Apabila semua orang boleh bercakap isu ummah,
Apabila orang-orang jahil dan tidak layak bercakap isu ummah,
Apabila amanah diserahkan pada yang khianat,
Apabila kerja diberi pada yang tidak mampu..
Apabila nilai pendapat terletak pada kehebatan berkata dan perkataan,
Apabila nilai Islam bukan lagi menjadi panduan..
Apabila duit dan kepentingan dunia menjadi keutamaan,
Apabila pangkat dan penghormatan menjadi pujaan..
Sedikit petikan dari hadith no.2 dalam kitab Imam Nawawi.
Dan lelaki itu bertanya tentang Ihsan.
Rasulullah s.a.w menjawab: Ihsan itu apabila kamu beribadah seolah-olah kamu melihat Allah atau jika tidak mampu, ketahuilah Allah sedang melihat kamu.
Dalam hadith lain; riwayat ibnu hibban:
"Dunia ini tidak akan kiamat sampai ia dikuasai orang yang bodoh".
SAtu lagi hadith; dari Imam Ahmad & Thobrani. Dari Anas bin Malik, Nabi s.a.w bersabda:
"Apabila hampir berlaku kiamat, terdapat beberapa tahun dipenuhi dengan banyaknya tipu daya dimana; orang amanah dituduh khianat, orang khianat diberi amanah, dan golongan RUWAIBIDHAH bercakap"
Sahabat bertanya, "Apakah maksud RUWAIBIDHAH?"
Jawab baginda: Si bodoh berbicara tentang urusan orang ramai.
Berapa minit sehari yang kita merasai Allah melihat kita?
Tidak perlu bertanya tentang tingkatan ihsan yang lebih tinggi, iaitu berapa minit sehari kita merasakan kita melihat Allah.. Mahu merasai kita sentiasa diperhati Allah pun payah.
Apabila diberi amanah, kita khianat. Tidak perlu bicara orang lain. Lihat sahaja pada diri. Kemanakah penggunaan anggota badan yang Allah beri itu? Matanya, telinganya, mulutnya, kakinya, tangannya, otaknya..
Mengingatkan diri sendiri penting, tetapi bukan sebab untuk tidak menjalankan tanggungjawab mengingatkan orang lain.
Firman Allah s.w.t
"Demi masa. Manusia itu benar-benar dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Berpesan-pesan pada kebaikan dan berpesan-pesan dengan kesabaran"
[sebenarnya nak tulis pendek sahaja, jadi panjang juga akhirnya].
Sekian. Jumpa lagi.
Khamis, 30 Jun 2011
Rabu, 29 Jun 2011
Saya ada dua baju
Saya ada dua baju.
Dua-dua baju muat dengan saya. Bezanya, satu baju saya selalu pakai dan saya sangat menghargai keselesaan baju itu. Itu adalah baju A.
Manakala satu lagi baju.. Baju B.
Saya tidaklah nampak teruja apabila memakainya. Tetapi itulah baju yang akan saya pakai bila baju yang disukai itu masih dibasuh dan belum kering.
Apabila orang lain bertanya tentang baju saya, saya akan bercerita dan mempromosi baju A, walaupun sebenarnya saya sedang memakai baju B dengan selesanya.
Alhamdulillah Allah memberikan saya baju A dan B. Kedua-dua baju itu penting untuk saya. Jika baju A tiada, saya kehilangan baju yang saya suka. Manakala kehilangan baju B pula akan membuatkan hidup saya kurang sempurna kerana tiada baju untuk digilirkan dalam menutup aurat saya.
Cerita ini hanyalah sebuah analogi kehidupan. Buat yang memahami.. Saya sedang cuba menyedarkan baju B saya,
"walaupun saya tidak pernah menyebut-nyebut awak sebagai mana saya selalu menyebut-nyebut dan mempromosi baju A.. Baju B tetap penting dalam memberi saya kekuatan untuk menghadapi hidup ini kerana fungsi anda adalah pelengkap dalam kehidupan saya".
Sekarang saya sudah tiada lagi baju B. Kerana baju B sudah tidak merelakan dirinya untuk dipakai oleh saya. Tetapi Allah yang Maha Pemurah telah memberikan saya banyak baju seumpama dengan baju B sehingga saya merasa.. kenapa aku masih terfikirkan baju B yang hilang itu??
Kerana saya kurang bersyukur. Astaghfirullah. Ampunilah saya Tuhanku.
Kesimpulannya, bersyukurlah walaupun anda punya dua baju. Apatah lagi jika kita punya beralmari-almari baju!
dan yang paling penting jangan mendiskriminasi 'baju-baju' anda!
Sekain terima kasih. Jumpa lagi dilain siaran.
p/s: Ini bukan kisah peribadi. Ini kisah biasa dan realiti terjadi dalam dunia ini.

Selasa, 28 Jun 2011
Bila hati keras
Assalamualaikum warahmatullah.
Alangkah bahagianya hidup apabila Alah sentiasa dihati. Alangkah huru hara hidup bila kawan-kawan, ibubapa, adik beradik, harta, pendek kata, manusia dan selain Allah yang merajai hati..
Hanya Allahlah sebaik raja yang layak dirajai hati kita. Kan? itu adalah MUGI hari ini. [bagi yang tidak membaca entri lepas, MUGI itu adalah Muhasabah Pagi]
Setiap kali mahu menulis, penulis akan letakkan tajuk dahulu. Sesudah menulis, semak kembali. Tidak kena pula topik dan isi yang ditulis. Jadi cara terbaik adalah tulis dahulu dan letak topik kemudian. Setuju? itu hanyalah pandangan sepele dari penulis.. Boleh dibangkang.
Masih tidak jemu bercakap tentang Al-Quran.
Al-quran diturunkan untuk siapakah?
Manusia seluruh dunia semenjak zaman Nabi Muhammad s.a.w hinggalah kiamat.
Siapakah manusia tersebut?
KITA lah..
Adakah alasan yang kukuh untuk menyatakan kita bukan tergolong dalam manusia seluruh dunia semenjak zaman Nabi Muhammad s.a.w hingga hari kiamat?
Setakat ini penulis tidak dapat menemui sebab kukuh.
Tapi cuba kita rehatkan minda sejenak dengan persoalan dibawah dibawah..
Selama ini ayat Quran manakah yang kita rasa ia adalah untuk kita?
Amboi, jika mengenai duit, kerja, gred pencapaian.. rajin betul mahu fikir. Tapi bilakah masa kita guna untuk berfikir mengenai iman kita.??
Cukupkah dengan hanya mengeluh "aku bukan kuat iman macam kamu". Sedih sekali jika ia hanya keluhan tetapi tidak diiringi dengan usaha-usaha untuk menguat dan membina iman. Oh, bibit-bibit terpesong dari tajuk sudah mula kelihatan. Ayuh kembali pada tajuk asal.
Sudah diketahui Al-Quran itu untuk kita,
tapi tidak pernah 'TERASA' dengan isi kandungannya..
Maka adakah benar Al-Quran telah menjadi penyuluh dan panduan hidup kita?

Isnin, 27 Jun 2011
Fuiyo, bagi kat dia la kalau bab..
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Pagi ini mahu sambung lagi muhasabah pagi. Penulis rasa mahu letak nama untuk siri muhasabah pagi penulis. Boleh ke? Wah, begitu berdiplomasi mutiara bd ini sehingga mahu letak singkatan untuk muhasabah pagi pun bertanya kepada pembaca ya. [jangan tertipu, ini hanya ayat menyindir diri sendiri]. Pendapat orang lain sangat penting. Jika tidak, kita akan jadi tertutup kan?
Ok, kita jadikan MUGI [MUhasabah paGI]. Boleh? Adakah ia telah menjadi perkataan jepun, cina atau korea dengan maksud yang tidak penulis ketahui?.. Sila beritahu jika singkatan yang di gunakan ini tidak sesuai. Sekian terima kasih.
Apakah MUGI kita hari ini?
Sudah gosok gigi kah wahai orang Islam sekalian?.. Ok soalan ini nampak macam sedikit kelakar dan kebudak-budakkan ye..?! Maka silalah jangan bersikap kebudak-budakkan dengan datang ke tempat kerja atau belajar dengan TIDAK MENGGOSOK GIGI..!
Haduh. Gigi itukan perhiasan muka. Tidak perlu mekap tebal, gincu merah, minyak wangi semerbak.. cukup dengan gigi bersih. Alhamdulillah sejuk mata memandang.. lapang hidung berbau..
Itu sahaja untuk entri hari ini.
Pagi ini mahu sambung lagi muhasabah pagi. Penulis rasa mahu letak nama untuk siri muhasabah pagi penulis. Boleh ke? Wah, begitu berdiplomasi mutiara bd ini sehingga mahu letak singkatan untuk muhasabah pagi pun bertanya kepada pembaca ya. [jangan tertipu, ini hanya ayat menyindir diri sendiri]. Pendapat orang lain sangat penting. Jika tidak, kita akan jadi tertutup kan?
Ok, kita jadikan MUGI [MUhasabah paGI]. Boleh? Adakah ia telah menjadi perkataan jepun, cina atau korea dengan maksud yang tidak penulis ketahui?.. Sila beritahu jika singkatan yang di gunakan ini tidak sesuai. Sekian terima kasih.
Apakah MUGI kita hari ini?
Sudah gosok gigi kah wahai orang Islam sekalian?.. Ok soalan ini nampak macam sedikit kelakar dan kebudak-budakkan ye..?! Maka silalah jangan bersikap kebudak-budakkan dengan datang ke tempat kerja atau belajar dengan TIDAK MENGGOSOK GIGI..!
Sabda Rasulullah s.a.w "Kebersihan itu sebahagian dari iman"
Ada satu lagi sabda Rasulullah, tapi tidak ingat matan lengkapnya. Tapi isinya menyatakan; kalau tidak membebankan ummatku, pasti akan ku wajibkan bersugi setiap kali sebelum bersolat [ke wudhu.. tak ingat dah]
Ada satu lagi sabda Rasulullah, tapi tidak ingat matan lengkapnya. Tapi isinya menyatakan; kalau tidak membebankan ummatku, pasti akan ku wajibkan bersugi setiap kali sebelum bersolat [ke wudhu.. tak ingat dah]
Itu sahaja untuk entri hari ini.
Ahad, 26 Jun 2011
Jom korek lagi
Assalamualaikum warahmatullah.
Amboi.. bab korek rahsia orang pandai betul. Allah bagi telinga untuk pasang telinga & dengar orang berbisik ke? Atau kerja kita korek rahsia dan keaiban orang kah?
Mulut Allah beri untuk sebar keburukan orangkah?.. Atau untuk melepaskan geram sewenangnya pada orang yang mendidihkan hati kita??
Ok, itu hanyalah muhasabah pagi-pagi hari. Ye lah kita ini bangun pagi, apakah perkara yang pertama kita fikir ye..
Jom korek pada tajuk itu mahu memberitahu jom korek lagi isi Al-Quran. Adakah cukup dengan hanya tahu kisah-kisah yang ada dalam Al-Quran sahaja??.. Ada banyak lagi hal lain yang Allah cerita.. dan kisahkan untuk kita hamba-hambaNya.
Jadi, bila bangun pagi esok sila ingat, MASIH BANYAK AYAT QURAN TIDAK KITA AMALKAN.. Nak amal macam mana mutiara bd oiii.. faham pun tidak.. ok, maka MISI selepas BANGUN TIDUR adalah FAHAMI ISI AL-QURAN! Bangun je tidur, ingat! banyak lagi isi al-Quran yang perlu aku fahami hari ini.
Ini mahu menambah sedikit. Al-Quran itu BEST TAU! Tak boleh nak digambar dengan kata-kata apatah lagi dengan gambar-gambar yang tidak berkenaan.

Baca Quran atau
baca buku cerita..
Ingat Allah atau
ingat orang tersayang..
Kerja-kerja dan urusan dunia atau..
eh aku nak bersolat..
Habislah hari ini sibuk lagi.. atau..
Alhamdulillah Allah masih beri peluang untuk aku bertaubat hari ini..
Bersyukur dan bertasbih pada Allah atau
Allahu akbarrrr.. hari ini kena mengadap muka tuuu lagi?!
Jom korek pada tajuk itu mahu memberitahu jom korek lagi isi Al-Quran. Adakah cukup dengan hanya tahu kisah-kisah yang ada dalam Al-Quran sahaja??.. Ada banyak lagi hal lain yang Allah cerita.. dan kisahkan untuk kita hamba-hambaNya.
Jadi, bila bangun pagi esok sila ingat, MASIH BANYAK AYAT QURAN TIDAK KITA AMALKAN.. Nak amal macam mana mutiara bd oiii.. faham pun tidak.. ok, maka MISI selepas BANGUN TIDUR adalah FAHAMI ISI AL-QURAN! Bangun je tidur, ingat! banyak lagi isi al-Quran yang perlu aku fahami hari ini.
Ini mahu menambah sedikit. Al-Quran itu BEST TAU! Tak boleh nak digambar dengan kata-kata apatah lagi dengan gambar-gambar yang tidak berkenaan.
Sabtu, 25 Jun 2011
Cuba kira banyak mana
Assalamualaikum warahmatullah..
Apakhabar iman kita. Adakah kita benar-benar telah merendahkan diri pada kebenaran dan kekuasaan Allah?.. ok itu cumalah muhasabah bangun tidur.
Ayuh kita buka Al-Quran. Jom kita bilang banyak mana kisah-kisah yang telah Allah ceritakan pada kita.
Kisah Nabi & Rasul
Nabi Ulul Azmi - Musa a.s, Isa a.s, Ibrahim a.s, Nuh a.s, Muhammad s.a.w
Lain-lain Nabi.
Apa kisah Nabi-nabi dan Rasul ini? Tahu semua sudahkah?..Jika tahu sudah menjadi pengajaran dan panduan dalam hidupkah?
Itu belum lagi tanya kisah Nabi Ishaq a.s, Nabi Ilyas a.s, Nabi Zulkifli a.s, Nabi Ilyasa' a.s, Nabi Daniel a.s etc..
Kisah wanita beriman
Asiah isteri firaun.
Maryam ibu Nabi Isa.
Kisah fitnah Aisyah.
Tukang sikat Firaun, Masyitah.
Kisah Lelaki soleh
Luqman, Zulkarnain, lelaki yang menyembunyikan imannya di zaman fir'aun, lelaki yang memberi nasihat pada Nabi Musa a.s, lelaki yang Allah kata mereka antara yang benar dalam janji mereka, pemuda kahfi [ashabul kahfi], pemuda parit berapi [ashabul ukhdud]..
Kisah wanita jahat tidak beriman
Isteri Nabi Nuh a.s
Kisah lelaki ingkar dan tidak mahu beriman
Hmm banyak lagi kisah yang tidak tersebut.. Kenal kah kita dengan semua ikon-ikon ini?? Alangkah malangnya hidup jika kita lebih kenal artis-artis dan pelakon dari mereka yang Allah ceritakan dalam Al-Quran.

- Nabi Adam a.s - ceritanya sudah WELL KNOWN kan? tapi berapa banyak pengajaran kita sudah ambil?
- Nabi Yusuf a.s - Nabi hensem dan kacak, dialah yang membawa Bani Israil ke Mesir..
- Nabi Yunus a.s - Nabi yang ditelan ikan paus
- Nabi Sulaiman a.s - Nabi yang memahami bahasa binatang dan berkuasa keatas angin
- Nabi Daud a.s - Nabi yang bersuara sedap, ayah Nabi Sulaiman
- Nabi Khidir a.s -Nabi yang ditemui Nabi Musa
- Nabi Uzair a.s - Nabi yang dituduh anak Tuhan oleh segolongan Bani Israil
- Nabi Soleh a.s -Nabi yang punya unta sebagai mukjizat
- Nabi Hud a.s - Alamak?! tidak ingat cerita apa.
- Nabi Syuaib a.s - kaumnya suka menipu dalam timbangan
- Nabi Ya'kub a.s -ayah nabi Yusuf, menangis sampai buta kerana sikap anak-anaknya
- Nabi Lut a.s - kaumnya adalah yang suka berbuat sodomi
Apa kisah Nabi-nabi dan Rasul ini? Tahu semua sudahkah?..Jika tahu sudah menjadi pengajaran dan panduan dalam hidupkah?
Itu belum lagi tanya kisah Nabi Ishaq a.s, Nabi Ilyas a.s, Nabi Zulkifli a.s, Nabi Ilyasa' a.s, Nabi Daniel a.s etc..
Kisah wanita beriman
Asiah isteri firaun.
Maryam ibu Nabi Isa.
Kisah fitnah Aisyah.
Tukang sikat Firaun, Masyitah.
Kisah Lelaki soleh
Luqman, Zulkarnain, lelaki yang menyembunyikan imannya di zaman fir'aun, lelaki yang memberi nasihat pada Nabi Musa a.s, lelaki yang Allah kata mereka antara yang benar dalam janji mereka, pemuda kahfi [ashabul kahfi], pemuda parit berapi [ashabul ukhdud]..
Kisah wanita jahat tidak beriman
Isteri Nabi Nuh a.s
Kisah lelaki ingkar dan tidak mahu beriman
- Fir'aun -siapa tak kenal? Tapi berapa ramai yang bersikap macam dia?
- Qarun,
- Raja Namrud,
- Anak Nabi Nuh a.s,
- Kaum 'Ad, kaum Tsamud, Kaum Lut,
- Sebahagian Bani Israil yang mengingkari suruhan Nabi-nabi dan membunuh mereka.
- kisah anak Nabi Adam a.s,
- Kisah pemilik kebun yang takabur,
- Abu Lahab bapa saudara Rasulullah s.a.w,
- Kisah orang-orang kafir yang berusaha melawan kerja-kerja dakwah Rasulullah s.a.w dan para sahabat r.a
Hmm banyak lagi kisah yang tidak tersebut.. Kenal kah kita dengan semua ikon-ikon ini?? Alangkah malangnya hidup jika kita lebih kenal artis-artis dan pelakon dari mereka yang Allah ceritakan dalam Al-Quran.
Jumaat, 24 Jun 2011
Kalau cerita laju saja
Assalamualaikum warahmatullah.
Ihsan itu melakukan sesuatu dengan merasakan Allah sedang melihatnya atau lebih hebat lagi seolah-olah dia melihat Allah.
Betapa kita terpesong dengan maksud ihsan dalam kamus dewan. Dari sifat ihsanlah lahirnya ikhlas. Dengan kata lain, jika kita bersikap seolah tiada Tuhan sedang melihat kita, usah kemas bercakap tentang ikhlas.
Memberi peringatan bukan ikut musim.
Beribadah, belajar, bekerja juga bukan ikut musim.
Berakhlaq dengan akhlaq mahmudah juga tidak pilih masa dan tempat.
Tapi kita selalu buat kerja ikut "mood"..
Di mana kita letak iman dan ihsan kita??

Khamis, 23 Jun 2011
Menahan lidah dari menuduh orang.
Assalamualaikum para pembaca yang dirahmati Allah.
Sebelum ke topik utama, sukacita penulis mahu tegaskan disini, ada perkara kita perlu suarakan dengan mulut, ada perkara tidak perlu. Dan apabila sesuatu perkara dilontarkan, dengarlah dengan adil.. Jika hanya mendengar separuh jalan kemudian menghukum.. Maka sedarlah kita adalah manusia yang tergopoh gapah. Sekalipun telah mendengar keseluruhannya, bukan tugas kita untuk menghakimi orang.
Sedikit pembuka kata setelah melihat gelagat kawan-kawan dan manusia di alam siber.
Kita bergaul dengan manusia, kita berdakwah juga pada manusia dan kita juga adalah dari kalangan manusia.
Manusia bukan spesis malaikat. Ertinya manusia punya hawanafsu yang tiada pada malaikat. Tapi manusia dimuliakan dengan Nabi dan Rasul. Ertinya tiada Nabi dan Rasul dikalangan malaikat..
Atau dengan makna yang lebih mendalamnya, manusia ada kesalahan. Kesalahan itu untuk dibaiki dan digunakan sebagai jalan mendapatkan pahala.
Tapi apa yang biasa kita buat dengan kesalahan dan kelemahan?
Jika kelemahan itu pada orang lain
Kita korek, cari, dan bongkar. Biar dia malu dengan salahnya. Siapa suruh tidak tahu menjaga maruah orang? Kononnya dia adalah terbaik dengan memberi nasihat pada orang lain.
Atau mungkin kita tidak membongkar dengan mulut. Tetapi kita jatuhkan maruahnya dengan perbuatan-perbuatan yang menyakitkan hatinya.
Jika kelemahan itu pada diri kita
Kita tutup simpan, senyap dan tidak pernah fikir untuk mengubahnya. Jika pun berusaha, sudah penat mencuba. Biarlah aku dengan sikapku. Aku sudah letih melawan diri sendiri.
Kafilah dakwah ini adalah kafilah manusia.. Manusia tidak sunyi dari salah dan silap. Itulah sebab kita berjamaah, agar kita saling lengkap melengkapi.. Bukan saling jatuh menjatuhi.
Kita memberi saling memberi ingatan bukan kerana kita lebih baik dari yang lain. Tetapi itulah ibadah kita.. kerja kita.. sebagai hamba Allah. Kerja yang paling mulia adalah kerja-kerja menyeru manusia kepada Yang Maha Mulia.
Bukanlah sesuatu yang janggal untuk orang berseluar jeans mengingatkan orang berkopiah untuk membaki bacaan Qurannya. Atau orang sekolah biasa mengingatkan orang sekolah agama agar membetulkan bacaan dalam solatnya. Kerana tugas saling mengingat itu tanggungjawab bersama, bukan kerana aku lebih baik dari kamu.
Walau apa pun profesion kita, pelajar dan pekerja, profesion itu haruslah membuatkan orang yang berada di sekeliling kita kembali pada Allah.
Jika kita sibuk memikirkan profesion kita sehingga tiada adab sebagai seorang muslim [iaitu orang yang tunduk dan menyerah pada Allah], lupa bahawa rezeki dan harta itu pemberian dan ketetapan Allah.., atau menyebabkan orang menjadi jauh dari Allah.. maka apakah kita sedang menghambakan diri pada Allah [beribadah]...? Atau adakah kita sebenarnya sedang melakukan tugas kita sewajarnya?..
Betapa buruknya diri apabila melakukan sebuah dosa kemudian membela perbuatan dosa itu dengan pelbagai alasan tidak rasional dan berbangga-bangga dengan dosa yang telah dilakukan.
Akhir kata, jika redha manusia yang kamu cari, itulah yang akan kamu peroleh. Jika redha Allah yang kamu cari, maka itulah sebaik-baik perkara yang kamu patut cari.
Ya Allah jauhkanlah kami dari perkara yang tidak diredhaiMu..

Rabu, 22 Jun 2011
Kembalilah pada Allah.
Assalamualaikum..
Ini sebenarnya sebuah surat.
Buat para pecinta kebenaran yang masih berkenalan dengan jalan dakwah, satu-satunya jalan untuk kembali pada Allah.
Walaupun kita merancang untuk bertemu, tetapi Allahlah yang menyusun pertemuan kita. Allah sebenarnya yang menetapkan pertemuan singkat itu.
Dan Allah juga yang menggerakkan hati-hati kita untuk bersungguh-sungguh bertemu dan berbicara mengenaiNya. Tanpa izin Allah tidak mungkin pertemuan kita menjadi realiti.
Dan tidak lupa, Allah juga yang membuatkan kita cinta pada kebenaran. Allah tidak membuatkan kita cinta kebenaran secara magis.. Allah berikan aqal, al-Quran, contoh tauladan [Rasulullah, para sahabat, para mujahid-mujahidah, para daei ilallah] agar kita ketemu kebenaran..
Setelah menerima segala pemberian Allah ini, dengan rendah hati kita tunduk pada kebenaran yang telah Allah tunjukkan. Barulah kita bersedia untuk terlibat dengan tugasan sebenar kita didunia ini.
Apakah antara tugasan kita yang sebenar? Dari mana kita tahu tugasan kita yang sebenar? Pastilah dari Allah, Tuhan kita yang Maha Pencipta.
"Tidak aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepadaKu" Surah Az-dzariyat: 56
"Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat, aku hendak menjadikan Khalifah dimuka bumi. Mereka berkata; adakah Engkau mahu menjadikan orang yang akan merosak dan menumpahkan darah disana, sedangkan kami bertasbih memujiMU dan menyucikan namaMu? Dia berfirman; Sungguh Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui" Al-Baqarah: 30
"sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebaikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati dengan kesabaran" Al-asr: 2&3
Kenapa kita diutus ke dunia? Ayat pertama itu sudah menjawab.
Tetapi apakah ibadah itu? Maka ayat kedua dan ketiga memberi petunjuknya. Banyak lagi kata-kata Allah Yang Maha Indah, memberitahu tugas kita sepanjang hidup di dunia ini.. Kakak cuma senaraikan ayat yang berkaitan dengan situasi adik sahaja.
Sebagaimana yang telah kita bincangkan,
Al-Quran itu panduan.
Islam pula cara hidup.
Islam itu bermaksud menyerah diri kepada Allah. Bagaimana mahu menyerah diri pada Allah? Al-Quranlah yang akan menceritakan, Rasulullah pula menunjukkan caranya.. Dalam proses kita tunduk dan menyerah pada Allah, pastilah kita akan di uji. Allah mahu lihat kesungguhan kita. Allah mahu kita membuktikan cinta kita padaNya.
Sedangkan belajar di kampus-kampus menuntut ilmu pun diuji para pelajarnya, inikan pula hamba Allah yang berkobar-kobar semangat menyatakan cintanya pada kebenaran dan pada Yang Maha Pencipta.
"Apakah manusia mengira mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, kami telah beriman dan mereka tidak diuji?"
"Dan sungguh, Kami telah menguji orang terdahulu, maka pasti Allah mengetahui orang-orang yang benar dan orang-orang yang berdusta"
"Ataukah orang-orang yang mengerjakan kejahatan itu mereka mengira mereka akan terlepas dari azab Allah? Sangat buruklah apa yang mereka tetapkan itu"
Al-Ankabut: 2-4
Ujian Allah akan datang dalam pebagai bentuk. Demi menghasilkan muslim yang benar-benar ikhlas padaNya.
Bukan senang untuk ikhlas.
Kerana itu Allah berikan ujian.
Agar kita berusaha untuk ikhlas.
dan berjaya mengecapi ikhlas. [berbelitkah? takkan..]
Ujian datang ditempat yang kita paling lemah untuk menghadapinya. Jika kita sudah kuat menghadapi, apalah harga sebuah ujian itu..? Kan?
Jika kita lemah dengan harta, hartalah menjadi penguji iman.
Jika kita lemah dengan kawan, kawanlah yang akan menjadi objek untuk diuji keimanan.
Jika kita lemah dengan jantina berlawanan, merekalah yang akan menjadi ujian buat kita.
Jika kita lemah dengan perasaan, perasaanlah akan menjadi bukti kekuatan iman kita.
Jika kita lemah dengan ibubapa, ibubapalah yang akan menjadi tempat iman kita diuji.
dan pelbagai lagi titik-titik lemah manusia. Semuanya berbeza. Kerana itu kita bersama, bertemu, berkenalan.. Agar kita dapat contoh mencontohi bagaimana melalui setiap ujian itu agar kita benar-benar membuktikan keimanan pada Allah. Alangkah cantiknya susunan Allah..
buat adik-adik dan teman seperjuangan yang cintanya pada kebenaran diuji dengan ibubapa..
Benar, kita perlu taat pada kedua ibubapa. Ketaatan itu wajib selagi tidak bercanggah dengan suruhan dan larangan Allah. Itulah PERINTAH ALLAH.
Juga termasuk dalam perintah Allah, berbuat baik pada mereka walaupun mereka tidak beriman padaNya. Atau dengan maksud lain, adab sebagai seorang anak terhadap ibubapa perlu di amal, walaupun mereka menentang kebenaran yang kita imani.
Kita sebagai anak; ibubapa adalah antara manusia yang paling kita kenali dan, kita juga adalah manusia yang paling mereka kenali..
Kebijaksanaan dan akhlaq adalah kekuatan yang diperlukan untuk menghadapi ujian ini..
Hayatilah kisah-kisah sahabat yang telah diuji dengan ibubapa mereka. BANYAK. Rasulullah juga pernah diuji dengan ibubapa, penjaga dan ahli keluarga..
"iaitu orang yang memenuhi janjinya pada Allah dan tidak melanggar perjanjian"
"Dan orang yang menghubungkan apa yang diperintahkan Allah untuk menghubungkan dan mereka takut pada Tuhannya dan takut kepada hisab yang buruk"
"dan orang yang sabar kerana mengharap keredhaan Tuhannya, melaksanakan solat dan menginfakkan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik"
"Iaitulah syurga 'Adn, mereka masuk ke dalamnya bersama orang soleh dari kalangan nenek moyangnya, pasangannya, anak cucunya, sedang malaikat masuk ketempat itu dari semua pintu
sambil mengucapkan; selamat sejahtera keatasmu kerana kesabaranmu. Maka alangkah indahnya tempat kesudahan itu".
Ar-r'ad: 20-24
Berbuat baiklah pada ibubapa, jagalah adab-adabnya. Jika kita merasakan selama ini kita sudah cukup beradab, mungkin hari ini, disaat ujian ini datang, ia adalah hari dimana kita perlu menambahkan lagi adab dan bermuhasabah..
Bersabarlah dengan tuduhan mereka. Sesungguhnya ia memang perit. Maka ikutilah kesabaran itu dengan solat, bersedekah, dan perbuatan baik pada mereka yang menyakiti kita. Insya Allah.. Disana ada tempat kediaman yang indah disediakan buat orang-orang seperti adik..
Itu lah tempat rehat dari segala kesusahan selepas berjuang dan berkorban membela kebenaran.. Syurga 'Adn.
Selagi masih bernyawa, tiada rehat buat para pencinta kebenaran. Seluruh kehidupaan, tenaga, masa, harta semuanya untuk membela kebenaran yang datang dari Allah.
Sekian.
Selasa, 21 Jun 2011
Amboi.. suka sangat
Assalamualaikum pemabaca yang dirahmati Allah.
Berapa patah ayat Qurankah yang kita fahami hari ini?? Berapa ramai sahabat Rasulullah yang telah kita kenali semenjak kita mengirup udara pemberiaan Allah..
Berapa ramai Nabi dan Rasul yang telah kita contohi sepanjang hidup melata di dunia ini..??
Ini dinamakan muhasabah pagi. Bila-bila masa sahaja kita boleh muhasabah diri. Muhasabah diri maksudnya mengira-ngira diri. Bukan membilang 1,2,3 itu lah..
Muhasabah adalah membilang dan menilai perbuatan-perbuatan yang kita buat. Dalam membilang dan menilai diri sendiri, jangan lupa.. Seadil-adil penilaian adalah penilaian Allah.
Siapa la suka orang cakap
"anda di kira kurang beriman berbanding si fulan"
Muhasabah diri bukan untuk jadi lebih baik dari orang lain ye. Habis untuk apakah?..
Untuk jadi lebih baik dari diri sendiri.. Diri yang semalam. Sekarang sudah jelas kan?.. Muhasabah dan menilai diri untuk menjadi lebih beriman dari semalam. Bukan lebih baik dari orang.
Orang baik yang kita kenal itu, untuk di buat contoh. Dibuat panduan bagaimana mahu jadi lebih beriman. Bukan untuk dibuat perbandingan. diulangi ye, bukan untuk dibuat perbandingan.
Allah temukan kita dengan orang yang baik dan beriman supaya mudah untuk kita beriman pada Allah. Bukan untuk tiru sebijik sejebon [ops, betul ke bahasa penulis ni?].. Habis dengan segala gaya-gaya dia kita tiru sampai jadi 'copy paste'..
Yang kita kena tiru adalah keimanan dan akhlaq mahmudah yang ada pada orang beriman.
Bukan meniru orang yang kita anggap baik.
Baik yang kita terjemah itu selarikah dengan ayat Quran dan kehendak Allah?
Itu sebab kita akan jumpa situasi begini:
orang yang kita anggap baik itu telah berbuat sesuatu yang menjengkelkan, hingga kita rasa "baik aku tak jadi baik, takde la buat macam dia"
Masalah kita adalah, maksud keBAIKan yang kita guna itu tidak sama dengan keBAIKan yang Allah cakap. Sudah-sudahnya kita yang serabut dengan makna baik yang kita reka sendiri..
Itu hanyalah sikit dari banyak-banyak muhasabah diri yang mahu di kongsi. Nanti kita kongsi lagi ye.
Jumpa lagi.
Berapa patah ayat Qurankah yang kita fahami hari ini?? Berapa ramai sahabat Rasulullah yang telah kita kenali semenjak kita mengirup udara pemberiaan Allah..
Berapa ramai Nabi dan Rasul yang telah kita contohi sepanjang hidup melata di dunia ini..??
Ini dinamakan muhasabah pagi. Bila-bila masa sahaja kita boleh muhasabah diri. Muhasabah diri maksudnya mengira-ngira diri. Bukan membilang 1,2,3 itu lah..
Siapa la suka orang cakap
"anda di kira kurang beriman berbanding si fulan"
Muhasabah diri bukan untuk jadi lebih baik dari orang lain ye. Habis untuk apakah?..
Untuk jadi lebih baik dari diri sendiri.. Diri yang semalam. Sekarang sudah jelas kan?.. Muhasabah dan menilai diri untuk menjadi lebih beriman dari semalam. Bukan lebih baik dari orang.
Orang baik yang kita kenal itu, untuk di buat contoh. Dibuat panduan bagaimana mahu jadi lebih beriman. Bukan untuk dibuat perbandingan. diulangi ye, bukan untuk dibuat perbandingan.
Allah temukan kita dengan orang yang baik dan beriman supaya mudah untuk kita beriman pada Allah. Bukan untuk tiru sebijik sejebon [ops, betul ke bahasa penulis ni?].. Habis dengan segala gaya-gaya dia kita tiru sampai jadi 'copy paste'..
Yang kita kena tiru adalah keimanan dan akhlaq mahmudah yang ada pada orang beriman.
Bukan meniru orang yang kita anggap baik.
Baik yang kita terjemah itu selarikah dengan ayat Quran dan kehendak Allah?
Itu sebab kita akan jumpa situasi begini:
orang yang kita anggap baik itu telah berbuat sesuatu yang menjengkelkan, hingga kita rasa "baik aku tak jadi baik, takde la buat macam dia"
Masalah kita adalah, maksud keBAIKan yang kita guna itu tidak sama dengan keBAIKan yang Allah cakap. Sudah-sudahnya kita yang serabut dengan makna baik yang kita reka sendiri..
Baikkah kalau kita cakap lemah lembut tapi tidak solat?
Baikkah kita kalau solat awal tapi masuk kelas/kerja lambat setiap hari??
Baikkah kita kalau kita sentiasa bersedekah tapi mengumpat jadi rutin??
Itu hanyalah sikit dari banyak-banyak muhasabah diri yang mahu di kongsi. Nanti kita kongsi lagi ye.
Jumpa lagi.
"Wahai orang yang beriman, masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah syaitan, sungguh ia musuh nyata bagimu"
Surah Al-Baqarah: 208
Jadilah baik kerana Allah, dan kerana itulah misi kehidupan kita. Bukan kerana mahu jadi lebih baik dari orang lain kerana dahagakan sanjungan manusia. Astaghfirullah.
Isnin, 20 Jun 2011
Kerja bukan tujuan hidup
Assalamualaikum para pembaca yang dirahmati Allah.
Penulis bukan pelajar tafsir. Tapi penulis mahu berkongsi ayat Allah ini. Al-Quran diturunkan sebagai rahmat untuk seluruh alam. Kepada semua jenis manusia. Tidak kira manusia itu mahu beriman atau pun tidak. Ia sudah wujud. Sudah terbentang isinya..
Berbalik kepada isi 3 ayat diatas. Kita perlu diuji untuk membuktikan kualiti kita. Sebagai mana kita belajar dan perlu pada peperiksaan, ujian dan kuiz.
Jika kita hanya hidup dengan batu dan pokok, mana tahu kita adalah seorang yang sabar dan kasih pada manusia? Jika kita berilmu dan tidak mengamalkan ilmu tersebut, bagaimana kita tahu ilmu itu boleh mendekatkan diri kepada Allah??
Kita mendakwa kita adalah orang Islam.. Islam adalah cara hidup. Islam itu menjadi cara hidup apabila kita meletakkan Allah sebagai Hanya Satu-satunya Tuhan yang layak disembah.
Apakah maksud meletakkan Allah sebagai satu-satunya Tuhan yang layak disembah? Maksudnya, menurut segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya. Adakah kita benar-benar menurut segala perintahNya dan meninggalkan laranganNya?
Mudah sahaja mengakui keislaman. Ye ke? Dalam suasana jahiliyyah sekarang, mahu mengaku Islam pun sesuatu yang berat dan payah. Benar?..
Tutup blog ini dan fikir. Tiada jawapan akan di beri..
Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "kami telah beriman" dan tidak diuji??
Dan sungguh Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang yang benar dan pasti akan mengetahui orang-orang yang dusta
Ataukah orang yang mengerjakan kejahatan itu mengira mereka akan terlepas dari azab Kami? sangatlah buruk apa yang mereka tetapkan itu.
Surah Al-Ankabut ayat 11.
Penulis bukan pelajar tafsir. Tapi penulis mahu berkongsi ayat Allah ini. Al-Quran diturunkan sebagai rahmat untuk seluruh alam. Kepada semua jenis manusia. Tidak kira manusia itu mahu beriman atau pun tidak. Ia sudah wujud. Sudah terbentang isinya..
Berbalik kepada isi 3 ayat diatas. Kita perlu diuji untuk membuktikan kualiti kita. Sebagai mana kita belajar dan perlu pada peperiksaan, ujian dan kuiz.
Jika kita hanya hidup dengan batu dan pokok, mana tahu kita adalah seorang yang sabar dan kasih pada manusia? Jika kita berilmu dan tidak mengamalkan ilmu tersebut, bagaimana kita tahu ilmu itu boleh mendekatkan diri kepada Allah??
Kita mendakwa kita adalah orang Islam.. Islam adalah cara hidup. Islam itu menjadi cara hidup apabila kita meletakkan Allah sebagai Hanya Satu-satunya Tuhan yang layak disembah.
Apakah maksud meletakkan Allah sebagai satu-satunya Tuhan yang layak disembah? Maksudnya, menurut segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya. Adakah kita benar-benar menurut segala perintahNya dan meninggalkan laranganNya?
Mudah sahaja mengakui keislaman. Ye ke? Dalam suasana jahiliyyah sekarang, mahu mengaku Islam pun sesuatu yang berat dan payah. Benar?..
Tutup blog ini dan fikir. Tiada jawapan akan di beri..
Ahad, 19 Jun 2011
Dulu dan sekarang
Assalamualaikum semua..
Apakabar iman. Masih ok atau sudah berkarat.
Dulu
baca Quran satu juzu,
sekarang
baca Quran setengah juzu.
Dulu
Solat sunat 10 rakaat
Sekarang
Solat sunat 5 rakaat.
Dulu
5 kali solat jemaah
Sekarang
2 kali sahaja sehari.
Dulu
ingat Allah setiap kali susah senang
Sekarang
ingat Allah waktu susah sahaja.
Dulu
Tak dapat solat di masjid, susah hati habis
Sekarang
Tak dapat solat di masjid, masih riang dan gembira.
Dulu
tidak ajak orang buat baik, rasa pelik
Sekarang
orang ajak buat baik pulak rasa pelik.
Aku dahulu dan sekarang. Masih ok kah imanku wahai hamba Tuhan.

Sabtu, 18 Jun 2011
Seruan dan tarbiyyah ini
Dakwah ini
bukan untuk melahirkan pensyarah yang pandai menghurai
Dakwah ini
bukan untuk melahirkan penceramah yang petah berkata
Dakwah ini
bukan untuk melahirkan pekerja yang taat dan bersungguh
Dakwah ini
bukan untuk melahirkan sahabat & pengikut setia
Dakwah ini
bukan untuk melahirkan hakim yang pandai menghukum
Dakwah ini
bukan untuk melahirkan manusia berpandangan jauh
Dakwah ini
bukan untuk melahirkan manusia hebat disegani orang
Dakwah ini
bukan untuk melahirkan manusia berakhlaq malaikat
Dakwah ini
bukan menjadi medan menunjukkan kehandalan..
Dakwah ini hanyalah ibadah kita demi mencari cinta dan redha-Nya.

Jumaat, 17 Jun 2011
Dunia ini hanya pinjaman
Assalamualaikum,
Tiada kata-kata panjang pada hari ini. Ayuh kita renung dan fikir.
Apakah tujuan kita di lahirkan ke dunia?
Mengapa kita perlu melalu segala bentuk ujian dan nikmat di dunia ini?
Jika kita tidak selamanya hidup di dunia ini, ke manakah kita akan kembali?..
Adakah hidup kita hanya tamat selepas menghembuskan nafas yang terakhir?
Selamat menambah iman dan amal.

Apakah kesan iman kita pada syurga & neraka selama melalui hidup di dunia ini?
Syurga & neraka yang kita percaya itu terletak di dunia kah?
Atau di sebuah tempat selepas kematian kelak?..
Selamat menambah iman dan amal.
Rabu, 15 Jun 2011
Mati adalah sebaik-baik peringatan.
“Hai.. dia ini. Asyik cakap pasal mati je..”
Apakah persepsi kita tentang kematian?
Orang kalau menyebut tentang mati mestilah cerita orang putus cinta, musnah harapan, kecewa, masalah berat dan pelbagai alasan tidak munasabah lain.
Mati pengakhir segala masalahkah wahai orang yang beriman pada hari Akhirat? Kenapa tanya orang yang beriman pada hari akhirat sahaja.. Sebab orang yang tidak beriman pada hari akhirat percaya mati adalah penyelesaian bagi segala masalah EXTRA BERAT.
Wahai orang yang beriman pada hari akhirat,
Apakah yang akan berlaku pada kita selepas menghembus nafas?
Kita akan ditanam.
Disoal jawab dalam kubur.
Kemudian dibangkitkan di padang Mahsyar.
Menunggu dan berbaris lebih teruk dari mahu bayar saman di pejabat pos atau untuk buat lesen di pejabat JPJ.
Mengapa lebih teruk?
Kerana di pejabat pos dan JPJ, kita hanya berebut dengan orang yang hidup dizaman kita sahaja. Yang hidup dan bernyawa serentak dengan kita.
Kalau di padang Mahsyar nanti..
Berebut dengan semua orang. Semua yang hidup atas dunia lah. Bukan yang hidup sama dengan kita sahaja. Tapi semenjak zaman Nabi Adam sampai orang terakhir yang meninggalkan dunia.
Beratur di pejabat pos ada penghawa dingin jugak. Jika padang Mahsyar?
Anggap sahaja ada penghawa dingin?.. hehe.. Allah sudah cakap.. Di padang Mahsyar itu matahari sejengkal dengan kepala. Penghawa dingin canggih manakah yang boleh membuat bahang matahari sedekat itu menjadi sejuk? Setakat pemanasan global ini pun kita sudah kepanasan.kan.
Penghawa dingin canggih yang boleh menyelamatkan kita pada masa itu hanyalah amal baik kita sepanjang hidup di dunia. Jika tiada amal baik di dunia, usah berangan. Itu pun jika dan hanya jika kita ikhlas.
Selepas terseksa di padang Mahsyar.. Kemana kita? Syurga atau neraka?..
Orang yang maju adalah orang yang melihat masa depan. Masa depan itulah hari akhirat. Bukan masa depan di hari tua.
Selamat menjadi orang maju !

Selasa, 14 Jun 2011
Tanda terima kasih
Dulu: penulis fikir apakah faedah berterima kasih pada manusia yang berbuat baik pada kita.
Allah yang telah menentukan dia untuk berbuat baik pada kita. Bukan orang itu yang menggerakkan hatinya dan melakukan perbuatan baik itu.
Sekarang: Hmm penulis sudah salah konsep lah jika kita berfikir seperti diatas.
Sebenarnya antara tanda terima kasih kita pada Allah, adalah berterima kasih juga pada manusia.
Kan Allah memerintahkan kita bersyukur pada nikmat-Nya dengan cara mentaati perintah-Nya.
Orang berbuat baik pada kita itu kan nikmat? Ke bukan?.. hehe mestilah nikmat kan..
Manakala perintah Allah pula adalah berbuat baik sesama manusia. Maka, setelah manusia lain berbuat baik pada kita, maka kita perlulah berterima kasih pada mereka.
Atau lain susunan ayatnya adalah: Allah telah memberi nikmat, maka kita bersyukurlah pada-Nya, sebagai tanda kita mentaati-Nya.
Tapi ingat, jangan terlalu menghargai budi manusia hingga kita terlupa mengembalikan kesyukuran pada Yang Maha Pemberi Pertolongan.
Taatilah perintah-Nya, kerana hanya Dialah seadil-adil hakim.
p/s: jazakillahu khair bakal ahli farmasi WS-WH tolong hias mutiarajannah.blogspot.com ini. [nak harap penulis buat sendiri? hehe.. jumpa lain kali je lah]

Isnin, 13 Jun 2011
Puan Komunikasi
Assalamualaikum pada pembaca yang budiman.
Sebenarnya mahu bercakap tentang "miscommunication".
Mari ikuti perbualan di bawah.
Si A: Awak tinggal di mana?
Si B: oh, saya pelajar uia.
Jika dilihat dalam soalan diatas, Si A bertanya di mana tempat tinggal si B, tetapi jawapan itu seolah-olah tiada kaitan lansung.
Perbezaan cara fikir akan menyebabkan kita menjawab dengan cara lain-lain untuk memberitahu sesuatu perkara yang sama.
Jika yang bertanya itu mengetahui uia berpusat di Gombak dan Kuantan, pasti dia akan bertanya kembali; Gombak ke Kuantan?
Tetapi apa akan jadi sekiranya yang bertanya itu tiada idea lansung mengenai uia..?? Apakah yang dia akan mendapat jawapan kepada persoalannya?.. hehe.
Contoh perbualan "miscommunication" lain..
Si A: Apa yang saya sudah buat hingga awak melancarkan perang dengan saya?
Si B: Entah, orang lain tidak pernah beritahu awak ke..
Soalannya, apa yang saya buat, tapi jawapannya???..
Kuang-kuang..
Memanglah tidak menjawab soalan.
Lagi tentang "miscommunication" ..
Maksud kasih sayang bagi setiap orang berbeza.
Ada orang menterjemah sayang dengan:
Dan pelbagai lagi terjemahan kasih sayang yang di zahirkan manusia kepada manusia atau makhluq Allah yang lain.
Apabila dua manusia yang lain terjemahan kasih sayangnya, maka disitulah ujian bagi kita untuk berlapang dada dengan CARA FIKIRnya yang membuatkan kita berbeza menafsirkan kasih sayang..
Bagi penulis, apalah sangat harga luka dan torehan di hati jika dibanding dengan KEBENARAN yang telah disampaikan..
ok itu cara fikir penulis ye dan sesungguhnya kita semua punya pelbagai warna warni perbezaan agar gandingan kita menjadi seindah pelangi..

- keperihatinan & ambil berat. bagi yang tidak biasa, akan dianggap merimaskan.
- MARAH. bagi yang tidak biasa, akan dianggap.. haih tak tenang sungguh.
- berikan kebebasan.. Hingga rosak orang yang disayangi itu.
- mengamalkan amar makruf & nahi mungkar.. bagi yang tidak biasa, akan merasa terkongkong dan menyampah
- lemah lembut; supaya orang di sayangi tidak kecewa dan kecil hati.
Dan pelbagai lagi terjemahan kasih sayang yang di zahirkan manusia kepada manusia atau makhluq Allah yang lain.
Apabila dua manusia yang lain terjemahan kasih sayangnya, maka disitulah ujian bagi kita untuk berlapang dada dengan CARA FIKIRnya yang membuatkan kita berbeza menafsirkan kasih sayang..
Bagi penulis, apalah sangat harga luka dan torehan di hati jika dibanding dengan KEBENARAN yang telah disampaikan..
ok itu cara fikir penulis ye dan sesungguhnya kita semua punya pelbagai warna warni perbezaan agar gandingan kita menjadi seindah pelangi..
Sabtu, 11 Jun 2011
Selamat malam
Selamat malam.
Dan
Assalamualaikum kepada pembaca setia mutiarajannah. hehe.
Sudah dua hari tidak di isi dengan penulisan.
Malam ini cuma mahu berkongsi satu nasihat berguna buat kita ummat Islam.
Ayuh jadi hamba bersyukur agar kita tidak berkarat dengan hasad dengki terhadap manusia lain.
Syukur juga penting agar kita tidak membusuk dengan rasa tidak puas hati terhadap perbuatan buruk orang lain selama ini.
Semoga mencapai syukur yang sebenar. Insya Allah.

Jumaat, 10 Jun 2011
pedas betul.
Allah beri otak bijak dari orang untuk berbanggakah?
Atau untuk berfikir "bagaimana aku mahu sebarkan Islam".
Allah beri peluang ikut usrah dan tarbiyyah untuk berbanggakah?
Atau untuk menjadi jalan kita mengamal dan menyebarkan Islam
Allah beri ilmu untuk berlagak pandaikah?
Atau untuk dimanfaatkan demi kejayaan Islam..
Allah beri kawan yang baik dan soleh untuk berbanggakah?
Atau untuk menjadi contoh ikutan..
Allah beri kawan yang tidak baik untuk dijauhikah?
Atau untuk kita seru dan ajak dia kepada Allah...
Marilah kita duduk dan renung sejenak.
Apakah kita ini benar-benar beriman pada Allah dan hari Akhirat.. Sedang kita masih sombong dan perasan dengan nikmat-nikmat Allah..
Syukur apanya kalau jumpa seorang sahaja manusia yang menyakitkan hati, sudah tidak mahu memaafkan.
Sedang ramai lagi manusia yang Allah temukan pada kita yang bersedia setiap masa untuk berbuat baik pada kita.

Matilah saya dengan kesombongan saya
Kini sudah tahu,
Al-Quran itu bukan untuk dibaca sahaja.
Islam bukan untuk nama sahaja.
Usrah dan tarbiyyah bukan untuk buat "eksen" sahaja.
Bakat dan kelebihan yang ada bukan untuk saja-saja.
Kekurangan diri bukan sebab untuk menjadi hasad.
Kelebihan orang lain jugak bukan alasan hasad.
Kita punya misi besar.
Memahami Al-Quran, menyebarkannya..
Melibatkan diri dengan dakwah dan tarbiyyah.
Menggunakan segala kelebihan diri untuk bersyukur dengan cara meyebarkan ajaran Islam & mentaati perintah Allah.
Dalam masa yang sama, menggunakan segala peluang untuk membaiki kekurangan diri.
Misi ini bukan misi rekaan.
Kerana ia bukan misi mustahil.
Ia bukan juga misi cerita-cerita di panggung wayang.
Ia adalah misi yang telah Allah tetapkan untuk manusia pikul. Seluruh ummat manusia. Tidak kira warna kulit dan tempat. Jika dan hanya jika dia mahu beriman!
p/s: eksen itu maksudnya berlagak..

Khamis, 9 Jun 2011
Tazkirah di pagi hari.
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:
(HR.Tirmidzi).
Dari hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar (bermaksud):
"Seseorang muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Dia tidak boleh menzaliminya dan tidak boleh membiarkannya dizalimi oleh orang lain. Barangsiapa yang memenuhi keperluan saudaranya maka Allah akan memenuhi keperluannya. Barangsiapa yang melapangkan sesuatu kesulitan saudaranya, maka allah akan melepaskan salah satu kesulitan di hari kiamat dan barangsiapa yang menyembunyikan keaiban seorang muslim lain, maka allah akan menyembunyikan keaibannya di hari kiamat ".
(Muttafaq Alaih)
Dari Abu Hurairah yang diriwayatkan oleh Muslim (bermaksud):
"Orang-orang mukmin dengan orang mukmin yang lain adalah seperti struktur binaan yang saling menguatkan antara satu sama lain "
(HR. Muslim).
Penulis pernah bertemu seorang sahabat yang SUKA TOLONG ORANG. Siapa sahaja yang datang memohon bantuan, pasti dia tidak akan menghampakan. Tidak kira orang itu orang itu dikenali atau tidak..
Penulis bermimpi-mimpi untuk meniru sikap baiknya itu.. Mari kita jadi orang yang suka tolong orang. JOM.
Rabu, 8 Jun 2011
English
nobody can change you
until
YOU,
changes yourself !
tukah sikit ye jadi begini.
nobody can change me
until
I change myself !
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah diri mereka sendiri" Ar-ra'd: 11
Selasa, 7 Jun 2011
Takut orang kata?!
Wahai pembaca yang dikasihi sekalian. Setelah lama tidak bertanya. Maka hari ini mahulah kiranya penulis bertanya.
Orang mengata kita apa dia dapat? DOSA.
Kita dapat apa bila orang mengata kita? PAHALA!
Jadi??.. Kenapa susah hati sangat orang mengata.. Kenapa geram sangat bila orang ungkit dan sebut sejarah hidup kita? Sebab kita lupa, kita tengah dapat pahala percuma.. kan? Dan kita juga lupa TUJUAN KITA BERUBAH atau sebenarnya kita SALAH NIAT BERUBAH ?
Kita juga lupa keutamaan sabar dan memaafkan. Juga sebab kita dengar hasutan syaitan. Bukan tidak tahu syaitan itu musuh nombor 1 kita. Tapi apahal masih dengar hasutan dia? Syaitan musuh kan? Apa dia cakap, pastilah untuk rosakkan kita!
Syaitan hasut orang suruh mengata kita. Kemudian hasut kita pula supaya sakit hati dan dendam. Siapa menang? SYAITAN.. Haaaa.. pandai pun. Tiga-tiga tidak untung. Sebab? Kita yang manusia ni memang lah sudah rugi, sebab dengar syaitan hasut. Terang-terang dapat dosa. Syaitan pun tidak untung sebab dia memang kena masuk neraka.
Sudah tu.. buat apa kita bermusuhan lagi, wahai manusia yang beriman pada Allah? Kenapa kita masih rasa kita lebih bagus dari orang lain? Kenapa masih dengki dengan saudara seiman?.. Itu semua sifat syaitan tahu? Sudah tahu syaitan musuh.. Tiru perangai dia dapat apa?.
Syaitan cakap, dengar. Perangai syaitan tiru.. Habis kita ini manusia ke ....... [ops mesti jaga tutur kata. penulis tidak tulis apa-apa disitu. hehe]
Dosa kita bertompok-tompok.. Macam-macam. Kenapa sombong sangat untuk bertaubat dan berubah?..
Sejarah hidup itu adalah ketetapan Allah. Kita tidak mampu untuk mengubahnya sekarang. YA! Kita tidak mampu ubah sejarah dahulu. Tapi kita boleh bina sejarah akan datang. Maksudnya.. Kita BOLEH BERUBAH! Kalau nak.
Pedulikan apa orang kata. Kan sudah cakap. Orang yang mengata orang itu berdosa, kita pula dapat pahala percuma. Patutnya cakap sahaja "Terima kasih Allah kerana beri awak untuk mengata saya.."
Cakap senang. Tapi kalau sudah buat lagi senang. Jadi dipersilakan dengan segala hormatnya untuk buat apa yang kita sudah cakap. Jangan cakap je hebat.. Buatnya entah ke mana-mana.

Isnin, 6 Jun 2011
Cakap orang je tahu
"Hui.. dia tu berubah terus?!"
"Lain betul dah sekarang!"
Ok, itu hanyalah salah dua dari banyak-banyak komen yang pernah penulis dengar. Kalau di ambil dari sudut positif, bahagia dan gembiralah. Jika di ambil dari sudut negatif dan buruk, sedih dan kecewa lah seorang diri.
Maka saya pilih untuk gembira. Ya, kita semua boleh pilih untuk gembira. Apa faedah layan orang cakap? Lagi-lagi komen yang datang dari orang yang hanya tahu memberi komen..
Dahulu, penulis sangat pelik dengar cerita orang ikut usrah dan tarbiyyah ni.. Apakah kisahnya? Jom kita lihat
Kisah 1
Sekumpulan pelajar duduk satu rumah. Mereka semua adalah pelajar di sebuah universiti tetapi berlainan jurusan. Lain jurusan lain waktu peperiksaannya. Maka al-kisah pada suatu hari, seorang saudari ini telah masuk ke dalam biliknya balik dari peperiksaan dan wah! terkejut.. baju kotornya sudah terlipat kemas, bersih dan wangi. Siapa buat? Tidak tahu. Yang pastinya, ada seseorang dalam rumah itu yang telah membantunya membasuh, menjemur dan melipat kainnya..
Kisah 2
Dalam sebuah rumah, semua pelajar. Penghuni A mengambil penyapu dan bersungguh-sungguh menyapu. Tiba-tiba ia disedari penghuni B. "Eh kamu ni menyapu macam saya tiada disini" kata penghuni B sambil mengambil penyapu dan meneruskan kerja-kerja menyapu. Setelah menyapu hampir separuh, datang penghuni C dan berkata, "biar aku pula sambung"..
Kisah 3
Dulu, dia tu pakai JEANS KOYAK! sekarang.. Cerita isu palestin kalah kita yang selalu ikut perkembangan terkini kejadian di seluruh dunia.
Kisah 4
Dahulu, ana ada kenal seorang akhawat. Cakap ganas, tidak kisah dengan siapa dia bercakap. Pendek kata berani mati dan lansung tidak pandai berlemah lembut. Tapi sekarang, dialah paling bertoleransi dengan orang. Sungguh penyabar!
Kisah 5
Tudung?! Sekejap pakai, sekejap tak pakai.. Usrah? Hanya mengenali usrah selepas menjejak kaki ke universiti. Ya Allah? Biar betul itu sejarah hidup dia? Tahu tak, ini orang yang sudah menghasilkan 3 orang anak yang hafiz Quran..
ok, itu hanyalah kisah-kisah ringkas para manusia yang mengikuti tarbiyyah. Belum lagi cerita sahabat-sahabat dan para tabi'in.
Kisah 1 & 2 adalah kisah ajaib bagi penulis semasa mula-mula berjinak dengan tarbiyyah. Ada ke manusia macam tu atas dunia ini?.. Punya bagus tolong basuh baju orang.. Lain lah kalau dia tumpang pakai sekali. Berlumba buat kerja rumah? Lagilah.. Apakah "kuasa" yang sedang memegang mereka hingga hati mereka begitu mulia?..
Kisah 3 hingga 5 pula. Subhanallah! Bagusnya mereka. Berubah. Berubah menjadi manusia beriman pada Allah. Jika mereka punya kesombongan dalam hati.. Mana mungkin mereka akan berubah. Apakah "kekuatan" yang ada pada mereka?
Di ulangi.. Itu belum cerita sahabat dan para tabi'in. Belum cerita tokoh-tokoh pembawa dan pendokong Islam selepas generasi sahabat dan tabi'in..
Lihatlah bagaimana Umar Tilmisani berubah dari orang kaya tak boleh duduk atas kerusi debu hingga jadi orang yang sangat zuhud sebelum dia meninggal. Syed Quthb yang punya fikiran pelik akhirnya MATI syahid di tali gantung kerana mempertahankan kebenaran..
Khalid Al-Walid yang begitu kejam mengalahkan ummat Islam semasa perang badar.. tetapi telah mengetuai berpuluh pasukan perang selepas keislamannya dan begitu bersungguh mahu mati syahid.
Banyak lagi kisah lain.. Kisah manusia tawadhu berubah setelah mendapat cahaya petunjuk dari Allah. Apa maksud tawadhu'? Tunduk pada kebenaran walau dari mana pun ia datang.. Ya, mereka ini orang-orang yang merendahkan hati mereka pada Allah. Bukan pada manusia..
Mereka berubah kerana IMAN pada ALLAH.
Bukan untuk di kenali sebagai pejuang agama. Bukan untuk disanjung. Bukan untuk harumnya nama setelah mati.. Bukan untuk dipercayai orang.. Bukan untuk mendapatkan ramai kawan.. Bukan untuk menjadi terkenal sebagai "golongan baik-baik"..

Kita sibuk mengata orang.. apa kita buat? Sibuk suruh orang berubah.. kita berubah tak? hmmm..
Kalau kita rasa kita sudah cukup berubah, itu bermaksud, masih ada sesuatu yang tidak kena pada TUJUAN KITA BERUBAH..
Ahad, 5 Jun 2011
Kini..
Walaupun aku tidak mampu menjadi seperti Syed Quthb.. Prof Dr HAMKA, Hassan Al-Banna.. Umar Al-Khattab, Usman bin Affan, Salahuddin Al-Ayyubi, Muhammad Al-Fateh..
Tetapi merekalah inspirasiku. Merekalah contoh teladanku. Mereka antara hasil dakwah dan tarbiyyah yang telah Rasulullah s.a.w sebarkan.
Aku gembira. Allah memberi petunjuk padaku. Aku bahagia dengan jalan yang telah Allah berikan padaku. Allah Maha Pengasih. Allah juga Maha Penerima Taubat.
Kenapa aku WAJIB menunaikan solat? Kerana aku hambaNYA. Dan itu memang tugas yang perlu aku laksanakan. Solat itu waktu untuk aku bercakap dan bertemuNya sementara aku hidup dan bernafas dimuka bumi. Sementara sahaja. Sebelum aku boleh bertemunya di akhirat kelak. Oh, andainya aku tidak menderhaka dan mengulang dosa.
Kenapa aku perlu pada agama? dan kenapa agama itu adalah Islam? Ia adalah sistem hidup dan panduan yang telah Allah beri pada manusia. Allah yang menciptakan aku. Allah tahu apa lebih dan kurangku serta manusia lain. Maka Islam itu sangat sesuai dengan fitrah.
Siapa cakap Islam itu susah? Islam itu susah sekarang sebab kita senang dengan kemungkaran. Islam akan jadi senang bila kita senang dengan kebaikan dan ketaatan pada Allah.
Siapa cakap Islam tak boleh itu ini? Banyak je yang boleh. Boleh solat, boleh makan, boleh bekerja, boleh berbuat baik, boleh berubah, boleh jadi lebih baik, boleh bahagia, boleh tenang, boleh puasa, boleh berkahwin.. dan bermacam boleh lagi.. Dan ia perlu di laksanakan mengikut panduan yang Allah sudah tetapkan.
"Huu.. ade ke perangai cam gitu?"
Sebab ada le cakap ni.
Teruskan usaha mengenali agama INI. Agama Islam. Jangan berhenti setakat ini.. Kita yang memerlukan ISLAM, andai kita tiada.. Allah akan gantikan ummat yang lebih baik dari kita untuk menganut dan mengamalkan Islam.
Sudah terbukti dalam sejarah.. Kisah kaum ad, kaum tsamud, kaum bani Israel dsbnya.. itu sebab kena belajae sejarah ok.
Jumpa lagi! Assamualaikum.
p/s: hidayah Allah ade je.. tapi kita ni SOMBONG!

Adakah kita mahu guna kalkulator untuk simpan lagu? Atau kalkulator buat menaip kerja sekolah. pastilah tidak boleh. Kemudian kita merungut, apalah kalkulator ini. Semua tak boleh! Cubalah baca dan fahami buku panduan yang sudah dikeluarkan kilang pengeluar.
Dah, begitu jugalah dengan kita manusia.. Allah cakap dalam Quran, fungsi kita beribadah pada Allah. Tapi kita tidak baca pun Al-Quran. Sibuk betul nak buat benda lain. Lepas itu mengeluh cakap "apalah Islam ni, semua tak boleh"
"Huu.. ade ke perangai cam gitu?"
Sebab ada le cakap ni.
Teruskan usaha mengenali agama INI. Agama Islam. Jangan berhenti setakat ini.. Kita yang memerlukan ISLAM, andai kita tiada.. Allah akan gantikan ummat yang lebih baik dari kita untuk menganut dan mengamalkan Islam.
Sudah terbukti dalam sejarah.. Kisah kaum ad, kaum tsamud, kaum bani Israel dsbnya.. itu sebab kena belajae sejarah ok.
Jumpa lagi! Assamualaikum.
p/s: hidayah Allah ade je.. tapi kita ni SOMBONG!
Sabtu, 4 Jun 2011
Ujian itu banyak bentuk
Kejahilan. Bagi aku itulah ujian paling dahsyat. Setakat ini. Aku belum diuji dengan kepandaian.
Jahil dan tidak mengetahui ajaran agama. Tidak mengerti kesukaan dan kemurkaan Allah. Aku tidak tahu bagaimana mahu benar-benar menjadi hamba Allah.
Bahkan aku hanya tahu tujuan hidup setelah berumur 15 tahun ! Jika aku ini umpama mesin atau kereta, sudah lama buruk dan punah.
Aku tidak faham kenapa Allah suruh aku solat. Lebih teruk jahil ku, aku tidak dapat menerima kenapa banyak betul peraturan hidup bila jadi orang Islam.
Aku juga tidak mengerti kenapa mak memaksa aku menghafal Quran. Aku tidak mengerti juga mengapa aku mesti bersekolah disekolah hulu.. dalam kampung, penuh dengan tanah merah.. Semata-mata untuk aku belajar dan memahami agama..??
Mengapa agama itu begitu penting. Sehingga aku tidak boleh bersekolah di asrama penuh.. Sedang keputusan peperiksaan aku layak untuk ke sekolah asrama penuh.
Ya Allah, rupanya amat besar hikmah dan kebijaksanaanMu dalam memberi hidayah pada hambaMu.
bersambung..

Jumaat, 3 Jun 2011
Hidayah Allah ada je.. tapi
Wahai pembaca mutiarajannah sekalian. Dahulu penulis sangat takut untuk menyatakan pentingnya dakwah dan tarbiyyah. Takut atas pelbagai sebab. Tapi hari ini, penulis mahu terangkan dengan jelas tanpa selindung lagi.
DAKWAH & TARBIYYAH itu penting! Lebih penting dari nyawa kita. Lebih penting dari jari penulis yang pernah putus sebelum ini. Ia penting kerana itulah jalan kita kembali pada Allah.
Buat apa sibuk cerita kembali pada Allah? Sedang kita sibuk dengan urusan dunia.. Ya. Itulah tujuan kita hidup. Hidup untuk kembali pada Allah. Bukan hidup untuk membahagiakan hati sesiapa. Bukan untuk memuaskan hati sesiapa. Tapi untuk mendapatkan keredhaan Allah. Agar kita kembali padaNya dengan bahagia dan Dia pun bahagia dengan kita.
Kawan-kawan yang dirahmati Allah,
Jika bukan kerana jelasnya tujuan dan matlamat hidup, mampukah kita mengubah sifat dan sikap kita?
Sifat dan sikap semulajadi yang kita rasa telah diberi Allah. Yang kita rasa kita memang macam tu. Kita memang dijadikan Allah begitu. Mana mungkin kita berubah?
Ya, itulah yang akan kita fikir. Berubahkan susah? Hidup sekarang sudah bahagia. Untuk apa bersusah payah berubah? Lebih mudah hidup dalam keadaan sekarang.
*sifat dan sikap disini bermaksud, sifat dan sikap yang tidak selari dengan ajaran Islam.
Pendek ceritanya. Kita tidak akan berubah jika kita masih tidak dapat menerima hakikat hidup ini adalah untuk kembali pada Allah!
"Ala.. nanti orang kata..bla-bla-bla"
Sampai bila nak dengar orang lain kata???? kamu ni macam lalang!..
bersambung...

Khamis, 2 Jun 2011
iklan kejap
This is simple. but. It is SO MEANINGFUL.
Tak apa lah kak long boleh cuba lagi, kalau Imam Nawawi dia langsung tak boleh
belajar Ilmu Perubatan yang dia minati. Tetapi Allah lebih tahu apa yang ia takdirkan
atas manusia.
Sekian terimakasih. Jangan tanya apa-apa. FIkir pun tak boleh.

Terus mencari hidayah Allah
Di Darul Quran, aku ketemu banyak jenis manusia. Jenis yang paling banyak adalah manusia CINTAKAN AL-Quran.
Aku tidak pernah melihat begitu sayangnya manusia pada kalamullah sebagaimana mereka yang menghafal Quran di darul Quran.
Mereka sanggup bangun tengah malam untuk mengingati kalamullah. Ada yang sanggup duduk berjam-jam semata-mata untuk mengulang hafalan. Ada yang sanggup membiarkan kawan menunggu sebentar demi menghabiskan hafalan hariannya.
Alangkah peliknya suasana yang aku lihat. Aku tidak pernah lihat sebelum ni. Aku pun baca Quran masa sekolah dulu.
Tapi aku bukan baca Quran kerana aku cinta Al-Quran. Aku baca Al-Quran kerana dipaksa mak. Aku serabut dengar mak berleter. Sakit telinga kena tuduh macam-macam. Lebih baik aku baca Quran. Jadi aku baca Quran untuk hiburkan hati. Untuk mengelak dari mendengar segala leteran dan tuduhan mak.
Indahnya Allah perkenalkan aku dengan orang yang cinta Al-Quran. Sehingga aku yang tidak cinta Al-Quran ini pun terasa kehangatan cinta mereka pada Al-Quran. Seronok melihat mereka menghafal. Tidak jemu pun. Ulang-ulang dan terus ulang. Aku?
Kan sudah diceritakan sebelum ini, masuk Darul Quran bukan kerana cinta Al-Quran sangat. Tapi kerana mahu memenuhi janji pada mak untuk menghafal Quran.
Disanalah aku belajar, memperbaharui niat. Menghafal dan memelihara Al-Quran itu kerja semua orang. Semua manusia yang bergelar hamba Allah. Hanya dan hanya jika dia sedar akan tugas dan tanggungjawab dia. Menghafal sahaja tidak cukup. Isi Al-Quran itu panduan hidup. Ia perlu difahami..
Maka barulah aku sedar. Kerana itulah usrah itu penting. Dakwah dan tarbiyyah itu penting. Kerana melalui usrah, dakwah, dan tarbiyyahlah aku akan menjiwai dan melaksanakan tugas hamlatul Quran yang sebenar.
Untuk apa ingat seketul-seketul ayat Quran, tetapi tidak mengamalkan..
Bahkan lebih dahsyat tidak faham pun apa yang telah diulang-ulang dan dibaca setiap hari..
Hidup ini perjalanan menuju Tuhan pencipta sekalian alam. Jika kita sentiasa disibukkan dengan urusan-urusan yang melalaikan kita pada Allah, maka apakah tanggungjawab kita sebagai hamba akan terlaksana?
bersambung

Rabu, 1 Jun 2011
Ingatkn dah sedar
Bukan tidak pernah dengar..
Al-Quran itu mukjizat dan panduan hidup..
Nabi dan rasul itu contoh tauladan..
Juga bukan tidak tahu apa maksud ibadah..
Tapi kenapa aku masih terkial-kial mencari erti hidup?
Rupanya aku jarang mengambil masa dan berfikir. Berfikir dengan hati.. Menghayati segala ajaran Tuhan.. Segala petunjuk Tuhan aku lihat dan biarkan ia berlalu begitu sahaja. Tiada usaha memahami.. Tiada usaha merenung, tiada usaha menghayati, tiada semuanya.. hingga aku hanyut jauh dalam kejahilan.. dan kesombongan.
Sombong dengan hidayah Allah. Sombong itu enggan menerima kebenaran. Sukar menerima kebenaran. dan hakikat. Itulah sombong. Apa lagi yang kita mahu jika kita sombong dengan hidayah Allah??
Duit? Kerjaya? Suami/isteri penyayang? ibubapa memahami? Kawan-kawan yang mengambil berat? Itu semua tidak berguna jika kita SOMBONG DENGAN ALLAH!
tiba-tiba kisah "kamu macam lalang" sudah tiada.. Ia belum tamat. Ikuti siri seterusnya esok.

Langgan:
Catatan (Atom)
Entri terkenal
-
Hadith Suhaib Ibnu Sinan atau Suhaib Ar-rumi Dari Rasulullah s.a.w bersabda "Adalah seorang raja sebelum daripada kamu Tidak me...
-
KEHILANGAN Hilang sikit-sikit tidaklah terlalu terasa. Tapi bila hilang sekaligus... Perit juga mengubat hiba.. وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِ...
-
kata org dakwah hmm.. kita bukan nak hafal quran sahaja.. kena faham juga isi kandungannya.. baca quran celah gigi (lancar), Tapi tid...
-
Selamat sejahtera dan selamat menempuh hujung tahun 2018 yang masih bersisa. Zaman sudah berubah bukan? Seperti sudah kurang 'blogg...
-
Melalui hidup yang sebentar di dunia... Menghadapi ujian yang tidaklah sehebat mana.. Buatkan aku terasa begitu rindu.. Pada sahabat-sa...
-
Okaylah sekarang dah nak masuk pada isi yang penulis nak ceritakan pada kawan-kawan. Sebenarnya tak jauh beza sangat dari Insya Allah, Cuma ...
-
“ Macam mana ya saya nak jadi lain dari yang lain? Susah jugak nak buat trademark sendiri nihh.. Fikir punya fikir akhirnya dapat lah satu i...
-
Keempat: Kadang-kadang kita rasa kita sudah berusaha, tapi rupanya tidak kena cara. Sebab itulah kita mesti sentiasa rajin muhasabah dir...
-
Masih kisah Nabi.. Bukan mahu mengulang kisah Nabi yang para pembaca sekalian sudah tahu.. Tapi mahu menyentuh akal, minda dan perasaan ...
-
Assalamualaykum warahmatullah, Lihatlah gejala sosial yang berlaku. Pandanglah kepada remaja dan belia yang ada sekarang. Perhatikanla...