Kemudian dia bertanya lagi: Ooo kak biasa pakai berapa ringgit sebulan? Penulis pun jawab: entah? tak pernah kira pulak.
Sudah jawab macam tu, tidak puas hati pulak orang itu dan bertanya lagi:
Takkan kak tak tau lansung kot? ok-ok, biasanya kak bajet berapa sebulan untuk talifon?
Isk, geram tahap maksimum dah penulis ni. Bukannya apa, penulis ni tidak suka orang banyak tanya. Terutamanya, soalan yang penulis rasa tidak perlu di jawab dan tidak perlu lah di tanya sebegitu rupa di hadapan semua orang. Tahu tak? orang itu bertanya penulis dengan suara yang sungguh kuat! Satu kedai tu dengar apa yang dia tengah tanya. Tak suka betul!.
Sudah tu, kalau dia tanya penulis Cuma jawab “entah? tak tahu” “entah tak pernah bilang” atau “tah? ikutlah berapa banyak pun”.
Tetibe, lelaki tersebut menunjukkan kepada penulis sekeping kertas siap di ‘laminate’. Kemudian dia berkata:
ha, kak cuba tengok ni kalau kak guna sekian-sekian, beli sekian-sekian dapat sekian-sekian.. dengan harga sekian-sekian, dapat sekian-sekian...
HAAAA ni dah berapi dah penulis. Tadi cakap nak ‘survey’?? Sekarang ni nak iklan suruh beli apakebende ler pulaks.
Dah bengang sangat dengan lelaki india yang ‘tak reti basa’ ni, penulis pun tak dengar dah apa yang dikatakan. Penulis pun mencari, apakah sebenarnya isi kertas yang dia tunjukkan. Owh, rupanya.. dia mahu penulis tukar guna maxis dan langgan pakej-pakej yang disediakan.
Cepat-cepat penulis katakan
“owh saya tidak berminat untuk tukar nombor atau line”.
“Tak kak, kak tak payah tukar nombor, Cuma ambik servis kita saja”.
Lerr? tak ke sama dengan apa yang penulis dah cakap tadi?.. Berbelit betul mereka ni bercakap.
Penulis sudah semakin malas untuk melayan orang mecam gini. Tetibe, ahli farmasi yang sedang sibuk berurusan dengan ‘supplier’ berkata dengan nada suara yang tingggi
“sudah-sudah, kata nak survey je tadi. survey lima minit pun cukup.”
“Haaa, bos sudah marah” tambah pembantu farmasi pula.
“Eh, orang nak sambung buat kerja, jangan ganggu. Banyak kerja nak disiapkan” sambung ahli farmasi pula.
Sudah kene ‘jerkah’ macam tu pun mereka tidak berganjak dari situ. Boleh pulak mereka mahu interview pembantu farmasi dan ahli farmasi yang sedang sibuk melakukan kerja masing-masing..
Akhirnya mereka berjaya dihalau.. fuh lega. Habis hilang semua maklumat yang penulis mahu tulis tadi. gara-gara 3 ‘salesman’ tersebut.