Rabu, 12 Ogos 2009

Berserah diri 2

Sebenarnya, kunci untuk jadi istiqomah ni, kita kenalah berserah diri pada Allah. Berserah diri pada Allah inilah yang kita panggil Islam. Haa, kan kita ni selalu sangat perasan dan mendakwa diri kita Islam. Boleh tak kita buktikan pada diri sendiri yang kita ini betul-betul orang Islam? Berapa ramai orang Islam yang betul-betul rasa ‘izzah dengan keislaman dia?


Contohnya ginilah. Kalau kita jumpa orang baru.. Apakah perkara pertama sekali kita bagitahu dia?
  • Nama kita?
  • Kat mana kita tinggal?
  • Berapa adik-beradik? asal-usul? Atau
  • kita bagitahu dia, “hai! saya orang Islam, nama saya dot-dot”...
Hmm fikir-fikir lah kan..

Berserah diri pada Allah. Maksudnya, apa-apa pun, Allah nombor satu. Kalau jadi pape pun, kita mesti teringat Allah dulu. Ada masalah, terus doa dengan Allah. Sibuk dan tak larat, terus ngadu dengan Allah. Sakit badan, lengah sana sini, terus cari sejadah solat sunat. Rasa serabut dan bengang, terus zikir dan sebut-sebut nama Allah.. Ada masalah, terus teringat nak tanya pendapat dari Allah.. Pendek ceritanya, apa-apa jadi pun Allah lah Yang Pertama terlintas dalam kepala dan hati kita.

Boleh ke kita jadi gitu? ek-hem.. Penulis ni.. Macamlah bagus sangat suruh orang jadi gitukan? Ni bukan suruh orang lain lah.. Suruh diri sendiri lah. Ingatkan orang lain tu kan ingat kan diri sendiri jugak. Orang lain kan sebahagian dari diri sendiri jugakkann..

Tiada ulasan:

Entri terkenal