Selasa, 18 Ogos 2009

Konsep M _ _ Y _ AH A _ _ _ H 3

Dengan kata lain, setelah menyebut Insya Allah, kita akan berusaha sedaya upaya memenuhi janji kita dengan orang lain. Dan hanya dengan kehendak Allah sahaja janji itu tidak dapat dipenuhi.

SO, tak delah kefahaman terbalik macam sebelum ni.. Kalau cakap janji tu baru janji. Tapi kalau cakap Insya Allah tu ada niat nak mungkir janji.. Sebenarnya dengan menyebut Insya Allah itu menunjukkan kita amat bersungguh untuk memenuhi janji tersebut dan pada masa yang sama kita redha dengan ketentuan Allah jika kita ‘tiba-tiba’ tidak mampu memenuhi janji seperti yang telah dirancangkan.

Ha, habis lah muqaddimah. Sekarang baru nak masuk kepada isi sebenar. Panjang sungguh ye muqaddimah? Tak pelah, dah penulis rasa nak buat muqaddimah panjang-panjang..

Dulu pernah penulis pergi camping, kena ‘hentam penyet-penyet’ dengan kem komanden tu dah dekat sehari suntuk tengah panas, kemudian dia boleh pulak cakap “ini baru muqaddimah camping aje ni.. belum lagi di gayang-gayang dalam erti kata camping yang sebenar”.. Ha kiranya macam tulah muqaddimah untuk penulisan kali ini. Nak tahu apakah perkara sebenar yang mahu penulis kongsikan dengan kawan-kawan? Kita jumpa dalam tulisan yang akan datang..

Illalliqo’..

Tiada ulasan:

Entri terkenal