Itulah dia satu penyakit pandemik yang sedang berleluasa sekarang. H1N1. Penyakit yang di panggil selesema babi. Ia bukan datang dari babi. Hanya DNA virus berkenaan hampir sama dengan DNA babi, maka penyakit tersebut dinamakan Selesema babi..
Siapa yang tidak takut dengan wabak ini? Boleh lah anda diberi anugerah manusia paling berani. Tapi keberanian anda tidak menghalang dari penyakit ini terus merebak dengan ganasnya..
Bagi penulis, suka penulis melihat sesuatu perkara dan mengaitkan suatu perkara itu dengan Allah. Kerana setiap yang terjadi di dunia ini semuanya di bawah pemerhatian dan kehendak Allah.
Hidup kita sudah ditentukan perjalanannya. Tetapi bersama ketentuan itu ada kehendak Allah. Maksudnya, hidup kita tidak dapat lari dari sunattullah. Tetapi itu bukan alasan untuk sesuatu tidak boleh berlaku di luar jangkaan, kerana kehendak Allah itu lah yang benar-benar akan berlaku. Untuk kawan-kawan mudah faham, penulis bagi analogi macam di bawah ye..
Sunatullah jika bercampur bersama orang yang telah terdedah dengan virus A H1N1, maka kita akan dijangkiti virus tersebut. Kehendak Allah menyatakan, perkara itu tidak semestinya akan berlaku.. Kerana itu ramai penduduk M’sia yang ada ‘contact’ dengan pesakit virus A H1N1 tetapi tidak terkena pun penyakit tersebut. Haa amacam? Dah semakin fahamkan? Jadi, dengan berlakunya kisah H1N1 merebak, maka kita sudah dapat belajar sesuatu.. Betul tak? Apa itu pelajarannya? Itulah dia ilmu mengenali Allah. Kita dapat tahu sifat Allah yang Maha Berkehendak.. Okay jumpa lagi lain kali dengan tajuk yang lebih best dan menarikkks.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan