Kiranya macam budak sekolah dalam cerita rekaan ni lah kan. Kalau cekgu dia ajar best (pada pendapat dia) maka dia pun dengarlah. Tapi kalau tak best (pada pendapat dia), maka tak dengarlah apa yang diajarkan cekgunya. Sudahlah yang cekgu dia masuk hari-hari tu dia tak dapat hargai, hadiah kawan dia bagi tu pun dia tak nak ambil sebab kecil dan ‘tidak berguna’..
Kawan-kawan nampak tak? Maksud analogi yang penulis bagi ni? Macam nilah, budak sekolahkan dia tak nampak lagi apa kesannya esok-esok (bila dia dah dewasa) kalau dia tak belajar betul-betul. Dan budak sekolah ini juga tidak dapat merasai nilai mahabbah (kasih sayang) dan tanda ingatan yang ada di sebalik hadiah yang ‘kecil’ dan ‘tidak berguna’ pada pendapat dia.
Begitulah jugak orang sombong yang tidak mahu menerima hidayah Allah. Kadang-kadang hidayah Allah muncul je depan mata dia. Tapi deria yang dianugerahkan Allah itu tidak digunakan sebaiknya untuk menghargai jalan-jalan hidayah yang muncul di depan mata. Hidayah kan hadiah Allah pada kita. Bukankah sombong benar kita jika kita menolak hadiah daripada Allah? Habis apa yang kita mahukan dalam hidup jika hidayah Allah pun kita tidak mahu terima?
opss terganass pulak tanya gitu.. bersambungg
Tiada ulasan:
Catat Ulasan