Seee-la-mat pagi cekgu. Cam tak ayat ni? Ucapan selamat kawan-kawan upin ipin untuk cekgu mereka. Tak adil la penulis bagi selamat macam tu kan? Bukan cekgu aje yang baca blog ni betul tak? okay lah seperti biasa
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Hayati al-kesah ini:
Hari ini adalah hari biasa persekolahan. Semua orang berpusu-pusu keluar dari rumah supaya dapat sampai tepat pada masa yang telah ditetapkan. Seperti biasa Si fulan pun turut sama bergegas untuk mengejar bas sekolah. Itu sudah menjadi rutin budak sekolah menengah ini untuk menuntut ilmu.
Setiap hari gurunya keluar masuk kelas mengajarkan pelbagai mata pelajaran. Jika dia suka dia dengar dan jika dia tidak suka maka dia abaikan sahaja pengajaran gurunya. Pada suatu hari, kawan baiknya telah membawa buah tangan dari luar negara untuk Si fulan. Mengejutkan reaksi Si Fulan, apabila dia tidak mahu menerima buah tangan tersebut kerana ia hanyalah kecil dan tidak berguna.
Baiklah setakat itu sahaja cerita rekaan penulis. Apa yang penulis nak cerita kali ini adalah cerita orang sombong.
Bagi penulis orang yang tidak senyum pada orang lain itu bukan orang sombong. Tapi orang yang enggan menerima hidayah Allah adalah orang yang paling sombong atas dunia ini.
bersambunggg
Tiada ulasan:
Catat Ulasan