Isunya: Dunia tanpa sempadan
Kawan-kawan, ini adalah kali kedua penulis bertemu dengan sesuatu yang lucah di internet. BARU KALI KEDUA ok. Entah orang lain sudah kali ke berapa ratus pun tidaklah diketahui. Mungkin juga ada yang masih belum terkena.
Semasa kali pertama dahulu, penulis tidak sedar lansung yang laman lucah ‘terpop up’ ke skrin. Kali ini penulis sendiri ‘terklik’ ke laman berkenan. Siapa sangka dengan tajuk blog seperti “itu” akan menyebabkan penulis bertemu sesuatu yang mengganggu jiwa dan iman. Ya, iman siapa tidak terganggu dengan penulisan sebegitu? Sungguh dahsyat. Seolah-olah menganggap Allah tidak mengetahui apakah isi penulisannya. Baru membaca perenggan pertam dan tidak sanggup lagi meneruskan pembacaan. Ketahuilah ini suatu indikasi kerosakkan masyarakat. Satu dari BErJUTA bukti kerosakkan masyarakat.
Kawan-kawan,
Selama hampir 8-9 tahun penulis melayari internet, tahun inilah tahun mimpi ngeri dengan internet kerana dua pengalaman di atas. Penulis adalah pemudi. dan tidak boleh lagi dikategorikan sebagai kanak-kanak. Berapa ramai lagi pengguna internet jatuh dalam golongan kanak-kanak dan pemudi? Itu belum lagi pemuda, orang dewasa, budak kecil, orang tua dan sesiapa sahaja. Penggunaan internet sekarang tiada batas. TIADA BATAS. Sesiapa sahaja, di mana sahaja, apa sahaja, semuanya ada.
Sememangnya kita pun tahu, internet adalah DUNIA TANPA SEMPADAN. Semuanya ada di internet. Mahu tahu apa? Tekan sahaja, segala jenis ejen carian ada. Dari yang berbayar kepada yang tidak berbayar. Sekalipun di tengah malam, masa bukanlah halangan untuk melayari internet. Internet telah melepasi sempadan waktu, bangsa, agama, budaya, geografi dan segala-galanya. (Ops kecuali kekuasaan Allah).
Sememangnya internet sudah banyak memudahkan kita. Jika mahu menyelesaikan assignment, lab report, thesis dan kajian kes; ‘copy and paste’ sahaja. Eh, salah tu. Terpecah rahsia pula. Oh, bukan penulis dan kawan-kawan yang membaca blog inilah. Itu kes terpencil.. (Aiseh melencong dah, ok-ok sambung balik).
Tidak perlu penulis senaraikan baik dan buruk internet di blog ini. Pasti semuanya tahu apakah senarai tersebut. Apa yang penulis mahu lakukan di sini adalah SERUAN. Seruan kepada kebaikan. Kebaikan yang benar menurut neraca Al-Quran dan keredhaan Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan