Isnin, 7 September 2009

Hidayah golek-golek 3

Hebat sangatkah kita sehingga kita sanggup menolak hidayah Allah untuk hidup didunia ini? Hidayah Allah datang depan mata tapi kita buat tak tahu. Lebih dahsyat lagi kalau kita nafikan pula hidayah Allah pernah menjenguk kita.


contohnya:

Kenapa tak nak berhenti merokok?

Oh, aku tak dapat hidayah lagi la

Kenapa buat jugak, kan dah tahu salah?

Itulah aku rasa tak dapat petunjuk lagi untuk hentikan perbuatan aku ni

Aku tahu tak boleh, tapi aku tak boleh tinggalkan lah..


Banyaklah lagi ayat yang seumpama maksud dengan petikan-petikan di atas.

Sedarlah kawan-kawan, hidayah memang tidak datang bergolek. Mustahil. Mungkin ia datang kerana berkat doa ibu bapa kita yang sentiasa inginkan yang terbaik untuk anak-anaknya. Tapi apa yang kita dah buat? Susah payah ibu bapa kita doakan kita supaya menjadi orang yang beriman dan beramal soleh, tapi kita seolah-olah melawan arus positif tersebut.

Sekiranya hidayah Allah datang sekali kita buat tak tahu, maka apabila ia datang kali kedua, kita sudah tidak kenal lagi apa itu hidayah. Dan kita tidak pun tahu rupanya ia adalah hidayah Allah. Jadilah manusia yang rendah diri. Jangan jadi sombong dengan Allah. Apalagi makna kehidupan jika kita tidak mendapat keredaan Allah?

Adalagi tau. Bersabar menunggu ok.. Bulan puasa ni dapat pahala berganda-ganda

Tiada ulasan:

Entri terkenal