikut pertimbangan aqal kita semata.

  • Menyesatkan orang yang kurang ilmu mengenal Allah dengan cara mengkhayalkan mereka mengenai perkara yang sepatutnya tidak difikirr dan tercapai di aqal

Apa kah maksud ayat ini? Inilah yang dikatakan serangan aqal fikiran yg tak tercapai dek aqal. Pernah dengar orang cakap macam ni tak? “boleh ke Allah mencipta sesuatu yang lebih kuat dari-Nya?”. Haii, nampak tak? manalah datang soalan macam ni kalau otak kita ini sibuk berfikir cara menghapuskan dosa kita yang banyak itu? Inilah pekerjaan syaitan. ajar kita fikir tah hapa-hapa tah. Kita pulak, cewah rasa macam,bagusnya otak aku ini, ‘adventure’ jugak cara aku berfikir. Hmm salah ini. jangan buat tahu.. tak membaiki iman kalau kita fikir benda-benda macam ini. Nak berfikir mengenai Allah ada caranya (supaya boleh menambahkan iman). Nak tahu caranya nanti kita belajar dalan entri yang lain.

Sebelum tutup subtopik kecik ini, penulis rasa kena jawab dulu soalan pelik tu. nanti rosak aqidah orang lain pulak.

Jawapannya: Allah tidak menciptakan sesuatu yang sia-sia dan Allah Maha Berkuasa. Kita tidak ada hak untuk mempersoal kehebatan dan kekuatang yang ada pada Allah.

  • Sangka buruk

Okay, ini yang terakhir sekali. Sangka buruk. Ini adalah perkara biasa yang selalu sanagt nak terjadi pada sesiapa yang tidak berhati-hati. Senang aje nak mengatasi masalah ini. Setiap kali datang lintasan buruk, cepat-cepat istighfar. Jangan dilayan sangat. Syaitan ini kehebatan dia, dia boleh usik dan lintas hati kita. Jadi nak taknak, kita memang kena mintak pertolongan dari Allah untuk menjaga hati kita supaya tidak tersangka buruk pada sesiapa pun terutamanya Allah.

Macam mana sangka buruk boleh jadi salah satu dari hasutan dan tipudaya syaitan? Senang je, Apabila berlaku sesuatu diluarjangkaan, atau sesuatu yang tidak selari dengan kehendak kita. Kita pun mulalah fikir kenapa? Haa, syaitan pun kasi lah idea-idea bernas untuk kita.. nampak? Benda-benda kecik itu usah lah difikirkan sangat duhai kawan-kawan. Ingat ye, sangka buruk ini termasuk hubungan kita dengan Allah jugak, bukan dengan manusia semata-mata..

Tidak membantu menyuburkan iman pun..

Ahad, 15 Mac 2009

Tak kenal maka tak benci 6

  • tergesa-gesa

Sememangnya manusia di ciptakan resah dan tergesa-gesa. Ada ayat Quran yang sebut fasal ini. Nak tahu di mana? hmm rajin-rajin lah baca makna Al-Quran.. Ya syaitan adalah musuh yg pandai mencari peluang. Dia tahu kelemahan kita adalah dalam dua perkara ini. Kita pun tahu tergesa-gesa ini akan mengakibatkan banyak kerja kita akan terlaksana, tapi dalam keadaan yang sangat tidak sempurna.. Walhal, bersegera melakukan sesuatu kerja itu memang lah perlu tapi bukan dengan tergesa-gesa. Perlu difahami beza bersegera melakukan kerja (tidak menangguhkan kerja) dengan tergesa-gesa atau orang Kelantan kata “ggaduh/lorat”. Bila kita tergesa-gesa, otak kita kurang berfikir. Bila otak kurang berfikir, tindakkan akan berlaku tanpa kawalan atau tidak disedari. Hmm, masa nilah syaitan memasukkan hasutannya..

  • Duit/wang atau harta kekayaan

Siapa yang tidak suka duit? hmm betapa berjaya nya syaitan ‘mengenakan’ manusia dengan duit. Tahukah kawan-kawan, kebanyakan manusia atas dunia sekarang ini, kebanyakannya lebih memahami bahasa duit berbanding bahasa lain? Tahukah kawan-kawan betapa gelabahnya Zionis dan Yahudi laknatullah tanpa duit? Ini lah kuasa boikot terhadap barangan Israel. Boikot akan menyebabkan pulangan untung kepada mereka akan menjadi kurang. Untung kurang maknanya kurang duit. Kurang duit maknanya mustahil untuk mereka membina sebuah Empayar. Kemustahilan membina Empayar bermaksud meraka tidak akan menguasai dunia.. dengan duit manusia boleh lakukan apa sahaja yang dia mahu (haii jika tidak ada rasa takut pada Tuhanlah). Inilah tipudaya syaitan..

Tidak salah mencari duit dan harta, tapi jangan lupa pada cara ia diperolehi, tujuan mencari dan bagaimana ia akan dihabiskan..

  • Bakhil dan kikir atau takut menjadi manusia fakir

Aiseh manusia ini macam-macam perangai. Boleh lah dibahagikan kepada dua; yang sedar diri dan yang tak sedar diri. Yang ada sifat bakhil dan kikir ini boleh lah di golongkan dalam golongan tidak sedar diri. Kenapa kita jadi bakhil? Sebab kita terlupa yang rezeki dan kelebihan harta yang ada itu datang dari Allah, bila-bila masa Allah nak tarik, kita pun tidak dapat mengetahuinya.. Adakah kita perasan yang segala harta yang kita ada itu milik kita? Siapa yang boleh menjamin nasi yang berada dalam tangan kita yang mahu disuap kan ke mulut akan benar-benar memenuhi ruang mulut kita untuk dikunyah?? Seperti pokok, jika ia dipotong sedikit mengikut teknik yang betul, ia akan tumbuh dengan lebih subur dan mengeluarkan bunga; begitu jugalah duit dan harta kita. Apakah dengan pemberian yang tidak seberapa itu akan menyurutkan rezeki kita? Sedeqah dan zakat itu syariat Allah, sudah tentu ada hikmah dan kebaikannya. Ia dapat menyucikan hati kita dari rasa kikir, bakhil dan takut pada kepapaan.. walhal ciri ni tidak sepatutnya ada pada orang yang benar-benar beriman dengan Allah, sebagai Maha Pemberi Rezeki. Jika tidak berhati-hati, sifat ini juga akan menjadi senjata syaitan untuk merosakkan kita.

Sabtu, 14 Mac 2009

Hari ini hari istimewa..

Tahu tak kenapa? sebab hari ini, adalah hari lahir seorang sahabat yang sangat penulis kenali. Dia orang yang sangat memahami dan suka membantu orang.. Semoga dengan nikmat umur yang Allah berikan kepadanya akan menyebabkan amal solih nya bertambah-tambah dan lebih ramai manusia tertarik dengan Islam kerana kehadirannya.(hehe, harap-harap dia tidak tahu yang penulis sudah pun membocorkan tarikh lahirnya di blog ini).

Sebelum apa-apa, ini bukan entri untuk memuji manusia tau.. Penulis ini bukanlah orang yang selalu ingat tarikh lahir orang. Yang selalu penulis ingat hanyalah tarikh lahir mak, ayah dan adik-beradik. Kalau kawan-kawan pulak, bukan tak hafal.. tapi selalu sahaja terlupa..

Pada pendapat penulis, masih banyak tarikh-tarikh penting yang perlu penulis ingat selain dari tarikh lahir. Kadang-kadang, tarikh lahir sendiri pun penulis tidak ingat..

Bukan sikap penulis suka menghampakan orang kerana tidak mengingati hari lahir orang lain, tetapi bagi penulis sudah cukup nikmat; apabila orang itu masih diberi peluang oleh Allah untuk hidup dan beramal solih.. Apalagi perkara yang lebih berharga dalam hidup kita ini selain keimanan kepada Allah dan peluang untuk membuktikannya??

Jumaat, 13 Mac 2009

Tak kenal maka tak benci 5

  • Dengki dan iri hati
Ini salah satu dari penyakit hati yang biasanya ada pada mana-mana manusia jika dia tidak dapat mengawal hawanafsunya. Penyakit hati adalah ini tumbuh apabila kita mencemburui nikmat dan kelebihan yang diberi Allah kepada orang lain. Bermula dari rasa cemburu dan tidak senang dengan kelebihan orang, syaitan pun memulakan bisikan dan hasutan supaya kita berusaha memiliki 'kelebihan' tersebut atau merampas atau menghilangkan 'nikmat' itu dari pemiliknya. Bahaya penyakit dengki dan irihati ini. Berhati-hatilah, sentiasa ingat dan sematkan dalam kepala, bahawa, pemberi sesuatu itu adalah Allah. Jika kita cemburu dan dengki, maka itu bermaksud kita tidak redha dengan ketentuan Allah (untuk memberikan sesuatu kepada orang lain).
  • Tamak haloba
Ini satu lagi sifat manusia biasa yang kurang iman. Apabila mendapat sesuatu, terasa seperti mahu lagi. Asalnya hanya mendapat 1 kurniaan, tetapi merasakan ia tidak cukup, maka berusaha 'giler-giler' untuk medapatkan lagi sehingga terlupa pada tugas dan tujuan sebenar kehidupan atas dunia ini. YAaa, memang inilah agenda syaitan untuk merosakkan semua anak cucu Adam a.s. Apa kah agenda syaitan? MELUPAKAN KITA KEPADA TUJUAN HIDUP DAN MENGIKUT SEGALA HASUTAN MEREKA. TAmak haloba ini adalah sifat yang berlawan dengan sifat Qona'ah. Apa sifat ini? merasa cukup dengan apa yang diberi oleh Allah. Untuk memahami konsep Qona'ah, penulis perlu tulis dibawah satu tajuk yang lain.(lain kali)
  • Mengenyangkan perut/makan sehingga melebihi batas
Haaa, kita ini pantang jumpa makanan sedap. Tak pun, orang iklan sikit je, "owh ini tempat yang popular", "makanan disini tidak pernah mengecewakan", "Malaysia adalah syurga makanan" dan macam-macam lagilah cara kita memperkenalkan makanan. Sehingga terbit sebuah rancangan, jalan-jalan cari makan. Kawan-kawan tahu, dalam Quran, bukan main lagi Allah suruh kita; jalan-jalan ambik pengajaran, tapi tetiba tv ajar kita; jalan-jalan cari makan?? Agaknya kenapalah begitu yang terjadi? Ini pun puncanya hawanafsu jugak. kan udah disebutkan sebelum ini, hawanafsu adalah anak didik syaitan jika ia tidak dikawal. So, berhati-hati dengan makanan. Jangan tertipu dengan promosi orang atau bau atau teknik menghidang yang sangat menarik. Makan boleh, tapi ingat, makan untuk hidup dan beribadah..
  • Kesenangan atau kecintaan luar biasa kepada perhiasan dan perkakas rumah tangga, kediaman, pakaian
Ini satu lagi, biasakan kita ni saaaaayyyyyangggg sangat dengan barang hakmilik kita. KAlau hilanglah kemain lagi cari. LAgi-lagi kalau yang diberi oleh orang yang tersayang. "yelah, orang bagi tauu, mana bulih simpan gitu-gitu jerr". Hmm, kalau hadiah orang bagi tahu pulak nak jaga eh? kalau amanah Allah? Kalau nikmat dan anugerah Allah? Pemberian manakah yang lebih agung dan mulia? dari manusia ke, dari Allah?...

okay hurai banyak-banyak pun, orang bosan jugak nak baca kan.. teringat satu frasa dari seseorang, "tinggalkan perkara yang tidak menambahkan iman". Hurai banyak-banyak, orang bosan baca, membazir masa, buang tenaga dan pastinya tidak akan menambahkan iman.. sebab dah tak de orang baca.

Rabu, 11 Mac 2009

Tak kenal maka tak benci 4

Masih ingat pada entri tajuk ini? oleh kerana penulis telah berjanji untuk sambung maka penulis akan memenuhi janji tersebut..

"orang islam kan WAJIB menepati janji". Syaitan pun tahu menepati janji (JAnji untuk MEROSAKKAN SELURUH ANAK ADAM kecuali yang beriman dengan bersungguh-sungguh)

Siapakah syaitan? Makhluq Allah yang diciptakan dari api. Dan dia enggan untuk sujud kepada Nabi Adam setelah diperintahkan Allah kerana merasa dirinya lebih mulia. Lebih dahsyat lagi berjanji untuk menyesatkan seluruh manusia hingga akhir zaman. Realitinya, janji ini tidka pernah dimungkiri.

Ini lah syaitan. Bagaimana mahu kita mahu mengenal pasti hasutan dan bisikannya? Ini antara yang di senaraikan oleh Said Hawa.

  • Marah
Semua orang tahu marah yang macam mana yg menjadi pintu kepada hasutan syaitan kan? Marah ini adalah marah yang bukan disandarkan kepada Allah. Maksudnya, marah kita bukan kerana mahu mempertahankan undang-undang Allah. MArah kerana mempertahankan undang-undang Allah, tidak mengapa. Walaubagaimanapun perlu ada cara dan batas. Jika marah sudah melampaui batas maka itu juga menjadi pintu hasutan dan bisikan syaitan.
  • Kesyahwatan (keinginan yang keliru dan sesat)
Yang kedua ini, adalah mengenai hawa nafsu kita. Setiap manusia dibekalkan oleh Allah dengan hawanafsu. Untuk membuang nya adalah sesuatu yang nustahil kerana yang memberi adalah Allah. Untuk mengikutnya, itu bukan pula suruhan Allah. JAdi cara yang sebaiknya adalah mengawal hawanafsu. NAfsu kita ini, punya pelbagai keinginan. Ia tidak pernah puas. LAgi ikut lagi mahu. Boleh binasa badan, jika kita menurut kehendaknya. HAwa nafsu ini seolah-olah macam 'assistant' syaitan lah kira-kira nya.. Andai syaitan tidak dapat mempengaruhi kita secara terus melalui bisikan, syaitan akan menggunakan hawanafsu kita sebagai senjata. JAdi, ingat-ingatlah, pabila ada sesuatu keinginan yang bukan untuk mencari keredhaan Allah, cepat-cepatlah sedar dan beristighfar.

Entri terkenal