Bertemu kembali dalam blog yang menarik dan kuneng ini (aiseh, perasan tek tentu hala pulak dah). Semenjak kali pertama masuk hospital untuk bertemu para pesakit, sampai hari ini, (semasa artikel ini ditulis) penulis tidak lagi kenal erti bertenaga. Letih sungguh rasanya. Walaupun bukan hari-hari ke hospital.
Secara psikologinya, kalau dah penat, semua benda jadi tak kena. Kadang-kadang otak pun macam tak betul je. KADANG-KADANG, habis orang sekeliling jadi mangsa kita. -KADANG-KADANG- Biasalah kan? Mana ada orang bertenaga sampai bila-bila. Ini belum lagi masuk alam pekerjaan. Baru alam pembelajaran.. Itu pun dah rasa tak cukup jam nak bagi masa untuk siapkan kerja.
Baru nak baring, orang talifon. Baru nak pejam mata, orang panggil. Baru nak makan, ada je orang datang tanya itu dan ini. Baru nak rasa tenang angin malam, teringat banyaknya nota tak terbaca untuk tutorial esok. Akhirnya, terlelap dengan nota berteraburan dalam bilik.
Sebenarnya 2 perenggan di atas tu, bukan penulis sorang yang rasa. Dan penulis bukan saja-saja nak tulis buat menunjuk. Itu tak baik dan tak dibenarkan. Sebenarnya, penulis perasan ada kawan-kawan penulis yang dah kepenatan. Kesian penulis tengok dia. Nak tolong pun penulis pun tak daya jugak. Nak bagi hadiah, bukanlah kaya sangat. Akhir sekali bagi lah kata-kata yang boleh jana semangat dia. Itu pun kalau dia baca apa penulis dah tulis dalam artikel ni.
Kawan-kawan, kita semua ada kelebihan yang Alah bagi. Ingat kelebihan tu bukan saja-saja diberi. Paling penting sekali, ia adalah amanah Allah. Kan dulu penulis dah cerita panjang lebar fasal amanah. Bila kita berpeluang berada di universiti, menuntut ilmu yang bukan semua orang boleh belajar. ITU AMANAH.
Takde sesiapa cakap amanah tu ringan je. Tapi Allah cakap jugak Allah tak beban kan kita kalau kita tak mampu. Jadi amanah yang kita dapat ni sebenarnya dah sesuai dengan kita. Cuma kita perlu bijak tanggung amanah yang diberikan. Kalau dah rasa tak tertanggung lagi dengan assignment yang berderet-deret, kelas yang berpanjangan.. Sebutlah ‘Allahu akbar’ banyak-banyak. Sebut bagi dengar kat telinga sendiri saja. Jangan pulak sebut macam orang nak lepas tensyen tu. Terjerit-jerit. Tak elok macam gitu..
Apa-apa pun teruskan usaha kawan-kawan. Biarlah letih dan ‘exhausted’ di dunia ini kerana berusaha mengumpul pahala dan keredaan Allah dari letih di akhirat kerana menahan takut dan sakit seksa neraka kelak..
Teruskan perjuangan. Jika kawan-kawan letih, ingatlah ada orang lain pun letih jugak. Paling penting kena ingat letih itu Allah kira sebagai pahala kita nanti. Ada orang yang lebih tidak bertenaga dan tidak berdaya macam kita, tapi dia telah melakukan pengorbanan yang lebih besar dari apa yang kita dah buat..
Okay lah kawan-kawan, semoga dengan ketabahan kawan-kawan menjadikan semua orang yang bersama-sama kawan-kawan lebih tertarik untuk mengenali Islam dengan lebih dekat. Baiii..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan