Okaylah sekarang dah nak masuk pada isi yang penulis nak ceritakan pada kawan-kawan. Sebenarnya tak jauh beza sangat dari Insya Allah, Cuma tukar ‘wazan’ sikit. Tahu tak ‘wazan’ tu apa? Maksudnya dalam bahasa M’sia, bentuk. okay, stakat ni boleh faham kan?
Apakah ‘wazan’ lain selain dari Insya Allah? Itu lah dia: Masyi ah Allah. Maksudnya, kehendak Allah. Haa, kalau perasan maksudnya lain sikit dari Insya Allah (Dengan kehendak Allah). Sikit je yang lain tu.. Yang penting nak kene tahu, dua-dua perkataan itu memang lain maksudnya.
Sebelum masuk dalam-dalam lagi, penulis nak berpesan dahulu. Penulis ini bukanlah dari kalangan orang yang ambil ijazah dalam bidang usuluddin.. Jadi kalau ada tersalah apa-apa, silalah tegur aje. Jangan malu-malu. Apa yang bakal dikongsi ni, adalah yang penulis dah belajar serba sedikit masa dulu-dulu sebelum menyambung pengajian dalam bidang Farmasi..
Baiklah, sekarang penulis nak mula.. Pertama sekali:Masyi ah Allah adalah kehendak Allah. Bermaksud, apa yang Allah mahu ia terjadi maka itulah yang terjadi. Ingatkah kawan-kawan mengenai tsunami yang melanda negara kita lima tahun yang lepas? Ngeri sungguh jika diingatkan keadaan yang telah berlaku dulu kan?
Itulah antara kejadian mengikut kehendak Allah. Tetapi bukan sunnatullah..
Agak-agak boleh faham tak? Maksudnya, tsunami berlaku kerana Allah Berkehendak ia terjadi, tapi kebiasaannya bukanlah macam gitu.
Itu kisah tsunami.. Sudah 5 tahun ia berlalu. Agak-agak sekarang apakah perkara yang terjadi, seakan-akan tsunami 5 tahun lepas? Malah pada pendapat penulis lebih teruk lagi..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan