Ala aku tak famous
–begitu pentingkah populariti untuk menyeru orang lain? Jika ada, ia Cuma satu bonus dan ujian.
Dia tak pela ade kelebihan macam-macam
–jika asyik melihat orang lain, sememangnya kita akan melupakan diri sendiri
Aku tak pandai
–jika mengetahui keadaan diri, baikilah.. tambahlah ilmu
Aku takde pape, nak bercakap pun tak berani
–benarkah tiada apa-apa? Setiap manusia diciptakan dengan kelebihan dan kekurangan. Pastikan kita betul-betul mengenali diri.
Ilmu aku sikit je
–sikit tidak terlepas dari tanggungjawab menyebarkan kebenaran. Masih boleh menambah. Ilmu boleh dicari
Eh, nanti buat ajaran sesat pula
–sebelum beramal pasti ada pemahaman. Keranaa itu kita mempunyai ramai teman seperjuangan yang bersedia membantu kita memperbaiki diri. Mesti optimis. jangan terlalu pesimis.
Tak pela ramai lagi orang lain yang lebih hebat dan bagus
–Mahu biar orang lebih bagus dari kita sahaja mendapat pahala? Ayuh rebutlah pahala sebanyak mungkin
Bukan tak nak buat tapi tak bersedia lagi
– mahu benar-benar bersedia? Lojikkah alasan ini dibentang di hadapan Allah kelak setelah Allah memberitahu senarai nikmat yang telah Dia kurniakan pada kita?
Aku bukannya baik sangat
–Islam sentiasa memberi ruang kepada umatnya untuk memperbaiki diri. Bila-bila masa dan peringkat usia.
Taknaklah, nanti orang cakap aku skema, begitu dan begini
–adakah apa orang cakap itu lebih kita ambil tahu dari kedudukan kita di sisi Allah?
Malulaaa, aku bukannya biasa buat
–Dimanakah sepatutnya malu kita perlu disalurkan? Adakah kita sepatutnya malu dengan Allah kerana berbuat baik?? Aiseh Atau malu dengan Allah kerana tidak berbuat baik seperti yang telah diperintahkan Allah?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan