Dalam perubatan, penyakit kronik adalah penyakit yang sudah lama mendiami penghuninya. Dan ‘kekronikkan’ itu menjadi lebih teruk jika empunya badan tidak sedar yang mereka telah diserang penyakit tersebut. Ia sukar diubati. SUKAR bukan TIADA. Jika diubati pun, kesan adverse ubat pasti akan kelihatan. Kerana penyakit kronik, memerlukan tempoh rawatan yang lama sebagaimana lamanya penyakit tersebut.
Itu penyakit fizikal. Kita masih ada para doktor, ahli farmasi, jururawat, specialist dan segala profesional kesihatan untuk membantu proses rawatan dan pencegahan. Jika penyakit sosial, siapakah yang bertanggungjawab?
Ustaz? Orang alim? Imam? Ketua kampung? Mufti? Hadooooiii haii. Inilah masalah kita semua. Kita tidak dapat mengenal pasti SIAPAkah yang akan bertugas sebagai ‘doktor’ dan pasukan perawat penyakit sosial.
Jawapannya, sesiapa sahaja yang telah menyedari merebaknya penyakit sosial dan memahami tanggungjawab menyampaikan. Sesiapa sahaja. omputih cakap ANYONE. Jangan tunggu ustaz. Jangan tunggu Mufti atau orang yang lebih baik dari kita.. Allah tidak melihat jawatan dan kerjaya yang disandang kita. Allah memandang pada apa yang kita lakukan. Tugas ini bukan tugas pasukan tertentu, organisasi tertentu, atau individu tertentu. Ia tugas dan TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA.
Sedarkan masyarakat kita yang sedang tidur dan tidak menyedari penyakit kronik mereka. Bukan mudah untuk mereka menerima yang mereka sedang sakit.
Sekurang-kurang kita ada satu cita-cita untuk mengembalikan Islam ke dalam hati setiap individu yang mendiami negara kita Malaysia.. SEKURANG-KURANGNYA.
Kemenangan dipihak yang batil kerana kecuaian dipihak yang benar. Kita mencuaikan tugas kita.. Ayuh kawan-kawan bangkitlah. Berbuatlah sesuatu. Semoga kita kembali pada Allah dengan satu bekalan yang tidak memalukan kita di hadapan Allah kelak. Allah telah memberikan kita satu nikmat yang paling berharga: ISLAM. Adakah adil jika pulang menghadap-Nya dengan tangan kosong???
Setelah berjela menulis, inilah sebabnya mengapa penulis gagahkan diri menggunakan internet walaupun tak minat!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan