Amacam kawan-kawan sekarang? Indah tak hidup sekarang? Kalau sentiasa ingat Allah, memang indah je hidup ini. Tapi kalau asyik ingat assignment, kerja-kerja pejabat yang tak siap-siap, tesis yang tak terhantar, anak yang entah macam mana hidup dia tanpa pengetahuan kita, kawan yang curang, hantu yang tak pernah kita nampak.. Maka jawabnya, tak bahagialah hidup anda..
Ade tak sesiapa nak ngaku kat sini dia tak de kerja? Atau yang tak pernah rasa bz dengan kerja? Sebenarnya dulu penulis dah pernah ulas fasal bz dan kerja ni. Dan sekarang nak ulas lagi, tapi dalam tajuk lain sikit. Iaitu, bz dan menulis. Ini yang penulis dah janji nak tulis untuk kawan-kawan dalam blog ni haritu. Dah janji kena lah tepati kannn.
Suatu hari, penulis telah membaca buku HM Tuah. Penulis gemar sangat buku HM Tuah ni tau. Setiap kali buku baru dia keluar mesti penulis beli punya lah. Kira minat sangatlah tu kann. Tahu apa HM Tuah tulis dalam buku dia? Dia cakap macam mana penulis dah tak ingat, tapi isi saja yang penulis ingat. Isinya lebih kurang macam ginilah:
Tun Dr Mahathir yang masa jadi Perdana Menteri pun sempat menulis, ini kan pula kita yang jadi MENTERI pun BUKAN. Ha saje tulis ayat berbelit. Maksudnya, kita yang bukan Perdana Menteri ni, macam lah sibuk sangat sampai tak sempat nak menulis.. Haaa apalagi..
Masa tengah baca buku tu, kemain lagi penulis rasa gedebuk terkena atas hidung penulis. Yelah, sebabnya setiap kali tak menulis dalam blog, mesti bagi alasan, bzzz. Hehe, bz pekebenda lah kan.. Semua orang Allah kasi masa sama aje. 24 jam. Ke ade orang yang dapat 25 jam? Mane de kan? kan. kan. kan? ler banyak pulak ‘kan’ nya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan