Lailatul saidah.. Maksudnya selamat malam. Tapi makna harfinya, malam bahagia. Macam mana siang hari kawan-kawan? Banyak tak ibadah dah buat hari ni?
Kita ni kadang-kadang buat sometin tu bukan sebab nak buat sangat pun.. Buat sebab.. takut nanti apa pulak orang kata bila kita tak buat.. betul tak? Eh salah ye? Oh maaflah, serbu tak pakai helmet pulak.. Tapi selalu jugak pengalaman penulis lalu macam yang penulis tulis tu. Baguslah kalau kawan-kawan tak macam itu. Penulis pun bukanlah baik sangat. Tahu dah. Penulis sedar dirilah.
Tapi janganlah sampai setiap kali kita buat/tinggal sesuatu itu sebab takut orang lain kata atau sebut.. Bahaya tu. Bahaya untuk iman. Bahaya jugak untuk kehidupan akhirat nanti. Kita mesti ingat, apa-apa yang kita buat itu kerana Allah suruh. Kerana nakkan keredaan Allah. Kita tak nak sanjungan orang. Kita jugak tak nak pujian dan kata-kata manis orang sebagaimana kita tak nak orang lain kutuk dan tuduh kita..
Pohonlah kemuliaan di sisi Allah. Cubalah berlaku adil pada diri sendiri. Kita ni marah sangat kalau orang tak bersikap adil dengan kita. Tapi dengan diri sendiri pun kita tak boleh bersikap adil. Macam mana lah kita berharap orang lain berlaku adil pada kita?
- Adilkah kita kalau kita ni buat sesuatu kerana orang lain?
- Adilkah kita pada diri sendiri kalau kita tulis sesuatu kerana mahukan populariti?
- Adilkah kita pada diri kita sendiri jika kita berkata-kata kerana kita mahukan pujian orang lain?
- Adilkah kita pada diri sendiri jika kita bersusah payah tunduk pada Allah, tapi sebenarnya hati kita lansung tidak terasa tunduk pada Allah?
- adilkah kita pada diri sendiri jika kita melakukan sesuatu kerana mahu kan kebahagiaan dunia sahaja??
- Adilkah diri kita ini wahai kawan-kawan????
Siapa sebenarnya yang kita takuti dalam hidup kita selama ini? Apa itu taqwa? Ke mana kita mahu bawa hidup kita didunia ini?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan