Pagi-pagi lagi kucing dah datang ngacau. Dia pusing-pusing asrama kejut orang solat. Hehe ada lah dua tiga orang yang terbangun sebab kucing telah men “terkejut” kan mereka. Geli perut rasa nak cerita. Lucu betul. Walaupun dah tinggal asrama dari pagi, petang dah balik asrama pun kucing tu ada lagi. Tengah menunggu dengan muka kesian. Mengiaunya tak payah cerita lah. Habis kelang kabut orang lain jerit-jerit bila kucing ikut mereka masuk bilik. Macam-macam gaya ada. Itulah kucing. Pantang kena gosok sikit, mesti turut sampai ke bilik punya. Jinak bukan main. Orang halau dia, ingat orang nak main dengan dia. Misintepretation lah tu..
Dulu masa kecik-kecik kalau kucing datang, mesti penulis usik habis-habis. Kadang-kadang sampai penyet telinga kucing. Takut sangat tengok penulis. Dia dah tahu penulis akan usik dia. Bukannya apa, tengok kucing comel jinak sangat, geram nak usik. Tapi sekarang tak boleh buat macam tu dah.
Penulis dah belajar, Rasulullah seorang yang penyayang. Bukan sahaja dengan manusia, degan binatang pun. Islam pun ajar kita semua berbuat baik pada makhluk Allah yang lain. Kawan-kawan pernah dengar tak nama Abu Hurairah r.a? Sahabat Nabi s.a.w yang banyak riwayat hadith tu.. Tahu tak apa maksud hurairah? Maksudnya kucing. Jadi Abu Hurairah tu, maksudnya ayah kucing. Kalau cakap bapak kucing tu semacam pulakkan. Ayah kucing lah bunyi macam sopan sikit. Kenapa sahabat Nabi ini kena panggil ayah Kucing? Sebab dia suka kucing lah. Suka sangat. Kadang-kadang dia simpan kucing dalam lengan jubah dia. Hehe, menarikkan kisah Abu Hurairah ni kan?
Khamis, 10 September 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Entri terkenal
-
Allah Maha Besar.. Allah Maha Teliti.. Allah Maha Bijaksana.. Allah lebih dekat dengan kita dari urat leher kita.. Allah lebih sayangkan...
-
Assalamualaikum.. Selamat pagi dan salam sejahtera. Pada suatu hari. Serabut. Stress. Tertekan. Pening. Tidak berpijak di bum...
-
Kami sedari jalan ini kan penuh onak dan duri, Aral menghadang dan kezaliman yang akan kami hadapi, Kami relakan jua serahkan dengan teka...
-
Haa, memang sah semua orang kehairan-hairanan, apakah maks ud tajuk kali ini. Mungkin orang Kelantan sahaja yang tahu apakah bendanya. ...
-
Al-llmu bila amalin kasyajarin bila samarin [ilmu tanpa amal umpama pokok tanpa buah] Mari ulangkaji matapelajaran akhlaq yang kita pelaja...
-
Mahu menulis pun perlukan JIHAD... Ya lah... Mahu istiqamah perlukan JIHAD. Apa pun yang kita buat semuanya perlukan JIHAD. Ja...
-
Sooo long no update. Allahu akbar walillahi hamd. Patutlah Allah buat peraturan harta pusaka.. Kerana harta, manusia sangat berpotensi ber...
-
Dari Abu Umamah, Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: “Tidaklah seseorang Muslim melihat kecantikan seorang wanita, kemudian dia menunduk...
-
Assalamualaykum warahmatullah.. وَأَنِ احْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللَّـهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَن يَفْتِنُوك...
-
menghayati cerita memang menarik. mungkin kerana itulah manusia suka sangat masuk panggung wayang.. menikmati cerita kehidupan impian.. ...


Tiada ulasan:
Catat Ulasan