Jumaat, 18 September 2009

Peram-peram, tak basi punya 3

Cubalah kawan-kawan duduk dan belek akhbar harian yang berada dipasaran sekarang. Analisa dan perhatikan berapa mukasuratkah dari sebanyak-banyak muka akhbar memaparkan berita kebejatan sosial masyarakat? Dari isu kahwin sekejap dan bercerai, hinggalah kepada kes buang anak dan bunuh sana-sini. Apakah maksud semua ini?

Adakah kita hanya sibuk dengan urusan di dalam kampus sahaja?

Ya-ya, exam ni. Susah tau kos saya ni. very tough. kene studi lebih sikit dari orang lain.

Atau

hanya keluar ke pejabat pagi-pagi selepas solat subuh, khusyuk melakukan segala kerja di tempat kerja dan malam kembali ke rumah kepenatan terus tertidur tanpa sedar apakah yang telah berlaku pada rakan serumah atau jiran tetangga kita?

Sekarang mari kita beralih kepada DUNIA TANPA SEMPADAN (internet) kita. Belum klik mana-mana laman, sudah ‘terpop up’ segala benda pelik dan lucah.

“Eh? apa ni?” “Ngacaulah benda ni”.

Kemudian, kita pun menekan punat tutup laman sambil beristighfar dan meneruskan kerja-kerja kita.. Jika sekali, mungkin ia boleh diabaikan. Tetapi ia tidak mungkin sekali.

Kawan-kawan, ayuh kita renung bersama. Tiada simpatikah kita pada masyarakat kita yang rosak dan tidak mengenal Allah? Jika mengenal Allah pun tidak, kita mengharapkan mereka meniggalkan segala kebejatan sosial kerana takutkan seksaan hari akhirat? oooohhh sudah semestinya sungguh luar biasa sekali. Itu seperti memberikan segala jenis ubat kepada seseorang yang sedang sakit kronik dan tidak tahu yang dia sedang kronik. Mustahil dia mahu mengambil ubat. Sudahlah tidak sedap, menyusahkan, pelbagai jenis pula.

Inilah keadaan masyarakat kita sekarang. KRONIK. Masyarakat kita sedang KRONIK dengan penyakit sosial. Pergaulan lelaki perempuan tanpa batasan telah di KRONIK kan lagi dengan DUNIA TANPA BATASAN. Ha, amik tu terbesar pulak dah tulisan ni..

Tiada ulasan:

Entri terkenal