hai kawan-kawan.. Semoga sentiasa sihat dan bertenaga dalam ibadah. Jangan lupa baca Quran. Quran perlu di baca sesiapa sahaja yang mengaku dirinya Islam. Usah persoal latar belakang apa pun dia. Yang penting kesungguhan untuk membaca dan memahami kandungannya.
Praktikal tidak semudah teori. Kita WAJIB memberitahu kebenaran. Orang yang menyampaikan kebenaran pasti ditentang. Jika berdiam diri, kawan kita ramai. Tapi jika kita bersuara. Barulah kita kenal siapa sebenarnya manusia (diulangi.. MANUSIA) disekeliling kita..
Kadang-kadang kita rasa terhina bila orang memberi teguran. Itulah masalah budaya orang Melayu. Mesti tukar mentaliti: Teguran bukan penghinaan (Dengan syarat cara menegur itu bukan cara menghina lah). Ia akan menghasilkan insan yang lebih mulia setelah dia menelan teguran itu. Kadang-kadang, bukan kerana tidak betul teguran yang diberi. Tapi kita mempersoalkan cara ditegur. Alangkah cerewetnya kita.
Pelbagai orang pelbagai cara. Susah menerima cara, bukan alasan untuk tidak menerima kandungannya. Sebab? Setiap manusia pasti melakukan kesalahan. Tiada yang sempurna. Jika tidak, tiadalah syariat supaya kita sentiasa beristighfar dan bertaubat. Maklumkan kembali pada yang menegur, cara itu tidak sepatutnya digunakan untuk kita. Beritahulah cara yang kita rasakan selesa supaya komunikasi akan datang menjadi lebih baik. Janganlah harap orang nak faham kita otomatik.. Orang pun banyak benda lain nak fikir.
Agama itu nasihat. Jadikanlah ia sebagai budaya supaya kita dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa ingat memperingati kepada Allah. Bukan ingat memperingati dalam menonton filem atau gosip-gosip artis/kawan-kawan terkini..
Oleh kerana sudah terlajak menulis hal ini, sukacitanya penulis mahu mengumumkan; penulis sangat berterima kasih pada semua kawan-kawan yang sanggup menegur penulis walaupun penulis tidak suka medium yang digunakan (penulis tak suka orang tegur pakai surat, mesej talifon.. Hehe.. tula cerewet). Penulis suka orang tegur terus penulis masa tengah buat salah. Supaya dapat dibetulkan segera..
Satu lagi penulis nak pesan, janganlah rasa rendah diri untuk tegur orang yang nampak 'macam' baik dari kita. Dia pun manusia jugak -banyak je salah dia buat. Kita je yang tak tahu. Kalau kita tak saling ingat memperingati, siapa lagi nak menyalingkan perbuatan tersebut??
Apa-apa pun, buatlah kerana Allah. Kerana membenci perbuatan mengingkari perintah Allah. BUkan kerana benci pada tuan empunya perbuatan.. Ingat. Semat baik-baik dalam kepala.
Satu lagi, jangan asyik sibuk tegur orang sampai terabai diri sendiri. Ha, kalau jadi gini lagilah teruk. Kesimpulannya, bila nampak orang buat salah, cek diri sendiri jugak. Kot-kot kita pun dua kali lima. Tegur dan berusaha betulkan diri sendiri, serentak dengan itu jangan biar orang lain bergelumang dengan salah yang sama
Isnin, 15 Mac 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Entri terkenal
-
Allah Maha Besar.. Allah Maha Teliti.. Allah Maha Bijaksana.. Allah lebih dekat dengan kita dari urat leher kita.. Allah lebih sayangkan...
-
Apabila melihat orang lain ditimpa musibah atau masalah, terasa beratnya dia menanggung perkara tersebut. Pelbagai cara kita cuba untuk meri...
-
Catatan ini tanpa gambar. Ayat Quran? Hadith? Pandanglah masyarakat sekeliling.. Malaysia, Negara Jiran dan Dunia. Apa yang sedang b...
-
bila suatu perbuatan itu tidak di sandarkan pada Allah.. maka bila berjaya, kita rasa itu adalah titik peluh kita dan hanya kerana usaha ...
-
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْج...
-
Ikut hati, mati Ikut rasa, binasa Ikut nafsu, musnah Ikut syaitan, rosak Ikut Allah, bahagia Ikut Nabi, untung Ikut Quran, se...
-
Setiap hari mengulangi kata yang sama: "Aku redha Allah sebagai Tuhanku, Muhammad s.a.w sebagai Nabi ku dan Islam itu sebagai agama...
-
Gunakanlah bahasa yang baik, Dakwah itu lemah lembut dalam pergaulan. Permulaan kepada sebuah perubahan adalah pengakuan. Mengakui bahaw...
-
Dengan nama Allah yang memasukkan siang ke dalam malam. Dan memasukkan malam ke dalam siang.. Melihat manusia lain sibuk berbuat dan menjad...
-
Dari hadith pendek.. "Jangan marah" "Bersabarlah keluarga Yasir, sesungguh bagimu syurga" Hinggalah ke hadith panjang se...


Tiada ulasan:
Catat Ulasan