Assalamualaykum warahmatullah
misi menerima hidayah.
pagi-pagi sebelum matahari terbit, azan telah berkumandang.
azan solat subuh.
belum penat bekerja.. azan seterusnya berkumandang.
azan solat zohor.
selepas penat bekerja dan melakukan urusan seharian..
azan berkumandang lagi.
azan asar.
matahari sudah tenggelam dan masih banyak urusan yang belum selesai. azan berkumandang lagi...
azan maghrib.
belum hilang lelah siang hari..
walaupun hampir semua urusan harian selesai.
azan berkumandang buat kali terakhir pada hari ini.
azan isya'.
.......
tiada siapa pelik dengan azan.
tiada siapa hairan dengan keindahan seruan azan.
malah...
kita lupa...
untuk diam sebentar, menghayati dan menyahut seruan azan.
sibuknya kita.
belum cerita amal-amal sunat lain.
sibuknya kita untuk beramal kerana Allah.
sibuknya kita untuk memberikan masa pada islam.
kelak...
pada hari yg sangat sibuk, hari Allah mengadili seluruh umat manusia semenjak zaman Nabi Adam a.s..
Dia juga tiada masa utk kita kerana kita tidak pernah ada masa dan kemampuan utk Dia dan agama-Nya.
hari-hari dengar azan.
5 kali sehari pulak tu.
tapi tidak sekali pun kandungan seruan itu menyentuh hati dan fikiran kita. apatah lagi perbuatan harian..
misi menerima hidayah sebenar bukan mission impossible.
sekian.