Haa, hanya kerana satu gambar, banyaknya tanggapan dan fikiran yang ada. Sama jugaklah dalam hidup kita bila berurusan dengan orang lain. Kadang-kadang kita hanya mementingkan fikiran kita sahaja tanpa mempertimbangkan, orang lain pun ade fikiran dan sudut pandangan juga. Walaupun kita adik-beradik, maksudnya mak ayah kita sama tapi kita tetap berbeza sudut pandangan dan pemikiran..
Jadi, berbeza pandangan dan fikiran itu perkara biasa. Yang penting macam mana cara kita menerima perbezaan fikiran kita. Dulu penulis sangat bermasalah untuk menerima fikiran dan sudut pandangan orang lain. Ye lah dah rasa apa yang penulis fikir tu betul dan ideal sangat (nilah perasan namanya). Jangan tiru. Penulis pun nak buang perangai buruk macam ni. Itulah kita. Taksub betul dengan fikiran sendiri. OOOPss, salah. bukan kita. Penulis lah.
Macam mana kita nak terima perbezaan fikiran dan sudut pandangan? Eh sebelum tu, sebenarnya penulis nak beritahu kawan-kawan, punca kita ada masalah dengan kawan-kawan, ibu bapa, atau sesiapa sahaja yang bergelar manusia, adalah masalah komukasi yang berpunca dari perbezaan persepsi atau sudut pandangan yang berbeza. Ini pendapat penulis ye. Boleh setuju, boleh bangkang. Penulis tak kesah. Memang ada punca lain kita adalah masalah komunikasi, tapi untuk tulisan ini, penulis mahu highlight kan yang ini.
Untuk kita terima kita semua berbeza fikiran, pertama sekali, kita kene sedar dan tahu dahulu manusia ini memang dijadikan berbeza. dan kita mesti menerima perbezaan yang wujud itu dengan hati yang terbuka. Dulu mak penulis cakap macam ni:
“Kalau semua orang punya pendapat yang sama, habis lah semua lelaki akan berebutkan sorang perempuan”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan