Isnin, 28 Februari 2011

Berlebihan apa pun

Orang pesan, makan berlebihan tidak baik.. Nanti boleh dapat macam-macam penyakit..
Betul apa orang pesan itu.

Jika gula berlebihan, nanti mengidap darah tinggi.
Jika lemak berlebihan boleh jadi hyperlipidemia dan penyakit jantung dan salur darah.
Jika garam berlebihan dapat darah tinggi.
Jika ubat berlebihan nanti boleh jadi ‘toxicity’..

Kalau berlebihan dalam agama? Kita akan tercicir dari ajarannya. Kerana kita terlalu memberatkan diri dengan sesuatu yang tidak disuruh oleh Allah.

Tapi kalau kurang dalam agama pun tidak boleh juga. Samalah jika kita kekurangan zat makanan. Kita akan mengalami pelbagai jenis kondisi yang telah diberi nama dan istilah. Contohnya, malnutrisi.

Kekurangan dalam agama menyebabkan kita tidak mampu manjalankan tanggungjawab. Sedangkan kita sudah berjanji pada Allah untuk melaksanakan tanggungjawab memakmurkan bumi dan menjadi KhalifahNya..

Pengajarannya, kita mesti belajar untuk menambah ‘zat’ agama, dan kita mesti belajar untuk ‘tidak berlebihan zat’ agama.. Belajarlah selagi ada peluang. Ilmu yang berguna adalah ilmu yang mendekatkan kita pada Allah

Ahad, 27 Februari 2011

Mutiara bd ada sesuatu untuk dikongsi -siri 1

First and foremost, sorry for the poor English.  My first trial.

Me and Mr. Sun, we have each other

Waking up at 5 and seeing all those unfinished exercise papers messed up and pilled up together with my fleece and stuffed teddies, I made up my mind by choosing what's best. - fleece!  I left my house at 1015am by walking to the nearest bus stand which would take 10 minutes and just missed the bus.  It took me another 45 minutes for another bus.  Standing and waiting under the shade of a tree with Mr. Sun who loved me very much hydrated my smile and my motivation.

Soon after dating with Mr. sun, the bus came.  I used a shortcut between old housing area to reach to the commuter station and found out it was a break time and the only ticket machine wasn't working.  I had to get to another counter which I have to cross to the other side.  A long queue and all things went out well.  So, again, it is time to spend with Mr. Sun.  It takes 45 minutes roughtly to commute to interchange station and another 45 minutes before I have to take a bus or taxi to my destination.

However, it just an ordinary train. *chuckles* (know what I'm saying rite?)  Stopping at nowhere station for nobody-know-why and then off to interchange station.  Well, I guess because I haven't used my pass card for a long time, it retaliate.  Again I have to queue at the counter to calm my little rectangular card.  Heh.. Mr. sun said goodbye though.

I decided to stop at another station (Woho.. wasn't the right time to try for a new route babe!) which would take another 15 minutes more despite that i'm late on my schedule.  It is exactly 1 pm when I reach the station.  I took a taxi hoping that the taxi driver knew where I'm headed to.  Well, I guess even though you're local doesn't necessarily you know the place well.  The taxi driver doesn't know!  And so, I showed him the way. (Keh.. I am so right about that place) *big smile*

10 minutes later and destination reached!  Wow.. As usual, I went up straight to surau for a little rest and have these eyes of mine to shut a while. (Too much seeing things all the way!)

~ end of episode 1 ~

By: Wan jamaliyah [mak sedara saye yang baik hati]

Sabtu, 26 Februari 2011

Asas pembinaan masyarakat Islam

Ada tiga asas pembinaan masyarakat Islam yang Rasulullah terapkan:

  1. Pembinaan dan pemakmuran masjid, 
  2. persaudaraan antara kaum muhajirin dan Ansar. 
  3. Dan yang terakhir, piagam dan perlembagaan negara.

Persaudaran Muhajirin dan Ansar. Menunjukkan kepentingan persaudaraan sesama rakyat yang menyebabkan masyarakat boleh menjadi masyarakat yang berfungsi. Apakah itu persaudaraan? Atau bahasa Arabnya ukhuwah.

Ikatan rabbani yang terjalin dikalangan ummat Islam dalam proses mendekatkan diri pada Allah.

Asas pembinaan masyarakat adalah ukhuwah. Dan asas pembinaan ukhuwah adalah aqidah. Bukan kepentingan-kepentingan dunia yang lain. Kita berukhuwah bukan kerana harta kekayaan sahabat.. bukan kerana baik dan eloknya rupa paras, atau kerana “berfaedahnya” seseorang demi kemaslahatan dunia kita. Bukan kerana semua itu. Tapi kerana dia adalah saudara seaqidah yang sama-sama berusaha mendekatkan diri pada Allah.

Ayuh hayati cerita dibawah:

Pada suatu hari;

“Eh! Ainaa.. Lamanya tak jupe!” Sambil tersenyum meleret dan salam berpeluk cium sebagaimana biasa dua sahabat yang sudah lama tidak bertemu.

“Nak p mana ni?” Tanya Ainaa..

“Ana nak p jupe kak T, tapi kak T tak bagi ana jupe dia. Dia cakap tengah kritikal nak siapkan repot. Ana cakap ana nak g jugak. Biarla dia buat repot dia, ana duduk la baca buku kat katil dia.. Pastu baru kak T cakap ‘ok datanglah, tapi saye takboleh layan tau’..hehe” Jawab Kaka.

“Itulah bila lagi nak jumpa kan?! Sementara ada kat sini ja la” Tokok Ainaa..

“Pasaipa Ainaa cakap utagha ni??!!” Tanya Kaka kepelikkan..

“Sebab praktikal kat utagha la ni..” panjang lagi cerita Ainaa walaupun hanya bertemu beberapa minit..

“Sempat pulak nt nak g jupe kak T, bukan ke nt selalu sibuk ke?” tanya Ainaa kembali..

“Ye la Ainaa oiii.. Kalau nak kira sibuk dan banyak kerja, ana tak berkawan dengan orang la. Asyik nak siapkan kerja je. Kerja, kerja jugak. Berkawan. berkawan jugak...” sambil tersengih bahagia kerana dapat bertemu sahabat yang sudah lama tidak ketemu.. Sahabat yang sama-sama berjuang dan bersusah payah memelihara kalam Tuhan..

Bersahabat, bersaudara adalah fitrah manusia. Ia juga salah satu dari komponen KERJA yang perlu kita lakukan untuk memakmurkan bumi. Bagaimana mahu mempraktikkan ajaran Islam itu rahmat buat seluruh alam jika kita hanya hidup dikalangan batu, kayu dan mesin-mesin yang tidak bernyawa?

Khamis, 24 Februari 2011

Tahulah tapiiiii

Tahu syurga itu indah,
Tapi apa bukti kita percaya?

Tahu sabar itu indah,
Tapi asyik cakap,
Sabar itu ada tahapnya..

Tahu solat itu tiang agama
Tapi buat ikut dan saja..

Tahu belajar itu wajib,
Tapi hentam keromo je..

Tahu mesti buat baik,
Tapi diskriminasi..

Tahu sangat dan tetapinya sungguh banyak....

Selasa, 22 Februari 2011

Kite bukan takNak tapi

Nak orang baik, tapi diri sendiri tak baik.
Nak orang beriman, tapi diri sendiri taknak beriman.

Nak orang tak umpat kita, tapi kita umpat orang berkilo-kilo.
Nak cikgu ajar elok-elok, tapi kita takpernah jadi pelajar yang elok..

Nak orang hormat kita, tapi mulut mengata tak berhenti..
Nak semua orang bersopan, tapi kita hanya pilih orang untuk bersopan.

Nak syurga, tapi takpernah tunjuk bukti.
Nak menjauhi neraka, tapi macam takde hati..

Nak jadi baik, tapi taksudi mengorbankan kehendak diri.
Nak menjauhi dosa, tapi hari-hari turut hawanafsu diri..

“Apakah kamu akan dibiarkan [tidak diuji] setelah kamu mendakwa kamu beriman?” Surah Al-Ankabut ayat 1.

Ahad, 20 Februari 2011

Siapa mahu?

Allah suruh tutup aurat,
Tapi taknak..
Panas, tak cantik tak menarik.

Allah suruh solat,
Tapi malas..
Berat, letih, susah..
Kena ambil wudhu, pakai telekung..


Allah suruh jaga mulut,
Tapi..
Suka hatilah mulut aku.
Nak cakap apa, nak kata apa..
Mulut aku mulut aku,
Mulut kamu, mulut kamu.


Allah suruh jaga pergaulan lelaki perempuan,
Tapi..
Susahlah nak lepas.. dah lama bercinta tau
Cakap senanglah, bukan setahun menyemai kasih..
Mana boleh melawan kehendak manusiawi..
Normal lah nak berkekasihankan?

Allah suruh sempurnakan tanggungjawab,
Tapi..
Banyak sangatlah kerja,
Kita bukan robot, mahu juga melepaskan stress..

Semua Allah suruh, kita tak buat..
Alasan bermacam,
Dari yang lojik hinggalah yang paling lucu terfikir dek aqal
Masih ada hati nak minta syurga dan rahmat Allah..


MAKA: “Jika kamu mahu melakukan maksiat, carilah bumi yang bukan dicipta Allah”

Sabtu, 19 Februari 2011

Maaf

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Saya tahu saya ada kelemahan itu. Dan saya telah berusaha untuk berhati-hati semampu mungkin. Dan saya telah tersalah lagi walaupun saya sudah berusaha untuk berhati-hati. Allah lebih tahu. Jika kamu semua terpaksa menanggung beban kerana kelemahan saya itu, saya mohon maaf. Saya masih berusaha.

Dan saya tuliskan permohonan maaf disini kerana saya tidak tahu dimana dan bagaimana saya boleh buat dengan cara tidak membuatkan hati sesiapa menjadi gundah dan gelisah.

Lagi sekali maaf wahai kawan-kawanku yang penyabar sekalian. Terima kasih atas ingatan kalian. Ia sangat berguna untuk saya menghadapi masa-masa mendatang sebagai manusia yang beriman. Insya Allah.

Khas untuk kamu semua yang telah merasai 'beban' kerana kelemahan saya itu.

Jumaat, 18 Februari 2011

Mari kita lihat-lihat..

Umar bin Al-Khattab:
Bersahabatlah dengan sahabat-sahabat yang bersifat benar, pasti kamu akan selamat dalam pemeliharaan mereka. Mereka umpama hiasan di waktu senang dan bekalan diwaktu susah. Berbaik sangkalah terhadap saudaramu selagi mana tidak terbukti dia melakukan sesuatu yang membolehkan kamu membencinya. Jauhilah musuhmu dan berwaspadalah dengan sahabatmu melainkan sahabat yang amanah sahaja, iaitu sahabat yang hanya takut pada Allah. Janganlah kamu bersahabat dengan orang jahat, kelak kamu akan terpengaruh dengan kejahatannya dan janganlah kamu dedahkan rahsia kamu kepadanya. Mintalah pendangan daripada orang yang takutkan Allah dalam segala urusan kamu.

Yahya bin Muaz,
Seburuk-buruk sahabat ialah sahabat yang kamu perlu berkata padanya: Ingatlah aku dalam doa kamu dan kamu perlu bersamanya dalam keadaan sentiasa menutup keburukannya [kerana mengambil hatinya] atau kamu sentiasa perlu meminta maaf daripadanya.

Ibnu Mubarak berkata:
Orang mukmin sentiasa mencari kesalahan sahabatnya untuk memaafkannya, tetapi orang munafik akan mencari kesalahan orang lain untuk menyalahkannya.

Al-Fudhail berkata:
Kemuliaan itu ia memaafkan kesalahan sahabat-sahabatnya.

Jaafar bin Muhammad:
Sahabat yang paling berat keatasku ialah yang selalu membebankanku dan aku pula senstiasa berjaga-jaga [tidak dapat bergerak bebas] dalam setiap gerak geriku bersamanya. Manakala sahabat paling ringan ialah apabila aku bersamanya, aku merasakan keadaan seperti aku bersendirian.

Muhammad bin al-Hanafiyah:
Seseorang itu tidak dianggap bijaksana selagi mana dia tidak memperelokkan pergaulannya dengan orang yang dia terpaksa gaulinya [kerana dia sangat membenci kejahatannya] sehinggalah Allah memberikannya jalan keluar untuknya.

Rabu, 16 Februari 2011

Burung berkaki halus dan panjang

Bangau oh bangau kenapa engkau kurus?
Macam mana aku tak kurus, ikan tak mau timbul.

Ikan oh ikan kenapa tak mau timbul,
Macam mana aku nak timbul, Rumput panjang sangat.

Rumput oh rumput kenapa panjang sangat.
Macam mana aku tak panjang, lembu tak makan aku,

Lembu oh lembu kenapa tak makan aku
Macam mana aku nak makan, perut aku sakit

Perut oh perut kenapa engkau sakit
Macam mana aku tak sakit, makan nasik mentah.
Nasi oh nasi kenapa engkau mentah?
Macam mana aku tak mentah, kayu api basah

Kayu oh kayu kenapa engkau basah?
Macam mana aku tak basah, hujan timpa aku

Hujan oh hujan kenapa engkau timpa aku?
Macam mana aku tak turun, katak panggil aku,

Katak oh katak, kenapa panggil aku,
Macam mana aku tak panggil, ular nak makan aku.

Ular oh ular kenapa nak makan aku
Macam mana aku tak makan, Memang makanan aku
Memang makanan aku!

Kalau berbuat sesuatu kerana manusia, jika manusia tidak menerimanya, kita akan kecewa.
Jika berbuat sesuatu kerana benda, setelah benda itu musnah, sia-sia perbuatan kita.

Hanya kita tahu kenapa kita berbuat demikian dan demikian. Dan hanya perbuatan kerana Allah sahaja yang bernilai dan berupaya membantu kita melalui titian sirat menuju ke syurga kelak. Insya Allah!

Hayatilah firman Allah ini:

“Katakanlah [wahai Muhammad] Apakah patut aku mencari Tuhan selain dari Allah padahal Dialah Tuhan bagi segala sesuatu. Setiap perbuatan dosa seseorang, dirinya sendiri yang bertanggungjawab. Dan seseorang itu tidak akan memikul beban dosa orang lain. Kemudian kepada Tuhanmulah kamu kembali dan akan diberitakannya apa yang kamu perselisihkan”


Al-an’am 164

Isnin, 14 Februari 2011

Perasan bagus sampai bila tak jadi apa

Orang suruh baca Al-Quran,
takpa.. Aku dah pandai, 
sekurang-kurangnya aku dah belajar tajwid.

Guru ingatkan, sentiasalah membaca Al-Quran..
Takpa aku baca apa.. 
Seminggu sekali..

Cikgu pesan, bacalah Al-Quran setiap hari..
oklah tu aku baca setiap hari satu muka..

Tokguru pesan lagi, tadaburlah ayat Quran yang kamu baca setiap hari itu..
takpa, aku memang tadabur pun 
setiap hari satu ayat dari 10muka surat yang aku baca.

Orang pesan lagi, fahamilah kandungan Quran..
eh, perlu ke? Susahla.. 
Kita bukan pelajar aliran agama. 
Lagi-lagi lah hidup di kawasan yang tiada ‘suasana’..
Susah-susah..

Al-Quran panduan hidup kita. Sekadar menyatakan ‘buku’ yang paling aku sayangi adalah Al-Quran dan saya simpan ia ditempat paling tinggi dalam rumah.. Tidak memberikan apa-apa faedah pada iman kita. Tidak salah menghormati naskhah Al-Quran. Simpanlah ia sebaiknya.

Fikirkanlah, terlalu cermat menyimpan sehingga ia lansung tidak di hayati, tidak dibaca, tidak difahami isi kandungannya.. Betulkah cara kita memuliakan Al-Quran itu?

Sabtu, 12 Februari 2011

Alah kokre cepat benar

Bila orang tersalah, cepat sahaja kita menunding jari.


Bila orang nampak sempurna, bersungguh pula kita mencari
Lubang untuk mencemari


Lupakah..
kita hanya manusia biasa yang berjuta salah?
Jika orang melakukan salah, kita juga bersalah..


Isunya, bagaimana kita menangani kesalahan diri dan orang lain berpandukan petunjuk Allah. Bukan dendam yang sedia tersemai dalam jiwa yang mudah tunduk pada diri sendiri [hawa nafsu].

Khamis, 10 Februari 2011

Bacalah kalau ingin merasa

Rugi
Kerana menonton cerita rekaan berjam
Lansung tidak menambah iman.

Rugi
Kerana melepas geram
Sambil mengutuk orang
Sakit hati tidak hilang.

Rugi
Kerana dengki dengan orang,
Nikmat pada diri tidak terbilang,
Tunggu Allah bilang,
Menyesal diakhirat bukan kepalang.

Rugi
Tipu macam-macam,
Ingatkan hidup bakal senang,
Rupanya menempah tiket ke daerah tiada tenang

Kalau tidak mahu keRUGIan, mulakanlah perubahan dari sekarang.

Selasa, 8 Februari 2011

Nah lakukanlah

Lakukan apa sahaja jika kamu tidak malu,
Biarkan apa yang berlaku berlalu,
Kerana aku tidak malu,
Berlaku begitu.

Apa erti malu,
Buat manusia seperti aku,
Kerana aku mahu,
Memperlaku semahuku.

Bukan kamu tak tahu,
Memberontak itu tabiatku.

Marilah kita kenali nafsu ammarah diri kita. Jangan biarkan dia memperlaku kita semahunya kerana kita sepatutnya berkelakuan sekehendak Pencipta kita.

Isnin, 7 Februari 2011

Tahu TAKSAMA dengan buat

Kita tahu menyampaikan kebenaran itu kewajipan,
Tapi bila kita rasa susah dan berliku,
Kita buat-buat lupa dan tidak ingat.

Kita tahu tujuan kita diciptakan,
Kalau orang tanya, bukan main lagi bagi ayat Quran,
Tapi amalan dan perbuatan
lansung takde menunjukkan semacam yang kita faham.

Kita tahu menjadi manusia baik itu keperluan,
Menjadi pembaik juga dalam pengetahuan,
Tapi selalu je kita buat tak endahkan?

Bukan tak tahu, hidup bersusah itu sunnah,
Itu pun latihan para Nabi sebelum layak memikul amanah,
Tapi bila diminta berhujan berpanas sikit mulalah..
Mengeluh beri alasan ‘tak’ bersalah dan ‘tak’ munasabah.

Sampai bila kita mahu hidup sedap
Melepas penat dengan menonton dan makan sedap..
Hidup di dunia ini sekejap,

Rugi jika tidak dinikmati..
Lebih rugi jika tidak diisi
Dengan ibadah pada Ilahi..

Ahad, 6 Februari 2011

Campur

Assalamualaikum pemuda pemudi Malaysia! Mari ikuti penulisan dibawah:

Pernahkah kita lihat orang makan campur? Misalnya:

Makan buah dengan nasi. 

Sudu makan nasi diguna untuk makan aiskrim dan mengacau air.

Makan kuah kacang dengan bihun goreng.

Makan kicap dengan laksa penang.

Pasti pernahkan? Bagi sesetengah orang, itu perkara biasa. Makan asing-asing, tapi akhirnya “blended” juga dalam perut. Manakala bagi sesetengah orang pula, iyalah bercampur juga dalam perut, tapi rosaklah rasanya jika dicampur begitu..

Itu hanyalah kisah mengenai bercampur makanan.. Bagaimana jika bercampur halal dan haram?

Mendengar bacaan Al-Quran itu harus dan suatu kebaikan. Tetapi pada masa yang sama mendengar lagu-lagu yang tidak mengingatkan kita pada Tuhan..

Kita berbuat baik sesama manusia kerana itulah perintah Allah, tapi pada masa yang sama kita mengumpat dan mengutuk tidak puas hati..

Kita solat dan puasa, tapi pada masa yang sama kita bergaul bebas lelaki dan perempuan..

Terfikirkah kita pada ‘percampuran’ seperti ini?

Baiklah sekian sahaja penulisan kali ini. Semoga berjumpa lagi di lain entri.

Aqal hanya diberi pada manusia dan bukan malaikat, syaitan, binatang dan tumbuhan. PASTI bersebab.

Sabtu, 5 Februari 2011

Sajak memang best!

Pergilah
Dunia ini sangat kecil
Untuk kamu benar-benar pergi

Larilah
Tiada tempat untuk kamu sembunyi
Jika benar kamu mahu lari

Sembunyilah
Dalam lubang cacing sekali pun
Allah tetap tahu apa yang tersembunyi

Jumaat, 4 Februari 2011

Lagi isu iraq [orang bising isu Mesir?!]

Selepas mendengar penerangan sebenar kejadian di Iraq. Perkara pertama yang terlintas dalam fikiran penulis adalah: “aku ada rakan sekelas berasal dari Iraq!”.

Tidak pernah pula penulis tahu apakah cerita sebenar dia mendiami Malaysia sekian lama. Sejarah dan latar belakang kedatangannya ke Malaysia tidak pernah aku korek. Walaupun rasa ingin tahu sangat bergejolak.

Negara tidak aman, berhijrah, belajar dalam suasana dan budaya yang sangat berbeza. Alangkah bertuahnya dia jika dia berjaya mengharung ujian Allah itu dengan jaya.

Ujian dan tekanan hidup [dalam penilaian dunia] sangat mencabar setiap insan untuk menjadi lebih beriman atau sebaliknya.

Bayangkan jika negara kita yang di BOM seperti Iraq. Kuatkah kita mengharungi suasana perang seperti itu? Berdayakah kita belajar bersungguh-sungguh dalam keadaan negara kita di BOM, di BEDIL. Kita tertipu dengan amannya negara Malaysia tercinta ini.

Keamanan negara kita telah menyuburkan sikap bermalas-malas. Budaya bermalas-malas termasuklah menonton filem dan cerita-cerita, bergurau senda, bercuti dan berhibur sentiasa.

Adakah kita mahu menunggu suatu saat dimana kita terpaksa berjalan sambil menyorok disebalik pokok untuk menuju ketempat kerja dan belajar? Barulah mahu belajar bersungguh-sungguh? Atau menunggu masa BOM berguguran di perudaraan Malaysia; barulah kita berbondong-bondong menuntut ilmu mentauhidkan Allah?

Adakah kita mahu tunggu suatu masa dimana menyebut nama Allah akan menyebabkan kita dibunuh, dipijak, ditembak.. Bila kita mahu mengamalkan Islam sebenar? Adakah ketika itu barulah kita berusaha meninggalkan segala cara hidup bermalas??

Dengan keadaan ummat Islam di tempat lain seluruh dunia di BOM; anda fikir ummat Islam di Malaysia akan dibiarkan hidup aman tenteram? Andai kita berfikir begitu, maka kita hanya menunggu giliran untuk di BOM. Cukupkah dengan hanya diri kita menghayati Islam? Keluarga kita solat berjamaah dimasjid? CUKUPKAH? Mampukah keadaan sekarang menjamin kita TIDAK AKAN DIBOM oleh orang-orang kafir.. dan mampukah kita merasai Islam sebagai rahmat untuk seluruh alam.. Jika kita hanya tahu bermalas-malas dan mengejar kejayaan sekadar di dunia??

Tunggu apa lagi wahai pemuda-pemuda Islam?! Ayuh berusaha membudayakan Islam dari sekarang.

Khamis, 3 Februari 2011

Siapa yang nak sokong sangat Ahmadinejad?

Iran ada perjanjian sulit dengan Amerika semenjak 2003. Iran membekalkan senjata pada tentera boneka Amerika di Iraq. Tentera boneka ini memakai seragam tentera tempatan. Waduh. [siapakah yang lebih bodoh dari orang-orang yang dipergunakan orang luar untuk merosakkan tempat tinggal sendiri?]

Selain membekal senjata, tentera Iran turut diserap dalam tentera Iraq!. Orang-orang Iraq dilaga-lagakan dengan fikrah perpecahan dan rasisme. Organ ummat Islam dicuri sesuka hati. Orang itu mungkin tidak dibunuh, akan tetapi badannya berparut besar dan dahsyat kerana pernah dibelah oleh manusia tidak bertanggungjawab demi merampas organ-organ mereka.

Kini, masjid dibakar, dimusnahkan. Begitu juga dengan Al-Quran. Ganjilnya bukan orang kafir atau orang Amerika yang melakukannya. Mereka hanya memberi arahan dan lihat, yang melaksanakan adalah orang-orang SYIAH!. Islamkah syiah jika sampai begitu sekali mereka perlakukan terhadap ummat Islam sunni di Iraq?

Di selatan Iraq, banyak sekali masjid yang telah dibakar dan dimusnahkan. Hingga ummat Islam sunni lansung tidak berani keluar untuk bersolat dimasjid. Kawasan-kawasan ini telah di tanda dengan bendera hitam, menunjukkan kawasan tersebut telah dikuasai oleh SYIAH. Penjaga masjid ditangkap. Mereka dibunuh seperti semut. [erk?! Benarkah perumpamaan ini?] Penjaga masjid yang telah ditangkap itu ditolak ketengah jalan dan dibunuh begitu sahaja dengan pistol. Alangkah murahnya darah seorang muslim bagi orang SYIAH!

Iraq belum tenang wahai kawan-kawan senegaraku. Sedarilah kenyataan ini. Jihad masih berterusan. Hingga para wanita pun ada yang menjadi pasukan tentera demi mempertahankan tanah air mereka. Berita sebenar masih banyak tersekat. Dahsyat sungguh keadaan disana. Jika seorang pemuda itu diketahui menghafal surah anfal pun boleh ditangkap! Lebih 1800 siaran tv yang terpancar di Iraq. Dadah diseludup secara berleluasa oleh orang-orang Iran demi merosakkan masyarakat Iraq..

Masih mahu membela orang-orang SYIAH? Masih mahu mengagumi Ahmadinejad??? bangkitlah duhai pemuda. masih mahu berenak-enak dengan selimut dan makanan sedapkah??

Rabu, 2 Februari 2011

Maaf tiada makna

Tersalah,
Bersalah,
Rasa bersalah,
Menangis air mata darah,
Pun kamu takkan berubah.

Untuk apa memohon maaf jika masih belum bersedia meninggalkan salah?

Hanya dengan izin Allah
Kamu akan berubah,
Jika kamu bersedia mengubah.
Membaiki salah.

Sila beritahu diri kamu sendiri. Bukan orang lain.

Selasa, 1 Februari 2011

"of course" Palestin no1 tapi..

Negara Islam lain bukanlah diketepikan terus.

Penerangan isu Iraq sangat membuka mata. Tahulah penulis bahawasanya surat khabar dan media massa sekarang tidak boleh dipercayai. [Sejak dahulu kala zaman tok kadok lagi memang tidak boleh dipercayai sebenarnya].

Apa kelebihan dan kepentingan memporak perandakan Iraq? Sudah lama Iraq diserang dan ‘dibersihkan’ oleh askar Amerika. Jutaan ummat Islam syahid. Tahukah kawan-kawan hampir lebih 70% korban dalam perang Iraq adalah golongan muslim berpendidikan tinggi. Ia berdasarkan analisa yang telah dibuat. Bukan main agak sahaja.

Tujuan Iraq diserang:
  1.  Membantu perangcangan yahudi menakluk Palestin [nah! Lihatlah betapa berkaitnya isu Iraq dan Isu Palestin]
  2. Menguasai bahan mentah [sangat diketahui, tidak perlu hurai pun sudah maklum]
  3. Melaksanakan ‘grand plan’ untuk memecahkan negara-negara Arab menjadi lebih kecil. [perpecahan punca utama kelemahan apa-apa kesatuan pun. Dengan memecahkan negara-negara Arab menjadi kecil, maka tiadalah sebuah kuasa besar yang kuat dan berupaya membantu Negara Palestin yang telah sedia terjajah oleh kaum Yahudi Zionis]

Amerika sangat jelas tentang misi mereka. Menyekat kebangkitan Islam dan kebangkitan Ummat Islam. Begitu rapi sekali perancangan mereka hinggakan memusnahkan punca kepada kekuatan suara ummat Islam pun termasuk dalam perangkaan strategi mereka. Kita sebagai ummat Islam? Apa yang kita buat? Jelaskh kita akan misi hidup kita? [terasa mahu guna font size 23]

Mahu tahu lebih lanjut apakah kekejaman yang telah Amerika lakukan pada ummat Islam di Iraq?

Oooh, mereka membuka sempadan Iraq untuk pemberontak dan menghapuskan pasukan askar Iraq.
Memang tentera Amerika mensasarkan imam-imam, golongan ilmuan dan khatib-khatib.. Lihatlah betapa berfaedahnya ummat Islam yang berilmu. Orang-orang kafir sangat takutkan mereka. [Ayuh kita belajar rajin-rajin untuk membela ummat Islam, bukan untuk membela Melayu].

Akhirnya, kerana terlalu dahysat keadaan disana, ummat Islam dari kalangan ahli sunnah bangkit dan mengisytiharkan jihad melawan tentera Amerika yang datang. Pembunuhan dan serangan di sesetengah tempat di Iraq, lebih teruk dari apa yang berlaku di Ghazzah. Jika di Ghazzah, 1200 orang dibunuh dalam masa 20 hari, tetapi di suatu kawasan di Iraq, jumlah itu dibunuh dalam masa sehari. [Dahsyatkan?!]

Muncullah berbagai-bagai ketumbukan/pasukan-pasukan jihad yang berani demi menyerang balas dan mempertahankan negara tanah air mereka. Ratusan ribu tentera Amerika terbunuh dan cedera. Amerika telah habis hampir 3 trillion USD untuk menghadapi serangan balas ini.

Berita serangan Amerika di Iraq tersebar. Turut sama tersebar, bagaimana bangkitnya ummat Islam dan penduduk iraq demi membela nasib negara mereka. Pelbagai versi cerita dongeng dan khayalan telah dicipta oleh media massa Amerika [dan telah di ‘salin tampal’ oleh media massa lain termasuklah negara kita yang sudah pun terkenal dalam senarai pakar ‘salin dan tampal’].

Keadaan penentangan Ummat islam Sunni memang memberi tekanan hebat buat Amerika, sehingga rakyat Amerika sendiri memberi tekanan kepada kerajaan mereka supaya membawa balik semua tentera mereka. Amerika tunduk pada tekanan tersebut. Dan keprihatinan ummat Islam di negara lain pun turut mereda, kerana mengingatkan tentera Amerika sudah pulang ke kandang..

Akan tetapi; realitinya bolehkah Amerika senyap-senyap sahaja membawa balik tentera mereka dan membiarkan negara Iraq aman dan tenteram? Oh pastilah jauh panggang dari api.

Mereka telah membuat ‘rebranding’. Apakah itu? Menggunakan rakyat Iraq sendiri sebagai tentera Amerika. Pasukan tenera Iraq asal telah dibubarkan, dan pasukan tentera boneka Amerika telah ditubuhkan. Ummat Islam hanya menyerang tentera Amerika dengan bom tangan dan roket ciptaan sendiri. Roket itu boleh terbang sejauh 18km. [Jauh tuh]. Dan yang paling menarik, tentera muslimin sangat tepat dalam menembak.

Tahukah kawan-kawan apakah perana Iran dalam penjajahan Amerika di Iraq?. Okay bersambung.

Entri terkenal