Isnin, 10 Ogos 2009

Berserah diri 1

Dah tak tahu dah nak ucap selamat apa lagi untuk kawan-kawan. Segala jenis selamat yang penulis tahu semuanya dah tulis. Okaylah, sekarang penulis doakan semoga kawan-kawan semua tidak putus asa untuk menjadi orang yang baik dan soleh. Jangan hiraukan kutukan orang. Pekakkan aje telinga dari sindiran kering orang lain. Biarkan mulut orang lain berkata-kata. Kita bukannya ada ‘remote’ nak ‘silent’ kan mulut dia tu. Jadi baik tak rugi punya. Ini penulis berani jamin.

Masa penulis cuti dulu penulis ada terbaca buku HM Tuah. Dalam buku dia, dia cakap: Buat baik susah, buat jahat pun susah. Maka, lebih baik lah buat baik. Sebab dua-dua pun susah. Kalau buat baik, walaupun susah, hati jadi bahagia. Tapi kalau kita buat jahat, dah susah nak buat, susah hati pulak tu. Sampai hari kiamat pun jadi susah. Kan bahana namanya tu? Susah buat baik kejap aje. Susah buat jahat tu, sampai hari kiamat. Aiseh seksa betul kan?

Baiklah, itu cakap fasal cara-cara kita nak pilih buat baik atau jahat. Sekarang ni, kita nak jadi istiqomah pulak dengan perkara baik yang kita buat. Bukan senang nak istiqomah ni kan? Betul tak?

Istiqomah itu apa? Kalau bahasa Malaysianya, kita sebut tetap. Kalau berterusan kita sebut istimror. Ha baca baik-baik tauu, beza tu istimror dengan istiqomah. Istimror ni lah yang kita sebut kot omputih ‘consistent’. Kalau istiqomah kita sebut ‘constant’. Haaa.. rasa maca dah betul dah terjemahan ni. Kalau salah tolong betulkan ye. Tidaklah kene tangkap dengan JAKIM sebab buat ajaran sesat.

Tiada ulasan:

Entri terkenal